Benarkah Bumi Akan Bergelap Selama 3 Hari?

Bumi Akan Bergelap

Ketika ini, masing-masing kecoh dengan cerita yang disebarkan di ruang internet, mengatakan bumi bakal bergelap selama 3 hari pada bulan ini.
Tarikh yang dinyatakan dalam cerita itu ialah jatuh pada 23, 24 dan 25 Disember.
Rata-rata dari mereka yang berkongsi dan menyebarkan cerita tentang bumi bakal bergelap pada ketiga-tiga tarikh itu membuatkan ramai pihak yang takut untuk berhadapan dengan tarikh-tarikh tersebut.
Selain itu, jika dibaca ke semua versi cerita itu, mereka menyatakan NASA sudah pun menjangkakan fenomena perubahan alam semesta atau ‘photon belt’ bakal berlaku di mana kegelapan penuh pada bumi.
‘Photon belt’ dijangkakan berlaku pada 21 Disember nanti.
Antara petikan yang penulis baca dan dapati dari blog-blog yang ada ialah:
“Para Saintis NASA menjangkakan perubahan alam semesta dengan kegelapan penuh pada bumi selama 3 hari bermula pada 23 Disember 2012 bukanlah akan berakhirnya usia dunia, tapi ini adalah “Penyejajaran Alam Semesta“, di mana matahari dan bumi akan berada pada satu garis lurus untuk pertama kalinya. Bumi akan bertukar tempat dari dimensi ke 3 ke dimensi 0, lalu bertukar lagi ke dimensi ke 4.
“Semasa proses pertukaran ini, seluruh alam akan menghadapi perubahan besar, dan kita akan melihat dunia yang baru (Dark of the Earth). Dunia gelap tanpa sinar, tanpa cahaya matahari.”
Justeru, ramai yang terus percaya akan cerita tersebut.
Tetapi, benarkah bumi akan bergelap pada ketiga-tiga tarikh iaitu bulan ini juga?
Di laman rasmi NASA,  nasa.gov ada jawapan tentang fenomena bumi bakal bergelap atau ‘three days of darkness’ yang digembar-gemburkan oleh orang ramai.
Seorang rakyat Amerika Syarikat telah mengutuskan persoalan mengenai sejauh mana kebenaran tentang kejadian pertukaran alam atau ‘Dark of the Earth’.
Berikuat adalah jawapan dari Astrobiology Senior Scientist, David Morrison.
“Sejak beberapa minggu lalu, emel saya dipenuhi dengan persoalan yang banyak tentang pertukaran alam semesta, ‘photon belt’ dan tiga hari kegelapan yang akan berlaku di bumi yang dikatakan disahkan oleh Nasa sendiri. Ini adalah satu pembohongan yang terlalu bodoh.
“Tidak akan berlakunya pertukaran alam semesta mahu pun bumi akan bergelap selama tiga hari (Bagaimana matahari boleh ‘mati’?). Ia sememangnya bodoh.
“Selepas kononnnya cerita bumi akan bergelap itu disahkan oleh NASA, tiada sesiapa pun yang cuba mengesahkan kenyataan atau fenomena itu akan berlaku di laman rasmi NASA. Juga, tiada seorang pun yang bimbang bahawa berita seperti itu tidak dilaporkan di kaca televisyen mahu pun di surat khabar.
“Saya tidak tahu apa-apa cara untuk menjawab selain daripada memberitahu kebenaran yang mudah, tiada apa-apa yang akan berlaku pada 21 Disember atau tarikh yang seterusnya,” tulisnya.
Justeru, sudah jelas terbukti di mana pihak NASA sendiri sudah mengeluarkan kenyataan seperti di atas.
Oleh itu, janganlah kita mudah untuk mempercayai sesuatu berita tanpa memeriksa sumber dan bukti yang sah.
Oleh: NAIMAH SHAARI
Sumber: nasa.gov

Saya Tidak Berkecil Hati Dengan Abby Abadi


Afdlin Shauki
KUALA LUMPUR – Kita semua tahu yang ikon komedi tanah air, Afdlin Shauki telah ke Gaza bersama pasukan kemanusiaan Aqsa Syarif bagi menghulurkan bantuan kepada rakyat Palestin pada 3 Disember lalu.
Namun pemergian Afdlin yang turut disertai oleh lima krewnya dari Vision Works telah disalah ertikan oleh rakan artis yakni Abby Abadi.
Abby turut ada mengaitkan niat murni pasukan itu yang ke Palestin dengan isu politik.
Untuk mendapatkan kepastian daripada tuduhan yang dilemparkan Abby, Mynewshub.my  telah menemui Afdlin untuk mendapatkan komen mengenai isu itu.
Menurut Afdlin, apa yang dilemparkan Abby itu tidak sedikitpun mengguris hatinya.
“Saya tak ambil hati langsung dengan apa yang Abby cakap. Apa yang saya buat sekarang ini hanya fokus kepada rakyat Palestin.
“Dia (Abby) pun dah masuk perjuangan Islam, saya mendoakan yang terbaik buatnya,” kata Afdlin Shauki ketika ditemui di pejabatnya di sini semalam.
Afdlin turut menegaskan supaya sudah-sudahlah mengaitkan hal Palestin ini dengan soal politik.
“Ini soal bagaimana umat Islam mahu bersatu. Ketepikanlah soal politik itu.
“Kalau kita jadikan isu Palestin ini sebagai pengajaran, mesti semua umat Islam dapat bersatu,” katanya.
Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN
Foto: YUMNI HARUN

Ustaz Don Daniyal Mungkir Janji? Dia Tidak Bersalah, Kata Pembantu


Ustaz Don
Tidak dinafikan, nama pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid, 28, semakin meniti di bibir masyarakat.
Sejak muncul dengan program 30 Minit Ustaz Don di TV Alhijrah, ramai yang menyukai gaya penyampaian dakwahnya yang bersahaja.
Maka, tidak hairanlah ramai pihak ingin menjemput Ustaz Don di dalam program mereka bagi mendengar sendiri ceramah disampaikannya.
Bagaimanapun, Zass mendapat aduan daripada sumber yang mengatakan ikon baru dakwah ini telah memungkiri janji.
Menurut sumber itu, Ustaz Don sepatutnya menjayakan program anjuran sebuah jabatan di Kuala Lumpur, semalam, tetapi dibatalkan di saat akhir.
Sedangkan, kata persetujuan telah dicapai dan 300 tetamu sudah menanti tetapi bayang Ustaz Don tidak kelihatan.
Zass mendapatkan kenyataan daripada pihak Ustaz Don dan pembantu peribadinya yang dikenali sebagai Mirza, tidak menafikan kejadian itu sememangnya berlaku.
Bagaimanapun, Mirza menjelaskan, Ustaz Don tidak terlibat dalam hal itu dan kesalahan berpunca daripadanya.
“Memang pada mulanya tarikh telah dipilih tetapi saya kemudiannya mendapati tarikh itu bertembung dengan komitmen lain.
“Saya cuba berhubung dengan penganjur dan memberitahu hal tersebut.
“Namun, saya tidak sedar telah tersilap menyalin nombor penganjur membuatkan mereka tidak mendapat makluman,” katanya ketika dihubungi.
Menurut Mirza, dia sudah pun meminta maaf kepada penganjur dan menjelaskan hal yang sebenar.
Ketika dihubungi Zass, Mirza berkata, Ustaz Don belum mengetahui kejadian tersebut.
Dalam pada itu, Mirza menolak anggapan sesetengah pihak bahawa Ustaz Don sudah mula ‘demand’ dan mengenakan bayaran tertentu untuk menjemputnya.
“Ustaz Don masih sama seperti dulu. Dia sangat komited dengan dakwah dan tidak memikirkan mengenai bayaran.
“Saya harap dengan penjelasan ini akan membersihkan nama Ustaz Don kerana dia tidak bersalah,” katanya. – Sinar Harian Online

VIDEO: Apa Dosa Anak Ini Hingga Dipijak-Pijak Sebegitu Rupa?


VIDEO: Apa Dosa Anak Ini Hingga Dipijak-Pijak Sebegitu Rupa?
SEMALAM kita dikejutkan dengan tindakan seorang lelaki tidak berperikemanusiaan yang telah mendera anak tirinya dengan begitu kejam sekali.
Sebenarnya kes dera melibatkan kanak-kanak ini bukan semakin menurun, tetapi semakin berleluasa.
Bezanya ramai yang tidak melaporkan perkara itu kepada pihak polis kerana hendak menjaga maruah keluarga atau kerana hendak melindungi anggota keluarga mereka itu daripada tindakan undang-undang.
Bacul! Ya memang BACUL!
Itu saja perkataan yang boleh kita berikan pada pendera kanak-kanak…ini kerana mereka tahu, mangsa mereka tak mungkin melawan atau membalas penderaan fizikal yang dilakukan.
Ini ada satu lagi klip…lihat bagaimana wanita ini memandikan anaknya, atau mungkin kanak-kanak bawah jagaannya, dengan begitu sadis sekali.
Dipijak-pijaknya anak itu sampai menangis-nangis kanak-kanak itu diperlakukannya.
Tak cukup dengan itu, disimbahnya anak tersebut dengan air hingga budak itu hampir kelemasan.
Sebenarnya masih ramai pendera di luar sana yang masih bebas…apa peranan kita?sumber

Awek Wan Zack Pandai Nyanyi, Bakal Meletup!


Awek Wan Zack Pandai Nyanyi, Bakal Meletup!
Minggu lalu, Mynewshub.my ada melaporkan cerita mengenai perihal kekasih bintang Harimau Malaya, Wan Zack iaitu Zzati.
Wan Zack atau nama sebenarnya, Wan Zack Haikal Bin Wan Noor, 21, merupakan pemain terbaik Liga Singapura pada tahun 2010.
Selepas Malaysia bertemu dengan Indonesia dalam perlawanan bola baru-baru ini, nama Wan Zack terus melonjak naik kerana berjaya membaham Garuda dengan 2-0.
Wan Zack juga menampakkan aksi ligatnya dalam permainannya ketika Malaysia bertemu Laos dengan mata 4-1.
Dek kerana kehebatannya ketika beraksi di atas padang, Wan Zack secara tiba-tiba menjadi kegilaan ramai gadis-gadis Malaysia.
Namun, ramai yang kecewa kerana jejaka tampan itu sebenarnya sudah pun mempunyai kekasih hati iaitu Zzati.
Lumrah menjadi pemain bola dalam pasukan Harimau Malaysia, kisah peribadi dan kekasih hati juga menjadi perhatian umum seperti penjaga gol skuad itu, Apex.
Sejak itu, Zzati juga menjadi popular sama seperti Wan Zack.
Cuma, tidak ramai yang begitu mengenali gadis yang berjaya mencuri hati Wan Zack ini.
Zzati sebenarnya mempunyai bakat dalam bidang nyanyian.
Di laman YouTube sahaja, sudah banyak lagu yang dinyanyikan semula olehnya.
Kiranya, jika Tuhan mengurniakan rezeki kepada Zzati, gadis cantik itu juga boleh pergi jauh dalam bidang nyanyian di Malaysia dan diangkat menjadi artis yang lahir dari YouTube seperti Najwa Latif, Yuna, Ainan Tasneem.
Jom dengar suara Zzati. Semoga terhibur!
Oleh: SORAYA IMAN

Video ‘Satu Lagi Binatang’ Dera Budak Muncul


Video 'Satu Lagi Binatang' Dera Budak Muncul
Tidak lama dahulu kita digemparkan dengan kejadian seorang wanita yang menendang, menampar dan memperlakukan anaknya macam haiwan.
Kali ini muncul lagi.
Kalau anda ada hati yang cukup keras, tontohlah sampai habis. Kalau tidak jangan kerana anda akan menangis.
Apa kesalahan budak kecik tu agaknya?
Apa yang lelaki yang dewasa macam tu dapat dengan membelasah budak kecik yang tidak mampu mempertahankan dirinya sendiri?
Apakah itu bapa kanak-kanak tersebut? Di mana kasih sayang kepada darah dagingnya?
Apa yang boleh kita lakukan? Jom laporkan kepada page PDRM.
Entah hidup entah mati budak tu kan…
Menitik air mata penulis melihat kekejaman ini….TOLONGLAH HENTIKAN…TOLONGLAH….
YA ALLAH…anak itu perlu bantuanmu….
No Talian Aduan NUR jika anda tahu mengenai kejadian ini atau mana-mana kejadian berhampiran anda … 15999 ….menutup mata bukan penyelesaian.

(10 Gambar) Kekasih Wan Zack Haikal Persis Model Korea Gitu!


