India – Sekumpulan pelajar kejuruteraan di India berjaya mencipta pakaian dalam yang mampu memberikan kejutan elektrik kepada perogol.
Selain kejutan elektrik berkapasiti 3,800 kilovolt, ia juga akan memaklumkan kepada pihak berkuasa dan keluarga mangsa mengenai kedudukan lokasi jenayah tersebut.
Menurut salah seorang perekanya, Manisha Mohan, alat pengimbas pada pakaian dalam berkenaan akan bertindak balas secara automatik jika mangsa dicabul.
Alat pengimbas itu katanya dipasang di bahagian tertentu terutama di bahagian badan yang dianggap sebagai tempat tumpuan penyerang, berdasarkan kajian yang dijalankan sebelum ini.
“Ketika belajar di sekolah, kita sentiasa diajar supaya berbuat baik dengan semua orang dan sentiasa senyum.
“Namun selepas melangkah ke dunia sebenar, ternyata senyuman kita tidak mampu menghalang ancaman sebegini rupa.
“Memandangkan penggubal undang-undang mengambil masa yang lama untuk melaksanakan hukuman keras, maka kami telah mencipta pakaian dalam yang dapat melindungi kaum wanita daripada serangan seksual,’’ katanya.
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment