Benarkah Afdlin Shauki Dan Nabil Pelakon Klip Politik Tongong?



Semejak dua ini ada sebuah klip politik yang sedang popular di Youtube.
Ia memaparkan dua lelaki yang memakai topeng dan bercerita serta mendedahkan dakyah politik pembangkang di negara ini.
Mereka tidak pernah membuka topeng mereka. Ini menyebabkan identiti mereka menjadi teka-teki.
Lumrah politik, bila kita cenderung kepada satu pihak, penyokong pihak yang lain akan marah dan emosi.
Dalam hal ini, tak semena-mena Afdlin Shauki dan Nabil Raja Lawak pulak yang dituduh menjadi pelakon Politik Tongong itu.
Nasib baik, bermula dari minit ke-4, kedua pelakon asal tu buat penafian melalui klip di bawah ini.
Mungkin disebabkan sindiran pedih pelakon Politik Tongong buat penyokong lagi satu emosi kot sampai mula menuduh orang lain tanpa sebarang bukti.



Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Akaun Pengguna Twitter Digodam

Twitter

San Francisco – Sebanyak 250,000 kata laluan pengguna Twitter telah digodam minggu ini oleh Anonymous.
Namun sebagai langkah berjaga-jaga, kata laluan itu telah diset semula dan Twitter kini sedang dalam proses memaklumkan kepada pengguna terbabit mengenai godaman berkenaan.
Sebelum ini, dua organisasi media iaitu New York Times dan Wall Street Journal telah mengalami serangan besar-besaran daripada penggodam.
Kedua-dua organisasi berkenaan mendakwa penggodam berasal dari China.
Namun berbeza dengan New York Times dan Wall Street Journal, Twitter tidak memaklumkan mengenai methadologi serangan tersebut.
Ia juga tidak mahu membuat spekulasi serangan berkenaan kerana siasatan masih dijalankan.
“Serangan itu bukan kerja amatur dan kita tidak percaya ia adalah insiden terpinggir.’
“Penggodam ini amat canggih dan kita percaya ada syarikat atau organisasi lain mungkin mengalami serangan yang sama,” kata twitter.
Twitter yang mempunyai 200 juta pengguna aktif setiap bulan akan bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi mengesan penggodam tersebut.


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Ronaldo Jaring Gol Sendiri Punca Real Kalah

Ronaldo

BARCELONA – Cristiano Ronaldo menjaringkan gol sendiri buat julung kali dalam kerjayanya ketika Real Madrid tewas 1-0 kepada Granada pada perlawanan Liga Sepanyol menyaksikan anak buah Jose Mourinho kecundang pada lawan kurang ternama.
Kerjaya Ronaldo yang cemerlang apabila menjaringkan pelbagai jenis gol dan sudut tetapi tidak pernah dalam 10 musim lebih menjaringkan gol sendiri sehinggalah dia menanduk sepakan sudut melepasi penjaga gol, Diego Lopez ketika cuba menyelamatkan bola pada minit ke-22.
Madrid berhempas pulas untuk mengasak tetapi gagal menemui sasaran sehingga minit ke-58.
Kekalahan itu adalah yang kelima dalam 12 perlawanan di tempat lawan musim ini menyebabkan mereka ketinggalan 15 mata di belakang Barcelona sebelum pendahulu liga terbabit bertandang ke Valencia hari ini. – AP


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Tulang Ditemui Dalam Kereta Terbakar

Kereta Terbakar

SHAH ALAM — Polis menemui serpihan tulang dalam sebuah kereta yang terbakar di Alam Impian, Seksyen 35 di sini, semalam.
Kereta Proton Waja yang dilapor hilang di Klang pada 31 Jan itu dipercayai terbakar malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Zahedi Ayob berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian kereta terbakar kira-kira pukul 2.30 pagi.
Beliau berkata polis yang memeriksa kenderaan itu menemui tulang di tempat duduk pemandu.
“Kami belum dapat mengenal pasti sama ada tulang berkenaan tulang manusia atau binatang.
“Kami sedang menunggu laporan patologi untuk mengetahui status tulang berkenaan,” katanya di sini semalam. — BERNAMA


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Hukum Mati Menanti Per0 go1

Hukuman Mati

New Delhi – Kabinet India kelmarin meluluskan cadangan meminda undang-undang supaya hukuman mati dikenakan ke atas pesalah dalam kes rogol jika serangan menyebabkan mangsa koma atau maut.
“Kami sudah membuat keputusan dengan segera dan berharap ia membolehkan wanita rasa lebih selamat di negara ini,” kata Menteri Undang-Undang, Ashwani Kumar kepada wartawan.
Keputusan menyokong hukuman itu adalah berdasarkan cadangan satu panel yang meneliti undang-undang jenayah dalam kes serangan seksual.
Ia berikutan bantahan besar-besaran selepas seorang wanita maut selepas diperkosa secara beramai-ramai, Disember lalu.
Kuasa sebagai undang-undang
Cadangan itu memerlukan tandatangan Presiden Pranab Mukherjee untuk dikuatkuasakan sebagai undang-undang yang dijangkakan pada hari ini.
Parlimen pula perlu mengesahkannya dalam tempoh enam minggu mulai sidang seterusnya pada 21 Februari jika tidak mahu ia tertangguh.
Panel yang mengkaji undang-undang jenayah seksual diketuai bekas Ketua Hakim, J S Verma pada 23 Disember lalu, seminggu selepas kejadian rogol itu.
Mangsa kemudian dihantar ke Singapura untuk rawatan sebelum meninggal dunia pada 29 Disember lalu.
Lima lelaki dan seorang budak lelaki di bawah umur dituduh berhubung kes itu atas dakwaan membunuh, menculik dan rogol.
Perbicaraan lima lelaki itu sudah bermula di mahkamah New Delhi dengan peguam bela mengatakan mereka tidak bersalah. Budak di bawah umur terbabit belum dibicarakan.
Berdasarkan undang-undang yang ada, perogol boleh dihukum penjara selama tujuh tahun sehingga seumur hidup.
Tertuduh dalam kes rogol berkenaan hanya boleh dikenakan hukuman mati jika sabit kesalahan membunuh. – Agensi


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Terkejut ‘Si Mati’ Jawab Telefon

Terkejut ‘Si Mati’ Jawab Telefon

Darlington – Seorang pesara terpaksa meyakinkan rakan dan anggota keluarganya bahawa dia masih hidup dan sihat selepas sebuah akhbar menyiarkan makluman mengenai kematiannya.
Akhbar Northern Echo menyiarkan makluman itu, mendorong kenalan George Simpson menelefon keluarganya untuk mengucapkan takziah. Mereka terkejut apabila yang menjawabnya ialah Simpson sendiri.
Kekeliruan berlaku apabila akhbar berkenaan menerima permintaan untuk menyiarkan makluman mengenai kematian seorang lelaki yang juga bernama George Simpson, 84.
Northern Echo yang menyangka lelaki itu Simpson yang memang dikenali penduduk Darlington tetapi berusia 81 tahun, menyiarkan makluman mengenai kematiannya, lengkap dengan gambarnya.
“Saya menerima panggilang hingga dari Australia, mengucapkan takziah atas kematian saya,” kata Simpson. – Daily Mail


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Guru Maut Angkara Seekor Katak

Maut Angkara Katak

GOMBAK – Disebabkan panik apabila seekor katak tiba-tiba melompat keluar di bahagian dalam kereta dipandunya, seorang guru maut manakala dua lagi anaknya cedera parah apabila kenderaan itu terbabas melanggar pokok, petang kelmarin.
Difahamkan, guru berkenaan dan anaknya dalam perjalanan pulang ke rumah selepas tamat sesi persekolahan.
Sinar Harian dimaklumkan, pagi hari kejadian, salah seorang anaknya memberitahu kasut sekolahnya dimasuki seekor katak yang kemudian hilang di dalam kereta itu.
Jurucakap polis berkata, mangsa yang berkhidmat di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chap Kuan Batu Arang kemudian meminta beberapa anak muridnya membantu mencari katak itu setibanya di sekolah.
Bagaimanapun, haiwan itu gagal ditemui sebelum ia dikatakan tiba-tiba muncul dalam perjalanan pulang guru itu bersama dua anaknya ke rumah.
Menurut sumber itu, kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 petang di Jalan Kota Puteri berdepan dengan kolam pancing Batu Arang.
Mangsa, Moey Yin,36, yang panik dipercayai tertekan minyak kereta jenis Proton Ezora dipandu sebelum melanggar sebatang pokok.
Rempuhan kuat menyebabkan dia meninggal dunia serta merta di tempat kejadian akibat kecederaan di dada manakala dua lagi anaknya masing-masing perempuan dan lelaki berusia sembilan dan lapan tahun yang berada di tempat duduk penumpang cedera parah.
“Salah seorang anak mangsa berada dalam keadaan koma manakala seorang lagi patah kaki dan dirawat di Hospital Sungai Buloh,” katanya.
Sehubungan itu beliau berkata, saksi kemalangan atau mereka yang mempunyai maklumat berhubung kejadian terbabit diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, Inspektor Rasha Azrul Shafii di talian 03-61262273 atau 03-61262257 untuk membantu siasatan. - Sinar Harian Online


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

GAMBAR: Fasha Sandha ‘Tunggu Masa’ Jadi Ibu

GAMBAR: Fasha Sandha 'Tunggu Masa' Jadi Ibu

Rasanya pelakon terkenal Fasha Sandha dah mula menghitung hari untuk bergelar ibu.
Usia kandungannya dikatakan telah mencecah sembilan bulan.
Pada peminat yang rindukan wajah pelakon kesayangan mereka itu, ini disertakan gambar-gambar terbarunya.
Marilah kita berdoa agar dia dan kandungannya itu sihat dan baby itu bakal menjadi anak yang soleh, Insha Allah.
fashangandong3
fashangandong4
fashangandong5


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Bekas Pemain Bola Selangor Meninggal Dunia

Bekas Pemain Bola Selangor Meninggal Dunia

BATANG KALI – Bekas pemain bola sepak Selangor, Mohd Ezmi Mad Jan, 36, yang menderita akibat barah hidung meninggal dunia jam 1.43 pagi tadi.
Allahyarham meninggal dunia di rumahnya di Kampung Sentosa setelah dilaporkan muntah darah lewat petang semalam dan menghadapi masalah untuk membuang air besar.
Bapanya, Md Jan Nipang, 67, berkata, tahap kesihatan anak sulungnya itu menurun sejak sebulan lalu dan tidak menjamah makanan dalam tempoh tersebut menyebabkan berat badannya susut.
“Semalam lebih kurang jam 5.15 petang Mohd Ezmi mengalami muntah darah yang banyak dan tidak berhenti sehingga jam 8 malam.
“Selepas dilihat reda, dia sekali lagi muntah darah sampailah habis waktu Isyak kemudian dia direhatkan selepas itu,” kata beliau ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Batang Kali di sini.
Katanya, melihat keadaan Mohd Ezmi yang tidak stabil ahli keluarnya bersilih ganti menjaganya.
Menurutnya, kira-kira jam 12.30 tengah malam Mohd Ezmi mengadu mahu membuang air besar dan dipapah ke bilik air, namun terjatuh di bilik air.
“Saya memapahnya kembali ke katil tapi dia tidak dapat buang air besar ketika itu.
“Lebih kurang jam 1 pagi dia sekali lagi mahu buang air besar tapi disebabkan keadaannya yang tidak bermaya, kami hanya sediakan besen untuknya membuang air di tepi katil. Tapi selang setengah jam Mohd Ezmi disahkan meninggal dunia,” katanya.
Katanya, jenazah anaknya selamat dikebumikan kira-kira jam 11 pagi tadi.
Turut hadir ke tanah perkuburan tersebut, bekas rakan sepasukan arwah, Aiman Firdaus Tan, 36, bersama kira-kira 30 rakan lain yang bersama-sama dalam pasukan bawah 20 tahun Selangor dahulu.
Allahyarham Mohd Ezmi menghidap barah hidung sejak lima tahun lalu dan telah menjalani pembedahan serta melalui beberapa rawatan susulan di hospital termasuk kaedah tradisional.
Beliau pernah bermain dengan pasukan Selangor sebagai ketua pasukan, Perlis dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan merupakan bekas kakitangan MPSJ. – Sinar Harian


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Liyana Jasmay Sah Milik Fathuddin

Liyana Jasmay Sah Milik Fathuddin

KUALA LUMPUR – Dengan dua kali lafaz, pasangan Liyana Jasmay, 25, dan Fathuddin Mazlan, 29, selamat diijabkabulkan pada pagi Sabtu.
Majlis pernikahan mereka diadakan di Hotel Seri Pasific kira-kira pukul 10 pagi.
Acara dimulakan dengan upacara berbalas pantun mengikut adat tradisi orang Melayu lama oleh kedua-dua belah pihak.
Pasangan tersebut diijabkabulkan sendiri oleh bapa Liyana iaitu Datuk Jasmay Md Shah dengan disaksikan oleh Pendaftar Perkahwinan dan Rujuk Orang Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Sahirman Ahmad.
BCEPSHqCEAAuzQ5
Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 250 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga rapat pengantin dan wakil media.
Pengantin perempuan menerima seutas gelang emas bernilai RM5500 sebagai mas kahwin sementara wang hantaran sebanyak RM28,388.
Dalam pada itu, pihak perempuan menerima lima dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang.
Liyana dan Fathuddin tampak anggun dengan mengenakan busana baju kurung moden rona putih rekaan Jovian Mandagie manakala Fathuddin segak berbaju Melayu dari rona sedondon.
Majlis resepsi perkahwinan mereka akan diadakan pada sebelah malam di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).- MStar


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Tahniah…Norman Dan Memey Dapat Baby Lelaki!

Tahniah...Norman Dan Memey Dapat Baby Lelaki!

Tahniah! OHBULAN! ucapkan kepada pasangan Norman Hakim dan Memey Suhaiza atas kelahiran bayi lelaki mereka semalam iaitu pada 1 Februari 2 jam 9.55 malam.
Memey telah melahirkan rasa syukur kerana telah selamat melahirkan bayi comelnya secara normal.
Alhamdulillah, semuanya selamat. Doa saya untuk bersalin secara normal dimakbulkan. Abang Norman menemani saya di bilik bersalin dari awal sehinggalah saya selamat melahirkan.
Untuk makluman, bayi lelaki ini diberi nama sebagai Mohamed Darwisz Hakim dan ia dilahirkan dua minggu awal dari tarikh Memey dijangkakan bersalin.
Memey Suhaiza dan Norman Hakim telah bernikah pada 24 September 2011 di kediaman keluarga Memey sendiri di Felda Tenggaroh Selatan 1, Johor.
Ini merupakan anak keempat Norman Hakim dan sebelum ini aktor tersebut telah memiliki tiga orang cahaya mata dengan hasil perkahwinan pertamanya bersama Abby Abadi.
Sumber : Facebook Media Hiburan


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Black Akhirnya Mengaku Sudah Bertunang, Bakal Kahwini Cira Khairi Tahun Ini

Black Sudah Bertunang, Kahwin Tahun Ini

KUALA LUMPUR – Pada 26 Januari bulan lalu, penyanyi kelahiran program Mentor, Black telah pun selamat bertunang dengan seorang gadis yang dirahsiakan identitinya.
Black memberitahu perkara tersebut selepas dia memuat naik gambarnya dengan seorang wanita yang bernama Cira Khairi serta ‘caption’ ‘ratu hatiku cirakhairi’.
Jujur Black memberitahu, dia tidak mahu pertunangannya dengan gadis tersebut dihebohkan kepada umum.
Kata Black, dia merahsiakan status dirinya sebagai tunangan orang adalah kerana ingin menghormati permintaan keluarga gadis tersebut.
“Memang saya telah bertunang tetapi saya tidak mahu bercerita lebih lanjut mengenai siapakah tunang saya, majlis pertunangan dan tarikh perkahwinan kerana menghormati permintaan keluarga saya dan keluarga pihak perempuan,” kata Black yang dipetik dari Rotikaya.com.
Dek kerana dia tidak menghebahkan majlis pertunangannya kepada orang ramai, timbul pula cerita mengatakan Black sengaja ingin menyorokkan perkara itu.
Namun, Black menafikan dakwaan tersebut kerana merasakan keluarga tunangnya tidak perlu menerima publisiti memandangkan mereka bukanlah artis seperti dirinya.
“Saya tidak mahu heboh bukan kerana nak sorok majlis pertunangan tetapi orang kata dugaan ketika bergelar tunangan orang ini agak berat.
“Ramai orang tahu saya sudah ada kekasih sebelum ini, tetapi yang menjadi artis saya seorang bukan keluarga dan keluarga tunang saya,” katanya.
Walaupun cerita dan status diri Black kini sudah pun tersebar, Black tetap memberitahu akan mendirikan rumah tangga dalam tahun ini juga.
Justeru, Black sendiri akan mengumumkan tarikh hari bahagianya itu serta mendedahkan tunangnya kepada umum.
“Jika tidak ada aral melintang saya akan berkahwin dalam tahun ini juga. Waktu itu saya akan beritahu semua tentang majlis perkahwinan dan siapa bakal isteri saya.
“Jadi, saya harap dapat menghormati privasi diri saya,” beritahu Black.
Oleh: NAIMAH SHAARI


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

TERKINI: Perdana Menteri Lulus RM120 Juta Bantu Masalah Air Selangor

TERKINI: Perdana Menteri Lulus RM102 Juta Bantu Masalah Air Selangor

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM120 juta kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) bagi membantu mengatasi masalah air di Selangor.
Mengumumkan perkara itu pada pelancaran Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M 2.0) di Ampang, dekat sini, Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan meluluskan peruntukan itu bagi memastikan penderitaan rakyat di negeri di bawah pentadbiran pakatan pembangkang itu diatasi segera.
Sambil mahu masalah air yang berlarutan itu ditamatkan segera, beliau berkata peruntukan itu adalah tambahan kepada dana RM606 juta yang diberikan kepada Syabas sebelum ini.
“Kalau tidak kerana peruntukan RM606 juta kepada Syabas yang diberikan kerajaan persekutuan, masalah air di Selangor adalah lebih berat sebenarnya.
“Kita tidak mahu rakyat di Selangor terus menjadi mangsa, dan kerana itu kerajaan telah setuju tambah peruntukan sebanyak RM120 juta,” katanya.
Bercakap di hadapan lebih 10,000 penduduk daripada kawasan Parlimen Ampang dan Pandan, Perdana Menteri berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) sememangnya berterusan memperjuangkan isu itu tetapi penyelesaian masalah itu sebenarnya boleh diputuskan rakyat.
“Saya mahu soal ini terus diperjuangkan oleh kita, tetapi lebih baik lagi apabila sampai masanya dan ia tidak lama lagi rakyat Selangor sendiri yang tentukannya,” katanya merujuk kepada pilihan raya umum yang bakal tiba.
Beliau berkata masalah air di Selangor harus diselesaikan segera kerana keadaan itu telah menjejaskan pelaburan ekonomi di negeri itu selain 430 projek pembangunan terpaksa ditangguhkan ekoran isu tersebut.
Sehubungan itu, Najib mahu supaya rakyat Selangor bijak menilai sekaligus tidak boleh membiarkan masalah itu daripada berterusan.
Pada majlis itu, Perdana Menteri menyampaikan BR1M kepada 30 penerima sebagai simbolik pelancaran daripada kira-kira 10,000 penerima melibatkan kawasan Parlimen Ampang dan Pandan.
Hadir sama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Anggota Parlimen Pandan Datuk Seri Ong Tee Keat dan Penyelaras Parlimen Ampang Datuk Ismail Kijo. BERNAMA


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Foto Black Bersama Kekasih Baru?

Foto Black Bersama Kekasih Baru?


Melalui laman Twitter milik penyanyi, Black, dia ada memuatnaik sekeping gambar mesranya bersama seorang gadis yang dikenali dengan nama ‘Cirakhairi’.
Statusnya pada gambar itu pula bertulis ‘ratu hatiku cirakhairi’.
Nampaknya seperti sudah terang lagi bersuluh yang wanita itu adalah buah hati kepada penyanyi yang sedang popular dengan lagu Teman Pengganti.
Berikut merupakan gambar dan beberapa perbualan antara Black dan Cirakhairi di Twitter.
1
2
3
Oleh: KASIH ISA


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

MPK Tawar Diskaun Kompaun Letak Kereta

MPK Tawar Diskaun Kompaun Letak Kereta

KUALA LUMPUR – Majlis Perbandaran Klang (MPK) membuat tawaran pengurangan kompaun letak kereta RM15 bagi setiap kompaun letak kereta bermula 1 hingga 28 Februari ini.
Pengarah Jabatan Komunikasi dan Pengaduan Awam, Norfiza Mahfiz berkata, tawaran kompaun itu bagaimanapun akan dinaikkan kepada RM30 bermula 1 hingga 31 Mac 2013.
“Oleh itu orang ramai digesa mengambil peluang yang ada untuk menjelaskan kompaun mereka sebelum tempoh tawaran tamat pada 1 April 2013,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Norfiza berkata, tawaran pengurangan kompaun letak kereta itu dijangka mendapat sambutan kerana ia membantu orang ramai menjelaskan kompaun tertunggak mereka.
Jelasnya, langkah itu membantu orang ramai yang tidak berkesempatan menjelaskan kompaun mereka sebelum ini untuk melangsaikan kompaun tersebut.
Justeru, katanya, orang ramai disaran membuat semakan dan bayaran di kaunter Ibu Pejabat MPK dan Pejabat Cawangan MPK Jalan Tengku Kelana.
Tambah beliau, bayaran juga boleh dibuat di kaunter MPK Pasaraya Giant Bukit Tinggi, MPK Perhentian Bas Port Klang dan Pejabat Cawangan Kompleks Pasar Besar Jalan Meru.
Orang ramai boleh juga menjelaskan kompaun di Dewan Orang Ramai Meru, Pejabat Cawangan Pasar Pekan Kapar, Kaunter Bergerak MPK dan Kaunter ‘Roadshow’ MPK yang akan disediakan kelak.


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Anjing ‘Gay’ Nyaris Dibunuh Pemilik

Anjing`Gay' Nyaris Dibunuh

Tennessee – Seekor anjing jantan nyaris mati dibunuh selepas pemiliknya membuang anjing berkenaan kerana menyangka anjing itu adalah `gay’.
Namun ia bernasib baik apabila berjaya diselamatkan pada saat-saat akhir oleh pencinta haiwan, Stephanie Fryns yang juga seorang pekerja teknikal veteriner.
Fryns memberikan nama Elton pada anjing itu.
Elton dibuang di tempat penjagaan haiwan  yang penuh sesak dengan anjing-anjing lain di Amerika, dan dijadual dibunuh semalam.
Namun ia diselamatkan beberapa jam selepas kempen melalui Facebook bagi menyelamatkan anjing itu telah tersebar di internet.
Kempen itu dilakukan oleh pemilik pusat perlindungan anjing berkenaan, yang kasihankan binatang berkenaan.
“Tuan punya anjing ini membuang anjing ini kerana menyangka ia adalah gay. Jangan biarkan anjing ini mati.
“Ia akan dibunuh esok kerana tempat ini penuh sesak dan tidak ada lagi ruang untuknya,” tulis pemilik pusat tersebut dalam facebook.
Kempen itu kemudiannya mendapat tumpuan terutama daripada pencinta haiwan dan kumpulan tertentu yang cuba membantu haiwan berkenaan.
Menurut pemilik pusat berkenaan, dia menerima 10 juta panggilan pagi tadi yang mahu memelihara binatang tersebut.
Dalam pada itu, pakar memaklumkan apabila seekor anjing menunjukkan minat pada anjing jantan yang lain, ia adalah disebabkan ia mahu menjadi dominan.
Ia bukan beerti anjing itu gay.


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Bayi Maut Ditimpa Peti Televisyen 30 Kg

Bayi Maut Ditimpa Peti Televisyen 30 Kg

London – Seorang bayi berusia empat bulan, Kian McMillan meninggal dunia dalam keadaan tragis selepas sebuah televisyen seberat 30 kilogram menimpa kepalanya akibat perbuatan ibunya yang mabuk dan sedang khayal dengan dadah.
Wanita itu, Natalie McMillan, 25, dipenjarakan selama 15 bulan.
Kejadian itu berlaku ketika bayi itu sedang terbaring di atas karpet di rumah berkenaan di Lancashire.
Ketika itu, ibunya cuba mengalihkan televisyen untuk membolehkannya memasang plug dvd.
Akibat kecuaian dan kebodohannya, peti televisyen itu menimpa anaknya sendiri.
Bagaimanapun Natalie ketika memberikan keterangan menafikannya dan memberitahu bahawa bekas kekasihnya yang juga bapa bayi itu, Edward Hanratty, 41, melakukan perbuatan berkenaan.
Jelasnya, ketika kejadian dia sedang tidur di tingkat atas rumah itu.
Natalie juga menafikan dia berada di bawah pengaruh arak dan dadah namun ujian yang dijalankan mengesahkan dia mengambil heroin dan valium.
Hanratty juga mengambil dadah ketika kejadian, namun dia tidak sedarkan diri di dapur rumah mereka.
Natalie bernasib baik tidak didakwa melakukan pembunuhan sebaliknya hanya didakwa keranna cuai.
Ketika hukuman dijatuhkan, hakim juga menempelak pasangan itu kerana tidak mempedulikan kebajikan bayi tersebut dan dalam masa sama sibuk mengambil dadah demi kepentingan diri mereka sendiri.
“Pada malam kejadian, anda berdua khayal dengan dadah dan arak hinggakan awak berdua melupakannya sehingga mendorong kematian anak tersebut dengan begitu tragis,” katanya.


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Pemandu Zahida Rafik Beri Keterangan SPRM

Pemandu Zahida Rafik Beri Keterangan SPRM

PUTRAJAYA – Bekas pemandu kepada pelakon Zahida Rafik iaitu Noor Azman Azemi, pada Jumaat hadir di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, bagi memberi keterangan berhubung dakwaan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal memberi sejumlah besar wang kepada artis itu.
Peguam Noor Azman, Latheefa Koya yang juga Pengerusi Biro Undang-undang PKR, berkata anak guamnya memberi keterangan selama sejam berhubung kes yang disiasat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 itu.
“Noor Azman telah memberikan kerjasama dengan memberikan segala butiran yang diperlukan,” katanya kepada pemberita selepas itu.
Latheefa berkata mereka juga berpuas hati dengan layanan SPRM pada Jumaat.
Tahun lalu, Zahida dilapor pernah membuat laporan polis terhadap Noor Azman, 39, yang didakwa melarikan RM200,000 wang syarikatnya, manakala Noor Azman turut membuat laporan polis mendakwa Mohd Shafie mempunyai hubungan dengan Zahida dan menyerahkan sejumlah besar wang kepada artis itu. – BERNAMA


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Saya Nak Kahwin Dengan Dia, Bukan Bapanya – Sharnaaz

Saya Nak Kahwin Dengan Dia, Bukan Bapanya - Sharnaaz

KUALA LUMPUR – Pelakon Sharnaaz Ahmad yang lakonannya sedang menyinar dalam filem Juvana arahan Faizal Ishak mengakui tidak mahu ambil pusing terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh ND Lala yang juga bapa kepada kekasihnya, Shila Amzah.
“Terpulanglah dia hendak cakap apa. Saya tidak terkejut bila membaca kenyataan dia. Sebab, itu memang cara dia. Tapi, kalau saya hendak datang merisik atau meminang Shila, sudah tentulah saya akan berjumpa dengan dia (ND Lala) dengan isterinya.
“Malah, saya bersedia untuk berjumpa dengan dia (ND Lala) bila-bila masa saja. Tapi, macamana hendak jumpa, kalau dia (ND Lala), asyik lari saja. Jadi, saya harap dia (ND Lala) tidak usahlah pusing cerita.
“Banyak orang pun kenal siapa dia, tapi orang malas hendak cerita. Dan, janganlah gunakan media untuk bercakap tentang hal ini. Hal peribadi, biarlah kita selesaikan secara peribadi. Jadilah seperti seorang lelaki,” kata Sharnaaz Ahmad kepada murai.com.my sebentar tadi.
Jelas Sharnaaz Ahmad lagi, sepertimana orang lain, dia juga mempunyai ibu bapa.
“Takkanlah saya hendak pergi merisik atau meminang tanpa kehadiran ibu bapa saya. Tapi, bila membaca kenyataan ND Lala yang sebegitu, ibu bapa saya sendiri pun rasa terkilan dan marah.
“Dia cakap saya ini kurang ajar. Tapi, dalam hal ini, kita kena sama-sama kena saling hormat. Bukan yang muda saja kena hormat yang tua. Yang tua pun kena hormat yang muda jugak.
“Mungkin, selama ini orang tak berani nak lawan dengan ND Lala dan anggap dia betul saja. Tapi, kadang-kadang benda yang salah itu kita kena betulkan, tidak kiralah sama ada orang itu muda atau tua.
“Entahlah…saya pun tak tahu nak cakap apa lagi. Saya tak putus asa. Tapi, kalau saya terus hantar rombongan merisik atau meminang pun, kalau dia tidak terima, bagaimana?
“Dalam hal ini, saya sebenarnya kesian pada dia. Sebab, dia sebenarnya yang memalukan diri sendiri dengan cara dan tindakannya yang terlalu insecure itu. Tak perlulah hendak jadi insecure sangat,” kata Sharnaaz lagi.
Sambung Sharnaaz lagi, dalam hal ini, dia juga berharap pihak media akan bertanya pada Shila Amzah.
“Saya rasa biarlah dia yang bercakap. Sebab, keputusan terletak di tangan dia. Malah, dia pun dah besar panjang. Malah, yang saya hendak kahwin pun dengan dia, bukan dengan bapa dia. Jadi, tanyalah tuan empunya badan sendiri,” katanya yang mengakui sudah lama tidak bertemu dengan Shila kerana kesibukan masing-masing.
Awal pagi ini, pihak Harian Metro telah mengeluarkan kenyataan ND Lala yang menegur sikap pelakon filem Juvana, Sharnaaz Ahmad yang disifatkannya terlalu terbuka dalam mengeluarkan kenyataan mengenai hubungan cintanya dengan penyanyi itu.
Menerusi laporan Harian Metro hari ini, ND Lala atau nama sebenarnya, Amir Hamzah Salleh, 51, menyifatkan tindakan Sharnaaz itu seolah-olah mengenepikan dirinya dan isteri sebagai ibu dan bapa kepada Shila apabila dengan beraninya mengeluarkan kenyataan yang dia akan tetap merisik Shila pada Mac ini sekalipun dihalang bapa penyanyi terbabit. – Murai.com.my


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Kanak-Kanak 3 Tahun Maut Dipercayai Didera, Dilibas Rotan Dan Penyangkut Baju!

Kanak-Kanak 3 Tahun Maut Dipercayai Didera, Dilibas Rotan Dan Penyangkut Baju!

KAJANG – Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut dipercayai menjadi mangsa dera anggota keluarganya dalam kejadian di rumah mereka di Semenyih, di sini, semalam.
Difahamkan, anak sulong daripada tiga adik-beradik itu sering dirotan ibunya berusia 25 tahun kerana sikapnya yang hiperaktif dan enggan berhenti menangis. Kanak-kanak itu ditemui tidak bernyawa oleh wanita terbabit ketika mahu mengejutkan anaknya yang tidur untuk mandi jam 11 pagi.
Menurut sumber, suri rumah terbabit yang panik menghubungi suaminya yang juga anggota tentera sebelum lelaki terbabit yang berada di pejabatnya bergegas pulang ke rumah.
“Selepas mendapati anaknya itu sudah meninggal dunia, lelaki terbabit melaporkan kejadian itu kepada polis,” katanya.
Sumber itu berkata, pemeriksaan awal polis mendapati terdapat kecederaan serius di kepala mangsa, selain kesan lebam dan luka baru di tubuh kanak-kanak terbabit.
“Kesan pendarahan di kepala belum diketahui sebabnya namun kesan luka dan lebam di badan kanak-kanak itu positif dengan kesan libasan rotan ataupun penyangkut baju,” katanya.
Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab ketika dihubungi mengesahkan kematian kanak-kanak malang itu dan berakta permeriksaan awal mendapati selain kecederaan serius di kepala, terdapat kesan kecederaan baru dan lama di seluruh badan kanak-kanak itu dipercayai berkemungkinan akibat didera.
“Ada kesan lebam dan luka baru serta lama di badan kanak-kanak itu,” katanya.
Diminta mengulas lanjut, Ab Rashid berkata, siasatan dan rakaman percakapan pihak berkuasa dengan jiran juga mendapati, wanita terbabit dilaporkkan sering memukul kanak-kanak berkenaan kerana sering menangis.
“Oleh itu, mayatnya dibawa ke Hospital Serdang (HS) untuk bedah siasat,” katanya.
Ditanya wartawan mengenai kecederaan di kepala mangsa, Ab Rashid berkata, anak pertama daripda tiga beradik itu didakwa ibunya terhantuk di dinding rumah pada malam kejadian namun tidak dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Katanya, pihaknya kini menunggu laporan bedah siasat di HS sejak jam 5 petang semalam, sebelum meneruskan siasatan.
Difahamkan, pasukan forensik sudah melakukan pemeriksaan di rumah mangsa bagi membantu siasatan. Manakala, tinjauan wartawan Harian Metro di HS jam 5 petang mendapati, ibu mangsa yang juga suspek utama kes berkenaan berada di bilik mayat HS bagi menunggu laporan bedah siasat berkenaan.
Sementara itu, ibu dan bapa mangsa yang ditemui wartawan bagaimanapun enggan mengulas lanjut sebaliknya mendakwa menyerahkannya kepada polis untuk siasatan lanjut.
- Harian Metro


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story