Datuk Siti Antara Pemenang Bella Awards

Bella Awards

Bella Awards 2013 telah pun melabuhkan tirainya pada Sabtu, 2 Mac 2013. Anugerah yang diilhamkan daripada program bual bicara ‘Bella’ ini dibawakan khas oleh Saluran Ceria Anda , ntv7,bersempena dengan sambutan Hari Wanita Sedunia.
Aktivis Datuk Ruby Khong dinobatkan sebagai pemenang trofi utama ‘Bella Awards’ yang berlangsung di Hotel Royal Chulan pada Sabtu. Beliau yang juga merupakan pemenang untuk kategori ‘Bella Heart Award’ dipilih kerana penglibatannya dalam aktiviti kemanusiaan dan kebajikan memberi impak yang cukup besar kepada masyarakat.
Anugerah julung-julung kali diadakan itu turut menyaksikan kemenangan Datuk Siti Nurhaliza untuk kategori ‘Bella On-Stage Award’. Manakala penyampai radio, Fara Fauzana dinobatkan sebagai ‘Bella Radio Award’. Pemenang kedua-dua kategori ini berdasarkan undian penonton yang dibuat secara online dan khidmat pesanan ringkas (SMS).
Anugerah bertemakan ‘She Sparkles’ itu dihangatkan dengan kemunculan artis antarabangsa, Ronan Keating dengan menyampaikan lagu popularnya, When You Say Nothing At All dan Fires. Selain itu, hadirin turut dihiburkan dengan persembahan hebat daripada Darren Ashley and The Impatient Sisters, Joe Flizzow, Rossa, Maliq and D’Essentials, Garry Chaw, Mizz Nina, dan Marcell.
Bella Awards menampilkan Hans Isaac, Elaine Daily, Daphne Iking dan Vanessa Chong sebagai perantara. Objektif penganjuran anugerah ini adalah untuk mengiktiraf sumbangan, dan kejayaan wanita yang menjadi inspirasi kepada masyarakat.
Berikut adalah keputusan penuh pemenang setiap kategori yang dipertandingkan:-
1) BELLA CREATIVE AWARD – Low Ngai Yuen
2) BELLA STYLE AWARD – Gillian Hung
3) BELLA BEAUTIFUL AWARD – Dr. Premitha Damodaran
4) BELLA BUSINESS AWARD – Dato’ Rosaline Ganendra
5) BELLA HEART AWARD – Dato Ruby Khong
6) BELLA MARS AWARD – Datuk Jimmy Choo
7) BELLA AWARD – Dato Ruby Khong
8)BELLA ON-SCREEN AWARD – Debbie Goh
9) BELLA ON-STAGE AWARD – Dato’ Siti Nurhaliza
10) BELLA SPORTS AWARD – Cheong Jun Hoong
11) BELLA RADIO AWARD – Fara Fauzana – Gua.com.my


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story