Elle Macpherson merupakan seorang ahli perniagaan Australia yang juga bekerja sebagai penyampai TV, model dan pelakon. Dengan kejayaan yang dia miliki itu, mungkin anda akan menyangka Elle adalah wanita yang berjaya di usia muda. Anda pasti tidak menyangka dan terkejut setelah mengetahui kalau usia Elle sudah 50 tahun.
Elle adalah seorang wanita yang lahir pada 20 Mac 1964, namun penampilannya masih awet muda, cantik, kulit halus, tubuh indah dan seksi layaknya seperti berumur 20 atau 30 tahun. Apa yang menjadikan Elle kelihatan sangat muda di usianya yang sudah mencapai setengah abad ini?
Elle Macpherson mengatakan bahawa salah satu kunci kecantikannya adalah ketawa. "Semasa kau ketawa, itu akan mengubah segalanya. Itu mengubah semangatmu dan pandangan orang terhadap kamu, "kata wanita ini.
Selain itu, untuk menjaga kecantikan kulitnya, Elle juga rajin menggunakan body scrub dan pelembab. Jadi kulit Elle tak akan cepat menua kerana sentiasa lembab. Tidur 8 jam juga menjadi perkara yang wajib dilakukan Elle Macpherson agar dirinya tetap kelihatan segar.
"Satu tips kecantikanku yang sering dianggap klise adalah minum air hingga 3 liter setiap hari," kata Elle. Perkara ini juga diimbangi dengan sukan non gym kegemarannya seperti berenang, lari, mendaki gunung dan sebagainya.
Bagi anda yang ingin kelihatan awet muda seperti Elle Macpherson, maka anda boleh cuba hal-hal yang dilakukan oleh Elle di atas. Siapa tahu kaedah beliau berjaya, dan anda boleh kelihatan muda dan sentiasa sihat. -tabekpuang
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment