Adi Putra Semakin Demanding?

Adi Putra

Baru-baru ini sebuah akhbar tempatan mengeluarkan dakwaan kononnya pelakon kelahiran Singapura, Adi Putra sudah semakin demand apabila berani meletakkan harga yang tinggi jika ingin menggunakan khidmatnya dalam sesebuah produksi.
Menurut Adi Putra, dia sendiri tidak mahu mengia atau menidakkan dakwaan tersebut, akan tetapi lebih sifat terbuka untuk menerima setiap kritikan yang dilemparkan ke atas dirinya.
“Saya bersyukur cerita sebegitu keluar. Saya teringat pesan ibu saya, katanya kalau kita selalu diperkatakan bererti ada orang yang ambil berat tentang diri kita dan kita masih dalam perhatian orang. Jadi, saya tidak melihat ini sebagai isu negatif, tapi lebih kepada positif,” katanya kepada portal Ohbulan.
Adi Putra turut mengatakan dia tidak tahu bagaimana cerita sebegitu itu boleh timbul.
“Mungkin sekarang saya sedang diperhatikan dan sebab itulah cerita ini baru keluar. Kalau ikut falsafah saya adalah biar bersifat jelas dan benar. Baik bersifat ‘demand’ daripada mencuri,” kata Adi Putra lagi.
Sabarlah Adi mungkin orang luar saja nak cuit dan tengok bagaimana reaksi Adi apabila berhadapan dengan kontroversi begini.
Lagipun tak salah kalau Adi Putra nak demand, kerana kualiti lakonan dia memang ‘superb’ dan menjadi.
Tak gitu?
Oleh: AUDREY LEE


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story