Buka Gerai Jual Dadah Di Pasar

Pasar Dadah

Bangkok – Polis semalam menahan tiga lelaki suku kaum Hmong dan merampas dadah yang dianggar bernilai 450 juta baht (RM45 juta) di jalanan dekat pasar Chatuchak.
Rampasan turut termasuk 1.45 juta pil methamphetamine dan lapan kilogram serbuk methamphetamine, kata polis. Polis berkata, mereka menerima maklumat bahawa tiga lelaki terbabit menyewa sebuah gerai di pasar Chatuchak untuk menjual beg dan kraf tangan suku kaum Hmong.
Bagaimanapun, mereka juga dipercayai menggunakan gerai sama untuk mengedar dadah. Kira-kira jam 5 pagi, ketika tiga suspek itu mahu membuka gerai, polis menyerbu mereka, selain turut menggeledah bahagian belakang gerai terbabit dan menemui pil ya ba dan serbuk ya ais.
Ketiga-tiga mereka yang dikenali sebagai Kasama Charoenman, 37, Anuchon Laojang, 20, dan Panya Wangtrakul, 25, kemudian didakwa kerana mengedar dadah. – Bangkok Post


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

Loading...

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story