MPK Tawar Diskaun Kompaun Letak Kereta

MPK Tawar Diskaun Kompaun Letak Kereta

KUALA LUMPUR – Majlis Perbandaran Klang (MPK) membuat tawaran pengurangan kompaun letak kereta RM15 bagi setiap kompaun letak kereta bermula 1 hingga 28 Februari ini.
Pengarah Jabatan Komunikasi dan Pengaduan Awam, Norfiza Mahfiz berkata, tawaran kompaun itu bagaimanapun akan dinaikkan kepada RM30 bermula 1 hingga 31 Mac 2013.
“Oleh itu orang ramai digesa mengambil peluang yang ada untuk menjelaskan kompaun mereka sebelum tempoh tawaran tamat pada 1 April 2013,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Norfiza berkata, tawaran pengurangan kompaun letak kereta itu dijangka mendapat sambutan kerana ia membantu orang ramai menjelaskan kompaun tertunggak mereka.
Jelasnya, langkah itu membantu orang ramai yang tidak berkesempatan menjelaskan kompaun mereka sebelum ini untuk melangsaikan kompaun tersebut.
Justeru, katanya, orang ramai disaran membuat semakan dan bayaran di kaunter Ibu Pejabat MPK dan Pejabat Cawangan MPK Jalan Tengku Kelana.
Tambah beliau, bayaran juga boleh dibuat di kaunter MPK Pasaraya Giant Bukit Tinggi, MPK Perhentian Bas Port Klang dan Pejabat Cawangan Kompleks Pasar Besar Jalan Meru.
Orang ramai boleh juga menjelaskan kompaun di Dewan Orang Ramai Meru, Pejabat Cawangan Pasar Pekan Kapar, Kaunter Bergerak MPK dan Kaunter ‘Roadshow’ MPK yang akan disediakan kelak.


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story