Kelantan Akan Penjarakan Lelaki Gagal Solat Jumaat Tiga Kali

Jika anda seorang lelaki dan tidak menunaikan solat Jumaat sebanyak tiga kali berturut-turut , dan berada di Kelantan, anda akan dipenjarakan selama setahun.
Itulah pendekatan yang diambil kerajaan negeri Kelantan yang diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah dan Hubungan Serantau Negeri Datuk Nassuruddin Daud.
Kerajaan negeri mempunyai bidang kuasa melaksanakan tindakan berkenaan mengikut Seksyen 104, Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang memperuntukkan denda sehingga RM1,000 dan penjara setahun bagi kesalahan itu.
“Jumaat adalah hari yang mulia, tiada sebab golongan lelaki meninggalkan solat Jumaat yang hanya diadakan seminggu sekali. Setakat ini hanya seorang lelaki didakwa berhubung kesalahan itu,” kata ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) Kelantan itu.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijang Wan Ubaidah Omar di pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan semalam.
Wan Ubaidah inginkan penjelasan dari kerajaan negeri berhubung hukuman untuk mereka yang sengaja meninggalkan solat Jumaat.
Nassuruddin yang juga ADUN Meranti berkata, sesiapa sahaja termasuk Imam atau Ahli Jawatankuasa Masjid boleh membuat aduan berhubung kegagalan individu bagi membolehkan tindakan tegas diambil terhadap mereka.
“Mereka yang membuat aduan perlu mengisi borang sebelum diserahkan kepada Jabatan Hal Ehwal Islam Kelantan (JAHEAIK).
“Bahagian penguatkuasa jabatan akan berbincang dengan imam. Pada masa sama sebuah buku diberikan kepada imam dengan mengarahkan individu berkenaan menunaikan solat di masjid berkenaan sebanyak tiga kali berturut-turut.
“Imam yang dipertanggungjawab akan mencatatkan kehadiran individu itu. Sekiranya mereka gagal hadir dalam tempoh berkenaan, tindakan akan diambil,” katanya memetik laporan akhbar Berita Harian. – MYNEWSHUB

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

Loading...

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story