BUKIT MERTAJAM – Teruja apabila melihat kehadiran pelakon dan pelawak Saiful Apek dalam operasi sekatan jalan raya, seorang lelaki yang diburu polis rela menyerah diri setelah hasratnya merakamkan gambar dengan artisidolanya itu tertunai.
Lelaki tersebut menunggang motosikal dan lalu di kawasan sekatan jalan raya di Jalan Bukit Mertajam, dekat sini, jam 12.30 tengah malam, Khamis lalu.
Sewaktu itu polis sedang melakukan Operasi Bayan (Ops Bayan) dan program Kepolisan Berprofil Tinggi (HPP) yang membabitkan Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 2, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pulau Pinang.
Saiful Apek atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff, 43, berkata, apabila lelaki itu memberhentikan motosikal dia menyerahkan kepadanya risalah pencegahan jenayah yang tertera tandatangannya sempena program tersebut.
Menurutnya, lelaki itu kemudian turun dari motosikalnya serta meminta izin bagi bergambar bersama-sama sebelum membuat pengakuan dia suspek kes jenayah yang dikehendaki polis. sumber
0 comments:
Post a Comment