Iran Pendahulu Dalam Pembedahan Plastik

Pembedahan Plastik

Iran – Anda tentu tidak akan percaya bahawa Iran yang dilihat sebagai sebuah negara konservatif sebenarnya merupakan pendahulu dalam pembedahan plastik.
Malah dianggarkan 200,000 penduduknya kebanyakan wanita telah menjalani pembedahan hidung setiap tahun bagi mengecilkan hidung mereka selain menjadikannya lebih mancung.
Golongan muda ini mensasarkan pembedahan plastik ini bagi menjadikan mereka setaraf dengan bintang Hollywood.
Menurut akhbar Guardian, salah seorang wanita Iran mendakwa pembedahan kosmetik itu adalah tindak balas kepada peraturan yang dikenakan ke atas mereka iaitu memakai hijab.
“Mereka tidak membenarkan kami menunjukkan kecantikan kami.
“Ia adalah sifat semula jadi untuk mendapat perhatian melalui bentuk badan, rambut dan kulit,’’ katanya.
Seorang lagi wanita Iran memberitahu, mereka berbuat demikian kerana ingin mengambil kesempatan daripada kemajuan teknologi masa kini.
“Sains dan teknologi semakin maju, dan orang ramai boleh kelihatan lebih cantik, jadi kenapa kami tidak boleh melakukannya,’’ katanya.
Pembedahan kosmetik di Iran adalah lebih mahal berbanding pendapatan bulanan rakyatnya iaitu antara $1,651 hingga $3,303.


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story