PETALING JAYA – Dengan pembubaran Parlimen, lebih 230,000 botol dakwat kekal akan diagihkan ke negeri yang ditetapkan di mana ia akan digunakan untuk kali pertama dalam pilihan raya umum.
“Malah, kami memulakan persiapan untuk membawa dakwat ini dengan bantuan polis,” kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Omar.
Beliau berkata dakwat ini telah disimpan di kawasan yang sangat selamat untuk mengelakkan sebarang kerosakan atau sabotaj, tanpa memberi sebarang petunjuk di mana ia disimpan.
“Dakwat-dakwat ini dikawal oleh polis pada setiap masa ketika ia diangkut,” katanya, sambil menambah bahawa suruhanjaya itu telah merancang laluan dan logistik untuk dakwat-dakwat yang akan diagihkan.
Wan Ahmad berkata dakwat dengan kandungan nitrat perak, akan kekal pada jari pengundi selama kira-kira lima hingga tujuh hari.
Kira-kira 10,000 botol akan digunakan untuk pengundi awal dan baki 220,000 lagi akan digunakan pada hari mengundi.
Beliau berkata dakwat tidak boleh dihilangkan dengan mudah.
“Mereka yang menggunakan cecair menghilangkan penggilap kuku (nail remover) akan mendapati ia tidak mempunyai kesan kerana dakwat direka untuk menahan daripada sebarang pewarna tiruan atau bahan kimia.
“Malah detergen terkuat juga tidak akan dapat untuk menghilangkan dakwat…pegawai kami telah menjalankan ujian menyeluruh,” katanya.
Wan Ahmad juga memberi jaminan dakwat ini tidak akan mempunyai apa-apa reaksi alahan pada kulit pengundi, dan telah disahkan selamat oleh Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kimia.
Wan Ahmad berkata setiap botol dakwat boleh digunakan untuk kira-kira 100 pengundi.
Beliau juga menjelaskan bahawa dakwat tidak semestinya disimpan dalam bilik yang berhawa dingin kerana suhu bilik biasa sudah memadai.
Wan Ahmad berkata 222 bangunan kerajaan akan digunakan untuk hari penamaan calon manakala 8,500 dewan dan premis telah dikenal pasti untuk proses pengundian, yang mana 80 peratus daripadanya adalah bangunan sekolah.
“Isu pilihan raya akan diadakan semasa cuti sekolah tidak timbul kerana kita sentiasa boleh mengundi pada hujung minggu.” – mStar Online
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment