Jamalul Kiram Mahu Campur Tangan PBB, Amerika Dan Britain Di Sabah

Jamalul-Kiram

**Janganlah kita buka ruang negara kita diganggu kuasa lain!
MANILA, Filipina – Jamalul Kiram III hari ini berkata, beliau mahu bukan sahaja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tetapi Amerika Syarikat (AS) dan Britain untuk campur tangan dalam situasi yang semakin buruk di Sabah.
Kiram berkata, pihak kesultanan telah hilang kepercayaan bahawa pentadbiran Aquino akan membantu dalam tuntutan mereka ke atas Sabah, yang dianggap sebagai tanah nenek moyang masyarakat Sulu.
Ditanya mengenai langkah seterusnya, Kiram berkata, mereka akan mendapatkan bantuan daripada badan antarabangsa dan dua kuasa dunia itu.
Beliau berkata, kali terakhir isu berkenaan dibawa ke PBB adalah dalam tahun 1960-an, di bawah pentadbiran Presiden Diosdado Macapagal (gambar, bawah).
diosdado
Kira-kira 200 pengikut Jamalul Kiram telah berkubu di Sabah sejak 12 Februari lalu dalam usaha untuk mengesahkan pemilikan Sulu ke atas Sabah.
Pertembungan pertama antara pasukan keselamatan Malaysia dan kumpulan penyokong Kiram meletus Jumaat lalu, meninggalkan sekurang-kurangnya 12 pengikut mati.
Satu lagi insiden serangan hendap pada hari Sabtu di Semporna menyebabkan 6 polis Malaysia dan 6 penceroboh mati.
Setiausaha Kehakiman, Leila de Lima sebelum ini berkata, isu Sabah boleh dibawa ke hadapan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) untuk penyelesaian.
Filipina telah pun memfailkan tuntutan ke atas Sabah di ICJ, menurut Amina Rasul, Presiden Pusat Filipina untuk Islam dan Demokrasi (PCID).
Beliau berkata Kesultanan Sulu mempunyai tuntutan sejarah di Sabah, yang telah ditegakkan pada tahun 1939 di hadapan Ketua Hakim, C.F.C. Macaskie di Mahkamah Tinggi Borneo Utara.
Sabah telah diberikan kepada Kesultanan Sulu oleh Kesultanan Brunei kerana peranan Sulu dalam menamatkan satu pemberontakan pada abad ke-17.
Pada tahun 1878, Kesultanan Sulu memajak Sabah kepada Kompeni Borneo Utara British.


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Semua Petunjuk Memperlihatkan Konspirasi – Presiden Aquino

Semua Petunjuk Memperlihatkan Konspirasi - Presiden Aquino

MANILA – Presiden Filipina, Benigno Aquino hari ini berkata, terdapat tanda-tanda yang jelas wujudnya konspirasi dalam tindakan Jamalul Kiram III dan para pengikutnya menggunakan kekerasan dalam tuntutan mereka ke atas Sabah.
Presiden itu berkata, beliau tidak buta kepada tanda-tanda yang menunjukkan konspirasi dalam ketegangan berterusan itu.
Aquino kemudian memberitahu pemberita bahawa beliau telah menerima laporan perisikan dan pihak berkuasa negaranya sedang memantau “orang berkepentingan” dalam isu Sabah.
Aquino berkata, semua individu yang bersetuju dengan tindakan Jamalul Kiram dilihat mengulangi baris-baris kata yang sama berulang kali.
GROUP: President Benigno S. Aquino III poses for photograph immediately after confering US Senator Daniel Inouye (7th from left) and US Senator Thad Cochican (6th from left) the Order of Sikatuna and Order of Lakandula respectively in a ceremony Monday in Malacanang. Standing from left are malacanang chief of protocol Manuel Perez-Rubio, House Speaker Feliciano Belmonte, Senate President Juan Ponce-Enrile,  DFA Secretary Albert del Rosario, President Aquino, Sen. Thad Cochican, Sen. Daniel Inouye and wife Irene, and US Ambassador to the Philippines Harry Thomas. (Photo by Gil Nartea/Malacanang Photo Bureau)
Beliau juga menyatakan bahawa Jamalul Kiram perlu membelanjakan sekurang-kurangnya 100,000 Peso (RM7,611) sekiranya mahu menyewa satu bot besar bagi membawa pasukannya ke Lahad Datu
Beliau berkata, keluarga Kiram menggunakan dua bot besar dan sebuah bot laju untuk membawa pengikut mereka ke Sabah.
Aquino menzahirkan Jamalul Kiram tidak mampu membiyai operasi seperti itu.
Malah katanya, Jamalul Kiram yang menghadapi masalah buah pinggang, terpaksa menerima sokongan kewangan dari Philippine Charity Sweepstakes Office (PCSO) untuk melakukan rawatan dialisis dengan kerap.
“Dana untuk makanan, wang yang ditinggalkan, kumpulan yang disepadukan, kritikan yang senada, semuanya berarah kepada satu konspirasi,” katanya.
Aquino menegaskan beliau bukan bercakap tanpa bukti dalam tuduhannya bahawa wujud konspirasi dalam isu pencerobohan di Sabah.
Aquino menambah, beliau telah bercakap dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak yang berkata rundingan dengan kumpulan Jamalul Kiram tidak mungkin akan diadakan selepas kematian komando polis Malaysia minggu lepas.
Dalam satu kenyataan, Aquino memberitahu, Jamalul Kiram, salah satu daripada pihak yang menuntut Kesultaan Sulu, bahawa adalah tidak munasabah untuk meminta kefahaman “apabila anda meletakan pistol di kepala saya”.
Beliau berkata, selain daripada nasib para pengikut Jamalul Kiram, kerajaan Filipina juga bimbang dengan nasib 800,000 warga Filipina di Sabah yang kehidupan mereka boleh terjejas akibat tindakan kumpulan Kiram.sumber


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

SEGERA: Tentera Mula Menyerang, Lokasi Penceroboh Sulu Digempur!

SEGERA: Tentera Mula Menyerang, Lokasi Penceroboh Sulu Digempur, Letupan Kuat Mula Kedengaran!

SEGERA.
Pasukan keselamatan lancar serangan jam 7 pagi ini terhadap kumpulan penceroboh di Kampung Tanduo, Lahad Datu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam satu kenyataan sebentar tadi.
Sejak pukul 7 pagi pasukan tentera mula menggempur kedudukan musuh di sekitar Kampung Tanduo, Lahad Datu.
Letupan kuat mula kedengaran di sana sini.
Ia disusuli dengan kehadiran jet pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Ibu segala peperangan sudah bermula!
BERITA LANJUT AKAN MENYUSUL


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Ops Sulu: Kenyataan Penuh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak

Ops Sulu: Kenyataan Penuh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak

OPS SULU
Kenyataan Akhbar
Sejak pencerobohan oleh kumpulan bersenjata di Lahad Datu pada Feb 12, kerajaan telah mengambil pendekatan untuk menyelesaikan konflik ini tanpa pertumpahan darah. Pihak polis telah mengadakan pertemuan dan rundingan dengan harapan penceroboh akan bersetuju keluar dengan aman tanpa dikenakan sebarang tindakan undang-undang yang serius.
Semakin lama pencerobohan ini berlanjutan, jelas kepada pihak berkuasa bahawa penceroboh tidak berniat untuk keluar dari tanah Sabah. Pada hari Jumaat lepas mereka telah melepaskan tembakan ke arah anggota polis yang bertugas di kawasan tersebut menyebabkan dua anggota kita terbunuh, sehari kemudian enam lagi anggota polis dibunuh oleh penceroboh di Semporna.
Setelah serangan yang pertama, saya telah menegaskan bahawa penceroboh mesti menyerah diri dan jika mereka enggan pihak berkuasa negara ini akan bertindak.
Sebagai negara Islam yang cintakan keamanan dan mengangkatkan perjuangan penyelesaian konflik scara perundingan, usaha kita menggelakkan pertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya. Sebaliknya, anggota pasukan keselamatan kita diserang dan dibunuh, rakyat Malaysia khususnya di Sabah bimbangkan keselamatan mereka.
Kerajaan mesti mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjaga marurah dan kedaultan negara sebagaimana yang dituntut oleh rakyat. Pada jam 7pagi ini pasukan keselamatan telah melancarkan serangan di Kampung Tanduo.
Dato Sri Mohd Najib Tun Razak
PERDANA MENTERI MALAYSIA


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Gambar Dimanipulasi, Shila Akan Ambil Tindakan

Shila Amzah

HULU LANGAT – Penyanyi Shila Amzah, 23, mengakui kesal dengan tindakan segelintir individu tidak bertanggungjawab yang telah mencuri dan memanipulasi gambar miliknya melalui akaun palsu Instagram.
Menurut Shila, dia akan mengambil tindakan jika perkara tersebut terus berlanjutan sehingga menjejaskan kredibilitinya sebagai artis dan duta kepada program IM4U.
“Saya sangat sedih melihat perkara itu apabila gambar saya yang di muat naik di Instagram di curi oleh pemilik akaun palsu yang menggunakan identiti saya.
“Mereka menulis kata-kata yang tidak sepatutnya tentang 1 Malaysia sedangkan saya adalah duta kepada program kerajaan IM4U,” katanya kepada media, baru-baru ini.
Shila berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan beliau mengkritik produk yang dilabelkan sebagai barangan 1 Malaysia dan penyanyi ini turut difitnah cuba mempersendakan slogan ’1 Malaysia’ yang selama ini diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia.
Shila turut mengesa agar individu yang tidak bertanggungjawab menghentikan perbuatan tersebut sebelum menjadi lebih serius.
“Perkara ini jika tidak dikawal selia akan jadi lebih serius, saya harap individu tersebut hentikan perbuatan tidak berfaedah ini,” ujarnya.
Jelasnya, tujuan sebenar gambar itu dimuat naik ke akaun Instagram miliknya adalah hanya untuk berkongsi bersama peminat yang sentiasa ingin mengetahui perkembangan dan aktiviti sehariannya.
“Saya memang sering muat naik gambar-gambar terkini dan tidak sangka akan dicuri dan dimanipulasi. Apa yang pasti peminat saya tahu itu bukan akaun saya dan orang ramai pasti dapat menilai sendiri mana yang benar dan salah,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Shila sekeluarga yang akan berangkat ke tanah suci Mekah selama dua minggu bagi menjalani ibadah umrah pada 6 Mac ini berharap dapat melalui segala dugaan dan kontroversi yang menimpa dia dan keluarga dengan tenang. – mStar Online


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Masih Cantik, Masih Bergetah: Zain

Zain Saidin

Pelakon Zain Saidin membuat pengakuan kepada media mengenai apakah faktor penarik yang dimiliki Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta sehingga membuatkan dia jatuh cinta kepada pelakon cantik tersebut.
Melalui petikan Harian Metro, Zain berkata, “saya selalu melihat Rozita bakal menjadi seperti ibunya. Walaupun sudah berusia, masih cantik dan bergetah”.
Pelakon kacukan Melayu-Inggeris itu juga menyatakan jarak usia 13 tahun di antara mereka tidak menjadi masalah kerana Che Ta memiliki ciri-ciri wanita idamannya untuk dijadikan isterinya.
Bertuah badan Che Ta dapat pucuk muda.
Semoga niat mereka berdua untuk mendirikan rumahtangga pada hujung tahun ini dipermudahkan dan harapnya hubungan ini berkekalan sehingga ke akhir hayat.
Oleh: JULIANA JOHAR


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Ellie Suriaty ‘Atur’ Hubungan Cinta Zul-Gaya

Ellie Suriaty

Hubungan percintaan di antara pelakon kacak, Zul Ariffin dan penerbit Tayangan Unggul, Gayatri Su Lin Pillai kini bukan lagi rahsia setelah kedua-duanya mengaku mengenai kesahihan cerita itu.
Terbaru menerusi Harian Metro, Zul, 27, mendedahkan bahawa pelakon dan pengarah Ellie Suriaty merupakan ‘dalang’ di sebalik kisah cinta dirinya dan Gaya, 30-an.
“Saya tidak pernah berkongsi perkara ini dengan sesiapa, tetapi saya tahu ramai bertanya bagaimana kami boleh bercinta. Tidak kurang juga menuduh kononnya kami sudah lama berkenalan dan saya berlakon dalam Penanggal disebabkan hubungan baik kami.
“Ingin saya tegaskan, semua itu tidak benar. Pada awal pembabitan saya dalam filem Penanggal dan sewaktu menjalani latihan pembacaan skrip dan penghayatan watak, Ellie berkata pada saya, dia mahu memperkenalkan saya kepada seseorang.
“Saya hanya tergelak waktu itu dan bertanya adakah dia orang luar atau orang dalam produksi filem Penanggal. Jawabnya ringkas bahawa ia orang produksi.
“Sebaik penggambaran dimulakan, Ellie bertanya masihkah saya ingat niatnya mahu memperkenalkan saya kepada seseorang.
“Saya hanya mengangguk dan tiba-tiba dia tunjuk kepada Gaya. Saya terus terkedu dan berkata kepadanya, tidak mungkin. Apatah lagi dia orang besar syarikat penerbitan,” katanya.
“Saya waktu itu berasa canggung. Semua benda buat rasa serba tak kena, terutama apabila Gaya ada di lokasi. Saya juga dapat berasakan dia mengalami perkara sama.
“Selepas selesai penggambaran Penanggal, kami tidak lagi bertemu. Sewaktu majlis tamat penggambaran diadakan pun, saya tidak datang kerana segan.
“Ellie sekali lagi berusaha apabila cuba menemukan kami. Alasannya, ada mesyuarat produksi mahu dilakukan dan dia minta Gaya sebagai penerbit datang dan saya pelakon utama mahu dipilih ada bersama.
“Waktu itu kami mahu berbincang mengenai filem bakal diarahkan Raja Mukriz. Dia pun bersubahat juga.
“Sebaik perbincangan dibuat, tiba-tiba mereka hilang dan biarkan kami berdua. Kesempatan itu kami gunakan untuk mengenali antara satu sama lain.
“Namun kami masih berborak seperti rakan biasa. Hinggalah selepas tiga bulan menjadi rapat, baru rasa cinta datang. Bila dapat tahu kami bercinta, Ellie orang paling gembira,” katanya.
Pandai juga ya isteri kepada Azri Iskandar ini mengatur serta merencana rancangannya sehingga berjaya menerbitkan bibit-bibit cinta di antara pasangan Zul dan Gaya.
Walaupun perbezaan umur yang agak jelas ketara di antara mereka, rasanya tidak menjadi masalah jika kedua-duanya sudah serasi serta bahagia bersama.
Oleh: JULIANA JOHAR


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Kejam! Penggal Kepala Ibu Sendiri

Penggal Kepala Ibu

New York – Kejam. Beberapa keping gambar yang menunjukkan bagaimana seorang pemuda berusia 23 tahun, berasa bangga dengan menayangkan kepala ibunya selepas dia memotong kepala wanita itu dengan gergaji dalam satu kes bunuh yang mengejutkan banyak pihak di Bronx.
Bahsid McLean, 23, bergambar di depan cermin bilik air rumahnya sambil memegang kepala ibunya, Tanya Byrd, 45, seolah-olah dia menjulan sebuah piala.
Dia merakamkan gambar berkenaan melalui telefon bimbitnya, namun gambar tersebut berjaya diperolehi oleh New York Post.
McLean didakwa membunuh ibunya selepas mereka berdua bergaduh kerana Tanya mahu anaknya itu keluar daripada apartmen yang mereka duduki dan belajar berdikari.
McLean yang mengalami sakit mental itu bagaimanapun mendakwa dia tidak melakukan sebarang perbuatan salah ketika dihadapkan di mahkamah.
Dia memberitahu mahkamah bahawa ibunya itu sakit tenat dan dia hanya membantu ibunya.
McLean kini diletakkan dalam pemantauan ketat, bimbang dia akan membunuh diri.
Dalam pada itu, ibu saudaranya yang juga adik kepada Tanya, Cassandra memberitahu, Tanya pernah melihat McLean melayari internet bagi mencari tips untuk menutup pembunuhan.
Selain itu, McLean juga telah membuka akan dalam MySpace dengan nama ‘Kill the b**** Tanya.’
Menurut Cassandra, anak saudaranya itu berdendam dengan ibunya selepas dia ditempatkan di rumah anak-anak yatim ketika wanita tersebut berdepan dengan masalah penagihan dadah.
“Dia memang merancang pembunuhan ibunya itu. Dia patut dihukum mati,’’ kata Cassandra.
McLean hanya kembali menetap bersama ibunya ketika berusia 18 tahun dan pemuda itu juga dipercayai telah mendera adik lelakinya berdasarkan lebam-lebam di badan budak berkenaan.
Dalam pada itu, rakan McLean, William Harris, 26, didakwa membantu pemuda itu membuang mayat ibunya, yang dipotong kepada beberapa bahagian.
Bahagian badan Tanya ditemui di empat kawasan, kira-kira setengah batu daripada kediamannya.
Ia termasuk kepala, kaki kanan dan kirinya yang ditemui di dalam sebuah beg berzip di dalam tong sampah.


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Iran Pendahulu Dalam Pembedahan Plastik

Pembedahan Plastik

Iran – Anda tentu tidak akan percaya bahawa Iran yang dilihat sebagai sebuah negara konservatif sebenarnya merupakan pendahulu dalam pembedahan plastik.
Malah dianggarkan 200,000 penduduknya kebanyakan wanita telah menjalani pembedahan hidung setiap tahun bagi mengecilkan hidung mereka selain menjadikannya lebih mancung.
Golongan muda ini mensasarkan pembedahan plastik ini bagi menjadikan mereka setaraf dengan bintang Hollywood.
Menurut akhbar Guardian, salah seorang wanita Iran mendakwa pembedahan kosmetik itu adalah tindak balas kepada peraturan yang dikenakan ke atas mereka iaitu memakai hijab.
“Mereka tidak membenarkan kami menunjukkan kecantikan kami.
“Ia adalah sifat semula jadi untuk mendapat perhatian melalui bentuk badan, rambut dan kulit,’’ katanya.
Seorang lagi wanita Iran memberitahu, mereka berbuat demikian kerana ingin mengambil kesempatan daripada kemajuan teknologi masa kini.
“Sains dan teknologi semakin maju, dan orang ramai boleh kelihatan lebih cantik, jadi kenapa kami tidak boleh melakukannya,’’ katanya.
Pembedahan kosmetik di Iran adalah lebih mahal berbanding pendapatan bulanan rakyatnya iaitu antara $1,651 hingga $3,303.


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Gambar Wanita Pimpin Teman Lelaki Jadi Sensasi

Murad Osmann

Rusia – Seorang penerbit Rusia, Murad Osmann mempunyai cara tersendiri untuk melihat dunia melalui perspesktif seorang lelaki.
Bersama dengan teman wanitanya, seorang wartawan Rusia, Nataly Zakharova, dia telah merakamkan berpuluh-puluh imej bahagian tangannya dipimpin oleh Nataly ketika mereka mengembara berdua.
Perjalanan mereka bermula pada bulan Oktober 2011 di Barcelona dan sejak itu beratus-ratus keping gambar tersebut telah dirakamkan termasuk dalam penggembaraan mereka di Venice, Hong Kong. Singapura dan Bali.
Gambar itu menunjukkan tangan Murad dipimpin oleh Nataly dalam kawasan hutan, Disneyland dan juga gelanggang boling.
“Imej pertama dirakamkan ketika kami di Barcelona. Ketika itu Nataly kurang senang kerana saya telah berhenti mengambil gambar di merata tempat sebelum dia menarik tangan saya ke depan.
“Walaupun tangan saya ditarik oleh Nataly, namun ia tidak menghalang saya mengambil gambar dan di situlah semuanya bermula,’’ katanya.
Pada mulanya dia mengambil gambar tersebut melalui iPhone miliknya kemudian dia menukarkan kepada kamera,’’ katanya.
Murad berkelulusan dari Imperial College London dan kini merupakan penerbit eksekutif sebuah syarikat filem.
Dia mempunyai kira-kira 25,000 pengikut dalam Instagram.


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Harper Beckham Miliki Koleksi Kasut RM6,980!

Harper Beckham

Usia anak kepada pasangan Victoria dan David Beckham, Harper Seven yang baru 19 bulan sudahpun memiliki koleksi kasut bernilai RM6,980 (1,500 pound).
Bertuahnya jadi Harper!
Menurut laporan portal DailyMail, sehingga kini Harper sering muncul di khalayak dengan memakai kasut rekaan Burberry, Chloe dan Hermes.
Tidak hairanlah dengan jenama kasut yang dipakainya itu memandangkan ibunya seorang pereka fesyen dan ayahnya pula, David begitu berpengaruh dengan dunia fesyen.
Selain itu, abang Harper iaitu Romeo James Beckham pula membintangi iklan Burberry.
Mungkin tidak lama lagi Harper bakal bersaing dengan ahli politik Filipina, Imelda Marcos yang memiliki koleksi kasut sehingga 3000 pasang.
Sumber: busuk.org


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Datuk Siti Antara Pemenang Bella Awards

Bella Awards

Bella Awards 2013 telah pun melabuhkan tirainya pada Sabtu, 2 Mac 2013. Anugerah yang diilhamkan daripada program bual bicara ‘Bella’ ini dibawakan khas oleh Saluran Ceria Anda , ntv7,bersempena dengan sambutan Hari Wanita Sedunia.
Aktivis Datuk Ruby Khong dinobatkan sebagai pemenang trofi utama ‘Bella Awards’ yang berlangsung di Hotel Royal Chulan pada Sabtu. Beliau yang juga merupakan pemenang untuk kategori ‘Bella Heart Award’ dipilih kerana penglibatannya dalam aktiviti kemanusiaan dan kebajikan memberi impak yang cukup besar kepada masyarakat.
Anugerah julung-julung kali diadakan itu turut menyaksikan kemenangan Datuk Siti Nurhaliza untuk kategori ‘Bella On-Stage Award’. Manakala penyampai radio, Fara Fauzana dinobatkan sebagai ‘Bella Radio Award’. Pemenang kedua-dua kategori ini berdasarkan undian penonton yang dibuat secara online dan khidmat pesanan ringkas (SMS).
Anugerah bertemakan ‘She Sparkles’ itu dihangatkan dengan kemunculan artis antarabangsa, Ronan Keating dengan menyampaikan lagu popularnya, When You Say Nothing At All dan Fires. Selain itu, hadirin turut dihiburkan dengan persembahan hebat daripada Darren Ashley and The Impatient Sisters, Joe Flizzow, Rossa, Maliq and D’Essentials, Garry Chaw, Mizz Nina, dan Marcell.
Bella Awards menampilkan Hans Isaac, Elaine Daily, Daphne Iking dan Vanessa Chong sebagai perantara. Objektif penganjuran anugerah ini adalah untuk mengiktiraf sumbangan, dan kejayaan wanita yang menjadi inspirasi kepada masyarakat.
Berikut adalah keputusan penuh pemenang setiap kategori yang dipertandingkan:-
1) BELLA CREATIVE AWARD – Low Ngai Yuen
2) BELLA STYLE AWARD – Gillian Hung
3) BELLA BEAUTIFUL AWARD – Dr. Premitha Damodaran
4) BELLA BUSINESS AWARD – Dato’ Rosaline Ganendra
5) BELLA HEART AWARD – Dato Ruby Khong
6) BELLA MARS AWARD – Datuk Jimmy Choo
7) BELLA AWARD – Dato Ruby Khong
8)BELLA ON-SCREEN AWARD – Debbie Goh
9) BELLA ON-STAGE AWARD – Dato’ Siti Nurhaliza
10) BELLA SPORTS AWARD – Cheong Jun Hoong
11) BELLA RADIO AWARD – Fara Fauzana – Gua.com.my


