Pelakon comel genit, Nora Danish akui gementar apabila digandingkan dengan aktor kacak Adi Putra dalam filem Aku Terima Nikahnya. Lebih-lebih lagi bila terpaksa beraksi dengan cukup intim sebagai pasangan suami isteri di dalam filem arahan Eyra Rahman itu iaitu pengarah baru yang diberi peluang untuk bekerja dengan syarikat produksi Metrowealth (MIG).
Namun, keintiman Adi Putra dan Nora Danish yang cukup daring dan berani yang ditonjolkan mereka di dalam filem yang diklasifikasikan sebagai PG 13 ini telah membuatkan kedua-dua pelakon ini dihujani dengan pelbagai pertanyaan.
"Sudah pastinya saya rasa gementar. Untuk Aku Terima Nikahnya, saya harus menjayakan watak sebagai isteri yang antaranya memerlukan saya memegang tangan suami (Adi Putra) sepanjang masa untuk jangka waktu yang lama. Ada juga adegan kami berpeluk, bertemu muka dan berada dalam kedudukan yang sangat rapat.
"Saya hormat dengan status Adi Putra dan perasaan isterinya. Adegan sedemikian pasti akan dipertikaikan tetapi ia dibuat sedemikian untuk menunjukkan kemesraan dan keintiman di antara pasangan Johan dan Arlisa, bukan saya dan Adi Putra.
"Saya harap penonton dan masyarakat umum akan lebih bersikap terbuka dan melihat ini daripada sudut lakonan sahaja dan bukannya mereka melihat Nora Danish dan Adi Putra yang sebenar,"jawab Nora Danish yang pertama kali melakonkan watak romantik serius dalam Aku Terima Nikahnya.
Mendapat maklumbalas yang baik daripada pihak media terhadap lakonannya, Nora Danish akui bersyukur kerana dapat merealisasikan watak Arlisa seperti yang dikehendaki pengarah, Eyra Rahman.
Dia juga mengaku banyak menerima tunjuk ajar daripada pengarah dan juga pelakon lain untuk supaya kemesraan di antara Arlisa dan Johan lakonan Adi Putra dapat ditonjolkan secara semulajadi dan natural.

0 comments:
Post a Comment