Saya Nak Kahwin Dengan Dia, Bukan Bapanya – Sharnaaz

Saya Nak Kahwin Dengan Dia, Bukan Bapanya - Sharnaaz

KUALA LUMPUR – Pelakon Sharnaaz Ahmad yang lakonannya sedang menyinar dalam filem Juvana arahan Faizal Ishak mengakui tidak mahu ambil pusing terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh ND Lala yang juga bapa kepada kekasihnya, Shila Amzah.
“Terpulanglah dia hendak cakap apa. Saya tidak terkejut bila membaca kenyataan dia. Sebab, itu memang cara dia. Tapi, kalau saya hendak datang merisik atau meminang Shila, sudah tentulah saya akan berjumpa dengan dia (ND Lala) dengan isterinya.
“Malah, saya bersedia untuk berjumpa dengan dia (ND Lala) bila-bila masa saja. Tapi, macamana hendak jumpa, kalau dia (ND Lala), asyik lari saja. Jadi, saya harap dia (ND Lala) tidak usahlah pusing cerita.
“Banyak orang pun kenal siapa dia, tapi orang malas hendak cerita. Dan, janganlah gunakan media untuk bercakap tentang hal ini. Hal peribadi, biarlah kita selesaikan secara peribadi. Jadilah seperti seorang lelaki,” kata Sharnaaz Ahmad kepada murai.com.my sebentar tadi.
Jelas Sharnaaz Ahmad lagi, sepertimana orang lain, dia juga mempunyai ibu bapa.
“Takkanlah saya hendak pergi merisik atau meminang tanpa kehadiran ibu bapa saya. Tapi, bila membaca kenyataan ND Lala yang sebegitu, ibu bapa saya sendiri pun rasa terkilan dan marah.
“Dia cakap saya ini kurang ajar. Tapi, dalam hal ini, kita kena sama-sama kena saling hormat. Bukan yang muda saja kena hormat yang tua. Yang tua pun kena hormat yang muda jugak.
“Mungkin, selama ini orang tak berani nak lawan dengan ND Lala dan anggap dia betul saja. Tapi, kadang-kadang benda yang salah itu kita kena betulkan, tidak kiralah sama ada orang itu muda atau tua.
“Entahlah…saya pun tak tahu nak cakap apa lagi. Saya tak putus asa. Tapi, kalau saya terus hantar rombongan merisik atau meminang pun, kalau dia tidak terima, bagaimana?
“Dalam hal ini, saya sebenarnya kesian pada dia. Sebab, dia sebenarnya yang memalukan diri sendiri dengan cara dan tindakannya yang terlalu insecure itu. Tak perlulah hendak jadi insecure sangat,” kata Sharnaaz lagi.
Sambung Sharnaaz lagi, dalam hal ini, dia juga berharap pihak media akan bertanya pada Shila Amzah.
“Saya rasa biarlah dia yang bercakap. Sebab, keputusan terletak di tangan dia. Malah, dia pun dah besar panjang. Malah, yang saya hendak kahwin pun dengan dia, bukan dengan bapa dia. Jadi, tanyalah tuan empunya badan sendiri,” katanya yang mengakui sudah lama tidak bertemu dengan Shila kerana kesibukan masing-masing.
Awal pagi ini, pihak Harian Metro telah mengeluarkan kenyataan ND Lala yang menegur sikap pelakon filem Juvana, Sharnaaz Ahmad yang disifatkannya terlalu terbuka dalam mengeluarkan kenyataan mengenai hubungan cintanya dengan penyanyi itu.
Menerusi laporan Harian Metro hari ini, ND Lala atau nama sebenarnya, Amir Hamzah Salleh, 51, menyifatkan tindakan Sharnaaz itu seolah-olah mengenepikan dirinya dan isteri sebagai ibu dan bapa kepada Shila apabila dengan beraninya mengeluarkan kenyataan yang dia akan tetap merisik Shila pada Mac ini sekalipun dihalang bapa penyanyi terbabit. – Murai.com.my


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story