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Terkini : 5 Polis Terkorban Dalam Serang Hendap Di Semporna

5 Polis Terkorban

LAHAD DATU – Seorang pegawai dan empat anggota polis terkorban dalam serangan hendap sekumpulan lelaki bersenjata di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna, Sabah semalam, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar pada sidang akhbar di Lahad Datu hari ini.
Sementara dua dari kumpulan bersenjata turut terbunuh, katanya. – BERNAMA


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Analisis: Pencerobohan Lahad Datu Oleh ‘Tentera DiRaja Kesultanan Sulu’

Analisis

1. Siapakah Yang Menceroboh?
Kumpulan penceroboh yang dikenali sebagai ‘Tentera DiRaja Kesultanan Sulu’ (The Royal Sulu Sultanate Army)1 datang dari Selatan Filipina dan dianggarkan terdiri daripada kira-kira 200-400 orang, dengan 20-100 orang daripada mereka bersenjata2. Kumpulan ini diketuai oleh ‘Raja Muda’ Agbimuddin Kiram, adik kepada ‘mantan sultan’ Jamalul Kiram III dan ‘sultan’ Ismael Kiram II.3 4 Jamalul Kiram III pernah bertanding untuk jawatan senator dalam pilihanraya Filipina.
2
2. Adakah Kumpulan Penceroboh Ini Mewakili Kesultanan Sulu?
Tidak.
Ini kerana kerajaan Filipina telah berhenti mengiktiraf Sultan Sulu sejak kemangkatan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram pada tahun 1986. Kini terdapat dua pihak utama yang mengaku sebagai Sultan Sulu:
Pertama, Muedzul Lail Tan Kiram, anak kepada Sultan Sulu terakhir yang diiktiraf kerajaan Filipina, Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram. Beliau dilantik sebagai Raja Muda pada hari penabalan bapa beliau sebagai sultan.
Kedua, Ismael Kiram II, abang kepada ketua penceroboh, ‘Raja Muda’ Agbimuddin Kiram.
3
3. Apakah Tujuan Kumpulan Penceroboh?
‘Mantan sultan’ Jamalul Kiram III menyatakan bahawa kumpulan ini ingin menjadikan Sabah sebagai ‘rumah’ mereka:
“Mengapa kami harus meninggalkan rumah kami sendiri? Hakikatnya mereka (rakyat Malaysia) membayar sewa (kepada kami). Pengikut kami akan tinggal di Lahad Datu, Sabah. Tiada siapa akan dihantar pulang ke Filipina. Sabah ialah rumah kami”.
 4. Adakah Filipina Pernah Membuat Tuntutan Terhadap Sabah?
Ya.
Filipina membuat tuntutan terhadap Sabah kerana menganggap Kesultanan Sulu, yang pernah berpusat di Filipina, memiliki hak ke atas Sabah.
Setiausaha Kehakiman, Kementerian Luar dan Pejabat Presiden Filipina kini telah diarahkan untuk melakukan kajian mengenai tuntutan Kesultanan Sulu terhadap Sabah.5
 5. Adakah Malaysia Boleh Membuat Tuntutan Terhadap Wilayah Milik Filipina Sekiranya Kesultanan Sulu Menjadikan Sabah Sebagai Pusat Pentadbiran?
Sabah tidak pernah menjadi pusat Kesultanan Sulu.
Malah, Sabah dianggap kurang penting oleh Kesultanan Sulu sehinggakan ia diserah kepada British North Borneo Company pada 22 Januari 1878.
Pusat Kesultanan Sulu terletak di Maimbung, Jolo.
4
6. Adakah Pihak Di Malaysia Yang Menyokong Tuntutan Kesultanan Sulu Ke Atas Sabah?
Wakil The Manila Times di Mindanao, Al Jacinto, melaporkan bahawa pencerobohan ‘Tentera DiRaja Kesultanan Sulu’ berlaku ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketua Pakatan Rakyat, mencadangkan agar Sabah diberikan kuasa autonomi.6
5
ABS-CBN News melaporkan bahawa kumpulan penceroboh tersebut telah dijemput oleh seorang ahli politik pembangkang:
A Philippine military officer interviewed by Reuters also said the men were followers of the heirs of the Sultan of Sulu – an island group off the southern Philippines – who had been invited to Sabah by a Malaysian opposition politician to discuss land issues.7
(Seorang pegawai tentera Filipina yang ditemuramah Reuters juga berkata bahawa kumpulan tersebut merupakan pengikut kepada waris Sultan Sulu – sebuah kepulauan di selatan Filipina – yang diundang ke Sabah oleh seorang ahli politik pembangkang Malaysia untuk membincangkan isu tanah.)
7. Benarkah Malaysia Membayar Sewa Kepada Filipina Untuk Sabah?
Tidak.
Malaysia membayar ‘cession money‘ sebanyak USD5,000 setiap tahun kepada waris Sultan Sulu.
‘Cession money‘ ialah bayaran penyerahan, dan bukan bayaran sewa. Selain Sabah, terdapat wilayah-wilayah lain di dunia yang diserahkan (ceded) dengan bayaran, contohnya:
1. Louisiana, diserah oleh Perancis kepada Amerika Syarikat dengan bayaran berjumlah USD15 juta, atau kurang USD0.03 seekar.
2. Alaska, diserah oleh Russia kepada Amerika Syarikat dengan bayaran USD7.2 juta, atau USD0.02 seekar.
6
8. Apakah Wilayah Yang Menjadi Hak Kesultanan Sulu?
Royal House of Sulu9, laman web rasmi Muedzul Lail Tan Kiram, mendakwa bahawa wilayah-wilayah yang menjadi hak Kesultanan Sulu termasuklah Jolo, Palawan, Semenanjung Zamboanga, Basilan dan Tawi-Tawi di Filipina, selain Sabah dan Pulau Balambangan di Malaysia. Kepulauan Spratly juga didakwa di bawah hak Kesultanan Sulu.
Jolo, Basilan dan Tawi-Tawi sekarang berada di dalam wilayah pentadbiran Filipina yang dinamakan ARMM (Autonomous Region in Muslim Mindanao – Wilayah Autonomi Muslim Mindanao). ARMM dicadang untuk digantikan dengan wilayah autonomi baru yang dikenali sebagai Bangsamoro.
 9. Adakah Filipina Mengiktiraf Kesultanan Sulu?
Tidak.
Kali terakhir kerajaan Filipina mengiktiraf Sultan Sulu ialah pada 24 Mei 1974 apabila Presiden Filipina ketika itu, Ferdinand Marcos, mengeluarkan Memorandum Order No. 427 yang menabalkan Mohd. Mahakuttah A. Kiram sebagai sultan.
