Lahad Datu: Polis Buru Datuk Seri Clarence Luing

Lahad Datu: Polis Buru Datuk Seri Clarence Luing

LAHAD DATU- Polis mencari seorang lagi lelaki tempatan bergelar Datuk Seri bagi membantu siasatan berhubung kes yang berkaitan Operasi Daulat.
Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Tan Kok Liang berkata, Clarence Luing Karl@Muhammad Khalil John L Karl, 57, dicari kerana dipercayai mempunyai hubungan dengan kesultanan Sulu.
“Lelaki yang alamat terakhir di RH55, Jalan Ranau Lama, Kampung Bawang, Tamparuli, Sabah diminta segera menyerah diri di mana-mana balai polis berhampiran,” katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16, dekat sini Rabu.
579571_477580132309980_1085220672_n
Tanpa menjelaskan butiran lanjut lelaki itu, Tan berkata orang ramai yang mengenali lelaki terbabit diminta menghubungi Rakan Cop atau balai polis berhampiran.
Sebelum ini seorang lelaki bergelar Datuk Seri telah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, Selangor selepas dikaitkan dengan Operasi Daulat dan dia kemudian ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).
Sementara itu, beliau berkata, seramai 1,299 orang telah dibenar pulang ke rumah masing-masing sejak Selasa selepas tiga pusat pemindahan di Cenderawasih, Gemala Pura dan Fajar Harapan di sini ditutup.
Kini hanya tinggal 106 orang daripada 17 keluarga masih mendiami pusat pemindahan di Embara Budi berikutan rumah mereka mengalami kerosakan teruk, katanya.
Tan berkata, tiada pertempuran sejak 28 Mac lepas namun kawalan keselamatan masih dijalankan di semua lokasi di bawah Operasi Daulat.
Ditanya mengenai keselamatan orang ramai menjelang pilihan raya umum ke-13 setelah Dewan Rakyat dibubar pada Rabu, beliau berkata, penduduk yang layak mengundi tidak perlu bimbang untuk keluar mengundi kerana pasukan keselamatan sentiasa mengawasi keadaan.
“Kawasan operasi adalah selamat, jadi jangan takut untuk laksanakan hak untuk keluar mengundi,” katanya. – BERNAMA


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story