Wanita Muda PAS Sedia Hadapi PRU13

Fareedah Samad

KUALA LUMPUR – Lajnah Politik Wanita Muda (Ameerah) menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membubarkan Parlimen hari ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Pengerusinya, Fareedah Samad berkata, pihaknya percaya PRU13 akan menyaksikan pertandingan paling sengit antara dua koalisi politik terbesar dalam negara iaitu Barisan Nasional (BN) dan pakatan pembangkang.
“Jentera Ameerah dan Muslimat Muda PAS telah lama bersedia untuk berdepan dengan PRU13. Pengundi baharu tidak sabar-sabar lagi untuk mengundi.
“Ameerah akan memastikan undi pengundi muda akan terus berpihak kepada pakatan. Oleh itu kami menyeru kepada semua anak muda untuk menjadi sukarelawan PRU13 bagi menyampaikan agenda pakatan kepada pengundi,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Fareedah seterusnya berkata, pihaknya percaya kemenangan akan berpihak kepada pakatan pembangkang pada PRU13 memandangkan pebagai tawaran dan janji menarik yang diumumkan oleh parti pembangkang untuk rakyat. – mynewshub.my


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story