Sejak kemangkatan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram, kerajaan Filipina tidak pernah lagi mengiktiraf mana-mana individu sebagai Sultan Sulu.
7
10. Adakah Ini Bermakna Filipina Memanipulasi Kesultanan Sulu Untuk Menuntut Sabah?
Filipina dilaporkan pernah memulakan ‘Operation Merdeka‘ pada 1967, satu operasi ketenteraan untuk melatih pasukan komando daripada etnik Tausug dan Sama yang beragama Islam bagi menimbulkan ketidakstabilan dan kacau-bilau di Sabah.
Namun, sebaik sahaja mengetahui matlamat sebenar operasi ini ialah untuk memerangi kerajaan yang dipimpin oleh orang Islam, pelatih-pelatih etnik Tausug dan Sama ini telah menuntut agar dihantar pulang. Walau bagaimanapun, Pasukan Bersenjata Filipina (AFP – Armed Forces of the Philippines) dikatakan telah menembak mati para pelatih ini. Dilaporkan seramai 11-64 orang telah mati ditembak. Kejadian ini dikenali sebagai Jabidah Massacre (Pembunuhan Jabidah) atau Corregidor Massacre (Pembunuhan Corregidor).
William Larousse10, Michael Leifer11, Andrew T. H. Tan12 dan Alfred W. McCoy13 adalah antara para penulis yang telah melaporkan kejadian ini.
 11. Apakah Peluang Filipina Untuk Menuntut Sabah Sekiranya Kes Ini Dibawa Ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ)?
Tipis.
Pertama, kerana waris Sultan Sulu telah menerima ‘cession money‘ sehingga ke hari ini. Ini bermakna waris Sultan Sulu mengakui bahawa Sabah telah diserah (ceded), dan bukannya dipajak (leased), kepada British North Borneo Company.
Kedua, kerana Kerajaan Filipina telah berhenti mengiktiraf Sultan Sulu sejak kemangkatan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram pada tahun 1986.
Geran pajakan yang dijadikan sumber konflik telah ditandatangani oleh Sultan Sulu, Sultan Jamalul A’lam dengan Gustavus Baron de Overbeck serta Alfred Dent, yang mewakili British North Borneo Company, pada 22 Januari 1878.
Ketiga, geran pajakan yang ditandatangani antara British North Borneo Company dan Kesultanan Sulu itu telah diatasi oleh Protokol Madrid 1885.
Sepanyol, yang menguasai wilayah-wilayah Kesultanan Sulu ketika itu, telah menandatangani perjanjian dengan Jerman dan Great Britain pada 7 Mac 1885 untuk melepaskan segala tuntutan terhadap kedaulatan Sabah:
Article 3
The Spanish Government relinquishes as far as regards the British Government, all claim of sovereignty over the territories of the continent of Borneo which belong, or which have belonged in the past, to the Sultan of Sulu (Jolo), including therein the neighboring islands of Balambangan, Banguey and Malawali, as well as all those islands lying within a zone of three marine leagues along the coasts and which form part of the territories administered by the Company styled the ‘British North Borneo Company’.
(Kerajaan Sepanyol melepaskan kepada Kerajaan British, semua tuntutan kedaulatan ke atas wilayah-wilayah benua Borneo yang dimiliki, atau yang telah dimiliki pada masa lampau, oleh Sultan Sulu (Jolo), termasuk pulau-pulau Balambangan, Banguey dan Malawali yang berhampiran, dan semua pulau-pulau yang berada di dalam zon tiga liga marin di sepanjang pesisir pantai dan membentuk sebahagian wilayah yang ditadbir oleh Syarikat yang digelar ‘British North Borneo Company‘.)14
Keempat, Kesultanan Sulu dianggap telah tamat sebaik sahaja Sultan Jamalul Kiram II menandatangani Perjanjian Carpenter pada 22 Mac 1915, yang menyerahkan segala kuasa politik beliau kepada Amerika Syarikat.
Kelima, kerajaan Malaysia telah mengambil tanggungjawab untuk membangunkan prasarana bagi kemudahan para penduduk Sabah sejak 1963 tanpa bantahan Kesultanan Sulu mahupun kerajaan Filipina. Ini membuktikan pemilikan dan pentadbiran yang aman secara berterusan oleh kerajaan Malaysia ke atas Sabah. Mengikut dasar effectivites yang diambil kira oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ – International Court of Justice), Malaysia boleh dianugerahkan hak ke atas Sabah, sepertimana yang pernah diberikan kepada kerajaan Malaysia dalam kes Ligitan-Sipadan.
Keenam, laporan Suruhanjaya Cobbold yang dikeluarkan pada 1 Ogos 1962 mendapati bahawa 1/3 penduduk Sabah dan Sarawak menyokong kuat pembentukan Malaysia, 1/3 lagi menyokong projek Malaysia dengan syarat hak mereka dilindungi, manakala kumpulan 1/3 yang terakhir terbahagi antara mereka yang mahukan kemerdekaan dan mereka yang mahukan pentadbiran British diteruskan.
Ketujuh, Setiausaha Agung PBB, U Thant, telah melaporkan pada 1963 bahawa penduduk Sabah “ingin menamatkan status kebergantungan mereka dan merealisasikan kemerdekaan mereka melalui penyekutuan yang dipilih secara bebas dengan bangsa lain dalam rantau mereka” (“wish to bring their dependent status to an end and to realize their independence through freely chosen association with other peoples in their region”).15
Kelapan, jika Kesultanan Sulu mendakwa bahawa Sabah adalah milik mereka, maka adalah konsisten bagi Kesultanan Sulu untuk tidak sahaja membuat tuntutan terhadap Sabah semata-mata, malah juga menuntut dan menguasai pusat pentadbiran mereka sendiri di Jolo, selain wilayah Palawan, Semenanjung Zamboanga, Basilan dan Tawi-Tawi di Filipina yang juga mereka dakwa merupakan milik mereka.
Walau bagaimanapun, Kesultanan Sulu tidak memiliki apa-apa kuasa politik terhadap wilayah-wilayah yang terletak di Filipina ini.
Sumber: andakjauhar.wordpress.com


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Pencerobohan Tersebar Ke Seluruh Sabah?

Pencerobohan


Dengan pengesahan yang dibuat oleh Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib pagi tadi, bermakna setakat ini sudah 7 anggota keselamatan kita terkorban ketika menjalankan tugas mempertahankan kedaulatan negara.

Kalau diambil kira sebelah penceroboh yang dikatakan sudah 14 (termasuk dua di Semporna yang mati), maka sudah ada 21 kematian di Sabah setakat ini.

Sebuah negara yang aman damai secara tiba-tiba menghadapi masalah seperti ini…memeranjatkan. Konflik di Sabah kini bukan lagi isu kecil.

Yang kita faham konflik yang wujud di Sabah angkara secara langsung salah seorang daripada 9 individu yang mengaku diri mereka sebagai Sultan Sulu, adalah masih jauh daripada berakhir.

Masih ada 100 lebih pengikut Jamalul Kiram III berkampung di Lahad Datu, Sabah.

Dan jika insiden di Semporna lewat petang semalam diambil kira, ada kemungkinan isu pencerobohan itu bukan lagi terhad di daerah itu semata-mata.

Terkini, Ketua Polis Negara juga mendedahkan pihaknya sedang mengesan 10 penceroboh, dengan 3 daripada mereka memiliki senjata di dua tempat di Kunak pula.

Kunak terletak di antara Lahad Datu dan Semporna, jelas pencerobohan kini tidak lagi terhad di Lahad Datu semata-mata.

Cuma yang menjadi teka-teki ialah setakat mana kumpulan Jamalul Kiram ada di Sabah kini dan berapa ramai sebenarnya?

Penulis tidak mahu membincangkan secara panjang lebar, tetapi ada terbaca sebuah laporan media Filipina bahawa pengikut Jamalul Kiram sudah ramai yang tersebar di seluruh Sabah dan kumpulan di Lahad Datu merupakan kumpulan yang terakhir masuk ke Sabah.

Editor akhbar berpengaruh Filipina itu begitu yakin dengan sumber maklumat yang ada pada dirinya.

Jadi, jika benar pengikut Jamalul Kiram sudah tersebar di seluruh Sabah, bermakna perjalanan konflik di Sabah masih jauh dari berakhir.

Apakah ada kebarangkalian ia akan berubah menjadi perang gerila,… mungkin. Penceroboh sudah menzahirkan mereka sudah nekad untuk mati.

Melihat situasi sekarang, kita tidak boleh berada dalam keadaan penafian. Rencana ini juga tidak ditulia untuk menakutkan sesiapa, tetapi membuka mata seua pihak agar bersedia untuk sesuatu yang lebih besar dan lebih buruk.

Mungkin sudah tiba masanya kita melihat situasi di Sabah sebagai perang dan diserahkan kepada tentera pula.

Ingat, puak yang menceroboh itu bukan pekerja asing atau pekerja ladang, mereka adalah kelompok yang sudah biasa berperang. Mereka adalah dari suku Tausug, yakni satu puak yang garang dan turut digeruni tentera Filipina.

Berperang adalah umpama cara hidup bagi mereka. Kejadian di Semporna memberikan isyarat jelas kemampuan perang gerila dan kemahiran serang hendap yang dimiliki penceroboh berkenaan.

Justeru, melihat kepada kemampuan penceroboh, perkara yang menjadi persoalan kini ialah bila pencerobohan yang berlaku akan berakhir dan berapa ramai lagi yang akan terkorban?

Tujuh kematian anggota keselamatan dalam masa beberapa hari adalah sesuatu episod yang mungkin sudah lama tidak berlaku di negara ini.

Selain tempoh, penulis teringin sangat hendak tahu siapalah punya angkara menjahanamkan Sabah?

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pantas membuat penafian dan seperti biasa mengarahkan para peguamnya untuk menyaman Reuters dan Utusan Malaysia.

Kononnya kalau saman tu tak bersalah lah kan…

Namun, kenapa hanya dua itu sahaja?

Sebenarnya, sebelum kedua media berkenaan melaporkan hal itu, media sosial dan baru telah beminggu lebih awal mendedahkan penglibatan Anwar dalam isu di Sabah. Kedua pihak itu boleh dikatakan lambat melaporkan isu itu.

