Dia mula meminati dunia lakonan sejak di usia kanak-kanak. Tuah datang, filem seperti Bilut dan Tentang Bulan telah membuka pintu buat Erin Malek memenuhi impiannya bergelar pelakon. Sejak itu dia terus terjebak dalam dunia lakonan TV mahupun layar perak. Cuma sekitar tiga tahun lalu, gadis 19 tahun ini memperlahankan rentak kerjayanya kerana mahu memberikan tumpuan pada pelajaran dan peperiksaan besar, Sijil Pelajaran Malaysia, SPM. Kini di kembali aktif berlakon dan bakal muncul dalam filem terbaru, Lari.
Memengang watak sebagai Ina, adik kepada hero (Aaron Aziz), beritahu Erin, ini merupakan pertama kali dia melakonkan filem aksi. Dalam masa sama dia mengakui mengakui agak takut untuk menjayakan adegan aksi yang dipertanggungjawabkan kerana filem bergenre sebegitu masih baru untuknya.
“Saya takut sebenarnya nak berlakon dalam filem aksi. Tak berani nak buat stunt. Awal-awal tu memang tak ada babak aksi, tapi akhir-akhir jer ada yang melibatkan saya. Ni percubaan pertama saya dan tak sangka saya dapat juga saya buat apa yang mahukan pengarah, Ahmad Idham”, katanya kepada Malaysian Digest.com berkongsi serba sedikit pengalamannya tentang filem yang bakal ditayangkan pada 6 Jun ini.
Dalam pada itu Erin meluahkan dia sebolehnya tidak mahu lagi ditawarkan peranan sebagai watak kanak-kanak. Mahu lari dari dilabelkan diri sebagia budak-budak, Erin berkata dia teringin mencuba watak yang seiring dengan usianya. Namun, dia juga enggan tua sebelum waktunya. Lantas mengharapkan tidak ada pihak yang menawarkan peranan seorang yang terlalu dewasa.
“Kalau seseorang itu berlakon dari kecil, walaupun sekarang dah besar , masih ramai yang anggap kita budak-budak. Saya tak mahu orang anggap saya budak-budak. Kalau boleh saya nak bawak watak yang sepadan dengan umur saya. Tapi saya tak nak lah bawa watak yang dewasa sangat”, ujarnya yang kini menalani penggambaran filem Cinderella juga arahan Ahmad Idham.
Tidak hanya bertumpu pada bidang glamor, Erin memberitahu dia juga merancang mahu membuka perniagaan sendiri pada masa hadapan.
Sementara itu, mengulas mengenai beberapa foto percutiannya di Bali baru-baru ini, Erin berkata dia sebenarnya sudah bersedia dikritik sebaik sahaja adiknya mula bertudung. Foto-foto tersebut menjadi bualan hangat ramai apabila ada pihak mempertikaikan cara pemakaian Erin yang agak seksi berbanding dengan adiknya yang dianggap lebih sopan.
“Saya memang dah agak hal ini akan menjadi isu sejak awal-awal lagi kerana adik-adik saya telah bertudung. Adik-adik tak pernah paksa saya untuk pakai tudung tetapi saya memilih untuk berpakaian lebih sopan apabila keluar dengan mereka,” kata Erin yang pernah panas namanya sebelum ini dek kontroversi gambar seksi dan isu bertindih lidah dan dakwaan dia menghisap ganja di lokasi penggambaran.
Sumber: Malaysian Digest
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment