Manhattan – David Karp baru berusia 26 tahun namun dia sudah menjadi jutawan selepas Yahoo membeli blognya, Tumblr dengan harga $1.1 bilion tunai.
Karp mengasaskan Tumblr yang berjaya mencatatkan 100 juta pengguna dengan 90 juta entri dibuat setiap hari.
Tumblr diasaskan pada 2007 dan ia beroperasi dari apartmen sempit milik ibunya.
Ia menjadi platform untuk media sosial dengan memuat naik gambar, teks dan video dengan mudah, sama seperti Instagram.
Tumblr turut menjadi tumpuan selebriti termasuk Joe Jonas dan Lady GaGa selain pembuat kasut, Col Haan yang menggunakan laman web itu untuk memasarkan produk keluarannya.
Karp sebelum ini menolak beberapa pihak yang mahu membeli laman webnya.
Pemuda ini, tidak menamatkan sekolah tinggi, namun mampu mereka laman web hingga menjadi jutawan pada usia muda.
Karp yang membesar di Upper West Side merupakan anak kepada pasangan komposer muzik dan guru.
Dia berhenti sekolah pada usia 15 tahun dan menyambung pelajaran di rumah.
Pada usia 17 tahun, dia berpindah ke Jepun dan kemudiannya Karp mula menunjuk minat dalam bidang teknologi maklumat sebelum berpindah ke New York pada usia 17 tahun.
Karp sebelum ini mahu kekal bersendirian memajukan laman web itu namun dalam tempoh setahun kemudian, dia mula menerima dana daripada pelabur.
Dia kini menetap di apartment di Manhattan bersama teman wanitanya, Rachel Eakley yang juga bekas graduan psikologi yang bekerja sebagai chef.
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment