PAS Cabar BN Segera Umum Nama Calon PRU13

Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS Perak mencabar Barisan Nasional (BN) supaya mengumumkan segera nama calon daripada parti itu yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU).
Timbalan Ketuanya, Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss mendakwa, pakatan pembangkang telah bertindak berani dengan mengisytiharkan calon-calon mereka lebih awal iaitu sebelum pembubaran Parlimen.
“Tindakan ini membuktikan pakatan benar-benar sudah bersedia kerana keutuhan kesatuan menjelangnya PRU13.
“Kami telah melangkah kehadapan selangkah daripada BN yang masih belum memuktamadkan calon-calon mereka,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Raja Ahmad mendakwa, langkah berani itu juga memperlihatkan bahawa pakatan pembangkang berpandangan jauh dalam membolehkan pengundi membuat pertimbangan.
Dakwanya, tindakan itu juga satu peluang dan ruang bagi calon-calon pakatan pembangkang untuk bergerak bertemu dengan semua peringkat masyarakat dengan lebih awal. – mynewshub.my


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story