Tarif Elektrik Naik November 2012




Tarif Elektrik Naik November 2012 ke? Kerajaan Malaysia sebelum ini bertindak membeli aset penjana kuasa bebas IPP, kepunyaan Ananda Krishnan (kroni) dan menelan belanja sehingga RM8.5 bilion.

Nilai itu terlalu tinggi. Merujuk daripada perjanjian pembelian tenaga PPA Pahlawan, Panglima dan Powertech hanya tamat pada 2016, iaitu empat tahun dari sekarang di mana nilainya sepatutnya lebih rendah. Kalau ikutkan anggaran kebanyakan pemerhati hanyalah sekitar di antara RM4 bilion sehingga RM5 bilion sahaja, tetapi kerajaan Malaysia (BN) membayar RM8.5 bilion kepada Ananda Krishnan.


Hasilnya kelak yang mungkin akan berlaku adalah takrif elektrik.  Berikut adalah maklumat yang penting apabila ingin menyentuh mengenai Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA – Power Purchase Agreement)

Generasi pertama harganya ialah : RM13.5 sen sehingga RM15.5 sen kilowatt per hour
Generasi kedua harganya ialah : RM12.5 sen
Generasi ketiga harganya ialah : RM11.5 sen
Harga yang diletakkan adalah tinggi. Tambahan pula kapitalis IPP ini telah mendapat lagi anggaran subsidi daripada Petronas (kerajaan secara tidak langsung) sebanyak RM20 bilion setahun.

Itulah antara sebab Tan Sri Ani Arope meletakkan jawatan sebagai Pengerusi TNB dan beliau pernah pernah menyebut kos TNB untuk menghasilkan, hanya 8 sen sahaja. Tetapi disebabkan Unit Perancang Ekonomi (EPU) pada masa itu lebih sayangkan taikun-taikun IPP ini berbanding rakyat Malaysia, akhirnya perjanjian yang cukup berat sebelah itu diteruskan. Semoga rakyat bersedia untuk menghadapi gelombang kenaikan takrif elektrik yang dijangka berlaku november kelak.

sumber

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story