Kaka Azraff Dalami Bidang Muzik


Kaka

SUBANG JAYA – Pendatang baru, Kaka Azraff, mengakui penting bagi seseorang penyanyi untuk mendalami bidang berkaitan muzik dan bukan hanya sekadar mempelajari teknik vokal semata-mata.
Pemilik nama penuh Nor Atiqa Noor Azraff, 24 berkata, dia kini sedang mempelajari dan mendalami secara asas beberapa alat muzik dan teknik mengubah lagu.
“Saya rasa penting bagi saya untuk tahu sedikit sebanyak tentang muzik sebelum betul-betul keluar dengan single pertama ini.
“Sebagai penyanyi kalau boleh saya mahu cipta lagu sendiri dan tahu main beberapa alat muzik dan bukan hanya sekadar melontarkan suara,” ujarnya.
Tambah Kaka, bagi menjadi seorang penyanyi yang serba boleh, dia perlu menyiapkan diri dengan pengatahuan tentang muzik.
“Saya ambil kelas seminggu sekali di Rafiq Concept dan sekarang saya sedang belajar piano dan bagaimana untuk mengubah lagu.
“Alhamdulillah semuanya berjalan lancar sebelum ini saya memang tidak pernah tahu tentang alat muzik dan membaca note sekalipun,” katanya.
Ditanya tentang bidang lakonan, Kaka berkata dia baru pertama kali berlakon dalam drama Uda dan Dara Cornetto terbitan Astro.
“Jika ada rezeki memang saya teringin untuk berlakon, masa berlakon Uda dan Dara Cornetto satu babak saya rasa agak tertarik dan dapat menjayakannya dengan baik.
“Tapi apa yang lebih diutamakan adalah bidang nyanyian buat masa ini,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Kaka akan keluar dengan lagu duet terbaru bersama Zizan Razak berjudul Infiniti Cinta dalam masa terdekat. – mStar Online


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story