Jadi Anwar perlu adil dengan menyaman media-media baru di negara ini dan di Filipina yang rata-rata mendakwa beliau adalah dalang.
Anwar juga perlu menyaman unit perisikan Filipina yang juga mendakwa beliau punca kemelut di Sabah kini.

Tempoh dan siapa serta berapa ramai yang akan terkorban….ke mana hala tuju konflik Sabah…yang pasti akan kekal dalam lipatan sejarah negara ini.sumber


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Terkini: Gambar Penceroboh Dipukul Sehingga Mati Oleh Penduduk Semporna

gambar penceroboh mati dibunuh

LAHAD DATU — Polis mengesahkan seorang lelaki bersenjata M16 yang maut dibelasah penduduk Kampung Senallang Lama, Semporna adalah seorang daripada anggota kumpulan penceroboh bersenjata yang menyelinap masuk ke negara ini.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata siasatan polis mendapati penceroboh itu merupakan seorang lelaki berbangsa Sulu dan berumur 60-an.
Lelaki itu yang turut membawa pelancar roket menyelinap masuk melalui jalan pantai ke Kampung Senallang Lama kira-kira pukul 5 pagi, katanya pada sidang akhbar di Residental Felda Sahabat kira-kira 30 kilometer dari sini hari ini.
Beliau berkata penceroboh itu telah mengarahkan kira-kira 80 penduduk kampung berkenaan untuk keluar berkumpul di satu kawasan lapang berhampiran sebuah surau dan menjadikan mereka tebusan.
“Ekoran itu, 20 pemuda kampung telah bertindak dengan menyerang dan menangkap lelaki itu sebelum memukulnya hingga mati. 
    
“Pada saya, tindakan itu walaupun dari segi undang-undang nampak salah, tetapi kita perlu ingat mereka dianggap tawanan. Mereka mengambil tindakan balas untuk menyelamatkan diri,” katanya.
Sementara itu, Hamza berkata polis dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia sedang menyediakan perincian akhir sebelum mengambil tindakan drastik terhadap kumpulan penceroboh yang masih enggan menyerah diri.
Beliau berkata walaupun pihaknya sudah menjatuhkan risalah tapi mereka masih enggan menyerah diri.
“Setakat ini tiga anggota kumpulan penceroboh itu ditahan ketika cuba keluar dari kawasan kawalan di kampung Tanduo. Dua daripada mereka ditahan semalam dan seorang lagi ditahan pagi ini,” katanya.
Beliau berkata tiga lelaki itu adalah anggota kumpulan berkenaan yang pertama ditahan oleh pasukan keselamatan selepas mereka menceroboh kampung itu yang kini masuk hari ke-20.
Hamza turut mengulangi ingatannya kepada orang ramai khususnya penduduk negeri ini supaya tidak mudah percaya dengan khabar angin tanpa pengesahan daripada sumber rasmi.–
Sementara itu, Perdana Menteri turut memuji tindakan berani penduduk kampung di Semporna yang menumpaskan seorang penceroboh yang dianggap beliau bukti penduduk setempat tidak bersetuju dengan kes pencerobohan di Lahad Datu. -Bernama


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

4 Anggota Polis Malaysia Jadi Tebusan?

Tebusan

Jamalul Kiram III mendakwa pihaknya menahan empat pegawai polis Malaysia semasa pertempuran di Semporna yang turut menyebabkan kematian lima anggota polis, semalam.
Jamalul Kiram membuat dakwaan itu ketika sidang media yang diadakan di Kota Taguig, di mana mereka turut menafikan mengarah pengikut membuat serangan balas terhadap polis Malaysia, lapor wartawan Divine Caraecle untuk Radio dzBB.
Selain itu, Sultan Sulu itu mendakwa turut tidak menyuruh pengikutnya untuk menahan tebusan-tebusan tersebut.
Lewat petang semalam, seorang pegawai dan empat anggota polis terkorban dalam serangan hendap sekumpulan lelaki bersenjata di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna, seperti disahkan oleh kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar pada sidang akhbar di Lahad Datu hari ini.
Beliau bagaimanapun tidak menyebut sebarang penahanan anggotanya oleh kumpulan Jamalul Kiram.
Sebaliknya menurut Ismail, pihaknya kini sedang memburu 10 penceroboh, di mana tiga daripada mereka bersenjata dan memakai pakaian kelengkapan tentera.
Polis juga kini sedang meneliti sekiranya kejadian yang berlaku di Semporna dan Kunak ada berhubung kait dengan kes di Kampung Tanduo, Lahad Datu yang mengorbankan dua pejuang negara kita, Jumaat lalu.
Setakat ini, polis menahan tiga penceroboh yang bersenjatakan pisau yang dilihat cuba untuk mengelak kawalan keselamatan di sekitar Kampung Tanduo, semalam.
Sementara itu melalui The Star, dua anggota polis yang terbunuh di Kampung Seri Jaya Siminul telah dikenalpasti sebagai seorang yang berpangkat superintendan dan sarjan.
Menurut Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, seorang lagi anggota polis dan seorang penduduk di situ telah tercedera akibat insiden semalam.
Pihaknya juga akan menyiasat sama ada kumpulan penyerang itu ada hubung kait dengan penceroboh bersenjata yang mendakwa mereka adalah tentera Kesultanan Sulu yang berpangkalan di Filipina.
Sebilangan besar penduduk juga dilihat sudah bersedia untuk meninggalkan kampung halaman mereka setelah kampung mereka kecoh dengan pertempuran yang berlaku semalam.
“Kami telah diarahkan untuk berkurung di rumah atau hanya boleh meninggalkan rumah sekiranya pihak penceroboh sudah berjaya ditawan oleh pihak berkuasa kita,” kata salah seorang penduduk yang ditemubual oleh pihak media. (Sumber: BM, GMA News)


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story