Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara enam tahun dan denda RM400,000 terhadap Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Abdul Rahman Bakri dan pembantu khasnya, Rosli Busro kerana membuat lapan tuntutan palsu membabikan RM80,000 bagi program-program yang tidak dijalankan, empat tahun lalu.
Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas menolak rayuan mereka untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang diputuskan Hakim Mahkamah Sesyen Azhaniz Teh Azman Teh, 1 Mac lalu.
Selain itu, Akhtar juga menolak permohonan Abdul Rahman dan Rosli untuk penangguhan pelaksanaan hukuman sebaliknya memerintahkan mereka menjalani hukuman penjara bermula hari ini.

Akhtar dalam penghakimannya berkata Abdul Rahman menghadapi lapan pertuduhan membuat tuntutan palsu ketika beliau menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Air Tawar dan Rosli pula didakwa bersubahat dengannya melakukan kesemua kesalahan itu.
Menurutnya, hujahan peguam mewakili mereka yang mendakwa keterangan dua saksi penting dalam kes itu iaitu Mohd Harmizar Sulaiman dan Rizam Ismail tidak sepatutnya diterima oleh mahkamah atas alasan kedua-dua mereka merupakan rakan sejenayah.
"Saya telah baca keterangan kedua-dua saksi itu dan saya tidak anggap bahawa mereka 'accomplice'. Mereka lebih sebagai pak turut atau menurut apa-apa yang diminta oleh Abdul Rahman dan Rosl serta keterangan mereka disokong oleh keterangan saksi bebas lain.
"Saya berpendapat hakim Mahkamah Sesyen tidak melakukan kesilapan apabila menerima keterangan kedua-dua saksi ini. Bedasarkan keterangan mereka jelas membuktikan kedua-dua tertuduh mempunyai niat untuk membuat tuntutan palsu," katanya.
Akhtar berkata ini terbukti apabila wang yang diterima bukan digunakan untuk program atau aktiviti seperti dalam tuntutan tetapi lebih kepada untuk kegunaan sendiri.
"Peguam tertuduh ada berhujah bahawa tuntutan berkenaan bukan palsu kerana program itu telah diadakan tetapi bukan di tempat yang dinyatakan seperti dalam tuntutan itu. Bagaimanapun saya lebih cenderung menyatakan ia adalah tuntutan palsu.
"Justeru, saya puas hati dengan keputusan hakim Mahkamah Sesyen dan tiada kesilapan yang dibuat oleh hakim tersebut serta rayuan terhadap sabitan serta hukuman ditolak dan hukuman dikekalkan," katanya.
Abdul Rahman, 47, didapati bersalah menggunakan lapan dokumen peruntukan palsu iaitu surat Adun mengandungi butiran bagi tuntutan program dan aktiviti yang tidak pernah dijalankan.
Tuntutan itu membabitkan pembelian hadiah, cenderamata dan jamuan program motivasi pelajar di peringkat Dewan Undangan Negeri Sungai Air Tawar, program mesra rakyat dan hari keluarga di Dewan Simpang 4 Bagan Nokhoda Omar (BNO), program perdana peringkat mukim BNO, program mesra rakyat dan sambutan Maulud Nabi serta program mesra rakyat hari keluarga guru kemas.
Setiap tuntutan palsu itu membabitkan RM10,000.
Semua perbuatan itu dilakukan Abdul Rahman ketika berkhidmat sebagai Adun Sungai Tawar di Pejabat Daerah Sabak Bernam, antara 21 Januari hingga 12 Februari 2008.
Sementara itu, Rosli, 44, juga didapati bersalah atas lapan tuduhan bersubahat dengan Abdul Rahim.
Mereka bersalah mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abdul Razak Musa manakala peguam Badrul Munir mewakili kedua-dua tertuduh.

0 comments:
Post a Comment