Sungmin (Super Junior) Bakal Kahwin Disember Depan

Sungmin dan Sa Eun sudah menjalinkan hubungan cinta hampir tiga tahun.
AHLI kumpulan Super Junior iaitu Sungmin dilaporkan bakal menamatkan zaman bujangnya dengan aktres Kim Sa Eun pada Disember depan.

Soompi melaporkan, pasangan itu dikatakan bakal mengadakan majlis tersebut di Yeoksam, Seoul pada 13 Disember selepas hampir tiga tahun menjalinkan hubungan cinta.

"Selepas berfikir panjang mereka mengambil keputusan berkahwin dan berharap peminat dapat merestui hubungan mereka," kata sumber terdekat pasangan itu.

Sungmin dan Sa Eun berkenalan ketika sama-sama menjayakan pementasan teater muzikal Three Musketeers.

Bagaimanapun, syarikat pengurusan Sa Eun segera menafikan laporan tersebut dan memberitahu pasangan itu belum terfikir untuk berkahwin dalam masa terdekat.-mstar

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

Loading...

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story