Tunku Ismail Letak Jawatan Sebagai Presiden PBNJ

Tunku Ismail Letak Jawatan Sebagai Presiden PBNJ

JOHOR BAHARU – Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ).
Tunku Ismail berkata keputusan itu dibuat selepas mendapat perkenan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Beliau berkata jawatan Presiden PBNJ akan disandang oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Datuk Obet Tawil.
Beliau juga mengumumkan akan menjadi penaung kepada PBNJ.
“Keputusan ini dibuat kerana saya merasakan jika saya memegang jawatan sebagai Presiden dan pada masa yang sama saya juga adalah Tunku Mahkota Johor, maka amat sukar untuk saya mentadbir urus PBNJ yang sentiasa terikat dengan undang-undang dan peraturan FAM,” katanya.
Tunku Ismail membuat pengumuman tersebut di laman sosial Facebook Johor Fan Club dan juga kenyataan yang diedarkan kepada media.
Sebagai penaung akan membuka lebih banyak ruang kepada beliau mentadbir urus PBNJ termasuk aspek pengurusan kewangan, kebajikan kakitangan dan juga pemain, di samping dapat membuat keputusan lebih tepat apabila memegang jawatan di peringkat tertinggi dalam persatuan, katanya.
“Saya berharap anda semua dapat memberi sokongan penuh dan anda semua tidak perlu risau kerana saya sentiasa berada di sini bersama anda semua sebagai Tunku Mahkota Johor dan juga saya akan sentiasa memantau dan mengikuti segala perjalanan dan juga aktiviti bola sepak negeri Johor,” katanya.
Tunku Ismail juga mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong bola sepak negeri Johor atas sokongan mereka terhadap pasukan itu selama ini.- BERNAMA


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story