Azran Osman-Rani…terus ke muka lu bro….nah baca jawapan Utusan Malaysia kepada anda dan syarikat banyak hutang yang anda hanya makan gaji itu.
Antara baris ayat paling best oleh Awang Selamat dalam keluaran Mingguan Malaysia hari ini ialah nilai iklan Air Asia X lebih rendah daripada iklan jamu dan rawatan rambut…
Bro…kau dah la botak…nilai iklan kau lak lagi rendah dari iklan rawatan rambut….kah kah kah
Berikut petikan yang dimaksudkan;
Iklan Air Asia
Nampaknya Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia X, Azran Osman -Rani enggan menarik balik dan memohon maaf atas kenyataannya mencemuh akhbar Utusan Malaysia yang dituduhnya rasis.
Beliau bukan sahaja gagal membuat tafsiran yang betul daripada laporan yang disiarkan bertajuk Apa Lagi Cina Mahu? pada terbitan 7 Mei lalu malah memperlihatkan sikap angkuh.
Perdana Menteri, Najib Tun Razak dalam reaksinya pada sidang akhbar, mempertahankan laporan tersebut. ??Awak salahkan Utusan, bagaimana pula akhbar berbahasa Cina.”
Jawapan Najib itu secara spontan mendapat tepukan daripada para wartawan yang hadir. Isunya, sampai hari ini, Air Asia yang menaungi Air Asia X apatah lagi Azran tidak ambil sikap tanggungjawab malah lepas tangan kononnya ia pandangan peribadi.
Awang hairan, Utusan tidak usik Air Asia, tiba-tiba Azran tampil dengan kenyataan bersama ugutan menarik balik iklan. Jika pun beliau terdorong untuk menyokong pembangkang, itu bukan caranya. Menuduh Utusan rasis tanpa faham sepenuhnya laporan tersebut selain ugutan berkaitan iklan, adalah keterlaluan.
Dalam isu tersebut, Awang mengucapkan terima kasih kepada seluruh pembaca, badan-badan bukan kerajaan (NGO) , para pengendali blog dan banyak pihak lagi atas sokongan kepada Utusan.
Ramai yang marah kepada Azran dan Air Asia dan tidak perlu Awang ulang hujah-hujah mengenainya.
Awang juga tidak mahu mengungkit betapa Utusan telah banyak memberi bantuan antaranya, dengan tidak menyiarkan banyak perkara negatif berkaitan Air Asia.
Cuma Awang ingin mencadangkan supaya Kumpulan Utusan tidak lagi menerima iklan Air Asia selagi tiada permohonan maaf . Biarlah iklan syarikat itu ada pada akhbar lain tetapi bukan Utusan.
Tanpa iklan Air Asia, Utusan tidak akan hadapi masalah. Lagipun nilai iklan yang diberi sangat kecil, lebih rendah daripada iklan jamu dan rawatan rambut.
Ingatlah Air Asia bukan satu-satunya syarikat penerbangan di Malaysia. Kepada yang berbudi, kita berbahasa terutama Penerbangan Malaysia yang servisnya lebih baik dan kental nasionalismenya.
Semua orang tahu Air Asia banyak masalah dan isu. Aduan pengguna melambak-lambak. Opps, kalau ada bantahan terhadap Awang , harap-harap bos besar Utusan akan menjawab bahawa itu pandangan peribadi penulis – sebagaimana reaksi bos Air Asia – lepas tangan. (Petikan rencana Awang Selamat MINGGUAN MALAYSIA)
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment