07 Ogos 2019 9:01 AM

Mahathir (kanan) dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat oleh IUJ bagi menghargai sumbangan beliau terhadap hubungan Malaysia dan Jepun.
FUKUOKA, Jepun - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Rabu dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat oleh Universiti Antarabangsa Jepun (IUJ) bagi menghargai sumbangan beliau terhadap hubungan Malaysia dan Jepun.
Mahathir menerima 'Ijazah Kehormat Doktor Falsafah, honoris causa' daripada Presiden IUJ, Hiroyuki Itami dalam majlis yang diadakan di sebuah hotel di Bandaraya Fukuoka, bersempena lawatan kerja tiga hari beliau ke wilayah itu.
Pada majlis penganugerahan ijazah doktor kehormat itu, Itami menegaskan bahawa Dasar Pandang ke Timur yang diperkenalkan Mahathir, mempunyai impak besar kepada pendidikan tinggi di negara anggota ASEAN.
"Sememangnya diakui dan diiktiraf bahawa ramai anak muda Malaysia yang belajar di luar negara di Jepun telah menyumbang kepada pembangunan di Malaysia pada hari ini di bawah dasar ini (Dasar Pandang ke Timur)," menurut kenyataan IUJ yang dikeluarkan bersempena penganugerahan itu.
Dalam ucapan sanjungannya, Itami berkata, Dasar Pandang ke Timur telah menjadi asas kepada hubungan akrab antara Malaysia dan Jepun.
Di bawah Dasar Pandang ke Timur, kerajaan Malaysia telah menghantar beratus-ratus pelajar dan pelatih korporat ke Jepun.
"Apabila kembali ke Malaysia selepas menamatkan pengajian dari universiti atau tamat program di syarikat di Jepun, pelajar Malaysia telah memainkan peranan yang aktif dan utama dalam membangunkan Malaysia serta sebagai jambatan antara Jepun dan Malaysia," katanya.
Menurut beliau, IUJ telah mendidik lebih 20 pelajar Malaysia yang dihantar oleh kerajaan Malaysia sejak 1990-an.
Itami berkata, IUJ turut melancarkan Program Pembangunan Jepun-Global (JGDP) tahun lepas bagi menawarkan peluang pembelajaran kepada bakal pemimpin terkemuka dari Jepun, Asia termasuk Malaysia, Afrika dan Amerika Latin mengenai pengalaman orang Jepun dalam bidang ekonomi serta pembangunan masyarakat sejak era pemulihan Meiji dan kewajaran di sebalik perkembangan ini.
"IUJ mengalu-alukan penyertaan pelajar dari Malaysia dalam JGDP," katanya.
Itami juga menyatakan harapan bahawa hubungan dua hala yang lebih erat antara Jepun dan Malaysia akan berkembang di bawah Dasar Pandang ke Timur dalam era baharu ini.
"Kami percaya Universiti Antarabangsa Jepun akan memainkan peranan penting dalam Dasar Pandang ke Timur Mahathir dan dalam mengukuhkan hubungan antara Jepun dan Malaysia," katanya. - Bernama
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
Posted in: 



1 comments:
Masih bingung mencari game online terpecaya dan aman..Hanya
di Agenss128 bandar taruhan online terpecaya dan aman^^
Agens128 menyediakan begitu banyak jenis game online untuk di bet seperti
Sabung ayam, Sportbook, Casino online dan Slot online!!
masih ada lagi yang seruu Togel Online, Poker Online, dan Tangkas Online^^
====BONUS=====
Bonus New Member 10%
Bonus cashback s/d 10%
Bonus Referral 5% + 2% HOT
Bonus Rollingan
TUNGGU APALAGI JOIN SEKARANG DENGAN AGENS128!!
Menangkan Puluhan hingga ratusan jutaa!!
uji peruntutungan ANDA sekarang Hanya bermodalkan deposit 25rb!!
TRANSAKSI CEPAT dan AMAN dan MASIH BANYAK PROMO DAN BONUS
YANG MENARIK DAN MENGUNTUNGKANN^^
PENASARAN^^ SEGERA KUNJUNGI LINK DIBAWAH INI :
JADILAH PARTNER AGENS128 dan segera dapatkan BONUS MENARIKK^^
Penasaran langsung saja klik link dibawah ini :
LINK ALTERNATIF SBOBET
SBOBET ALTERNATIF
LOGIN SBOBET
LINK SBOBET
SABUNG AYAM ONLINE
ADU AYAM
CASINO ONLINE
SABUNG AYAM BANGKOK
AYAM LAGA BIRMA
POKER DEPOSIT PULSA
DEPOSIT PULSA
DEPOSIT PULSA POKER
DEPOSIT PULSA
POKER DEPOSIT PULSA
Info lebih lanjut bisa hubungi contact di bawah ini :
Website : 165.22.61.70
WhatsApp : 085222555128
Post a comment