Selepas pemain bola sepak negara, Wan Zack Haikal menunjukkan prestasi beliau semasa menentang Indonesia dalam perlawanan Piala AFF Suzuki 2012 yang lepas, nama Wan Zack Haikal terus meniti bibir peminat-peminat terutamanya gadis-gadis.
Dan mungkin ramai gadis yang frust apabila mendapat tahu yang Wan Zack Haikal sudah mempunya kekasih yang bernama Nur Izzati Rashid yang persis model dan selebrtiti Korea.
Banyak lagi gambar girlfriend Wan Zack Haikal ini di bawah. 
Alamak, siap jelir lidah lah… Slurrppp!


Read more: 

Sekolah Permata Insan Bakal Ditubuh 2 Tahun Lagi

Sekolah Permata Insan Bakal Ditubuh Dua Tahun Lagi

KUALA LUMPUR – Sebuah Sekolah Permata Insan bertujuan melahirkan ilmuan dan pemikir Islam yang agung di bawah program Permata Negara, bakal ditubuhkan dengan pengambilan pelajar pertama pada 2015.
Penaung Program Permata Negara (Permata) Datin Seri Rosmah Mansor berkata sekolah itu akan menawarkan persekitaran pembelajaran dan pengajaran yang kondusif secara berterusan kepada pelajar bermula dari usia 8 tahun, yang berteraskan kepada penghayatan al-Quran dan as-Sunnah.
Isteri perdana menteri itu berkata penubuhan sekolah itu merupakan lanjutan daripada program Permata Insan yang diperkenalkan pada 2010.
Usaha pihaknya mewujudkan program Permata Insan itu adalah untuk mengembalikan zaman kecemerlangan ilmu di kalangan umat Islam, katanya dalam program bual bicara ‘Hello Malaysia’ Bernama TV yang dihoskan Zulkifli Bujang dan disiar secara langsung di Saluran 502 Astro di sini, Selasa malam.
Rosmah berkata program Permata Insan itu bukan sahaja bertujuan melahirkan kanak-kanak yang memahami, mentafsir, menghafaz dan mengaplikasi al-Quran dan al-Sunnah di peringkat yang tinggi, tetapi juga mengamalkan ilmu itu dalam kehidupan harian serta menghubung kaitkannya dengan sains, teknologi dan matematik.
“Peringkat umur itu (8 tahun) amat bersesuaian untuk dibimbing dan diasuh kerana pada peringkat ini kanak-kanak sudah bersedia dan mempunyai rangsangan minda yang lebih memberi kesan dalam proses pembangunan dan perkembangan diri,” katanya.
Rosmah juga menyifatkan setiap pelajar Permata Insan sangat istimewa kerana mempunyai guru pembimbing yang akan membimbing mereka sepanjang sesi persekolahan berlangsung.
“Ini bermakna, apabila tamat Kem Permata Insan, para pelajar tidak dibiarkan begitu sahaja malah kami menyediakan sistem pengajaran secara intensif dan berterusan sama ada secara pertemuan atau secara online,” katanya.
Beliau berkata bagi memantapkan Kurikulum Permata Insan dan memstikan ia setaraf dengan kurikulum antarabangsa, Permata Insan telah menandatangani Perjanjian Persefahaman dengan ‘King Abdul Aziz and His Companions Foundation for Giftedness and Creativity Mawhiba, Kingdom of Saudi Arabia’ pada 10 Feb 2011.
“Melalui koloborasi ini, para pelajar akan didedahkan dengan pengalaman pembelajaran di luar negara terutama untuk memantapkan penguasaan bahasa-bahasa utama dunia,” katanya.
Rosmah berkata sejak program Permata Insan diadakan dua tahun lepas, sehingga sekarang seramai 127 kanak-kanak telah terpilih menyertai program itu. – BERNAMA

Cara Ratu Cantik Malaysia Bergambar


Cara Ratu Cantik Malaysia Bergambar
Berikut adalah sebahagian peserta Asia Tenggara untuk pertandingan Mis Universe 2012.
Kalau hendak tahu mana peserta Malaysia…yang gambar nampak ada pompuan tayang lidah tu….itulah dia…
                                                                                                                                                                         Miss India
Miss Indonesia
Miss Vietnam
Miss Korea
Miss Sri Lanka
DAN MISS MALAYSIA….

Maimon Terus Lawan Kanser Tanpa Tagih Simpati

Maimon Mutalib Terus Lawan Kanser Tanpa Tagih Simpati

KUALA LUMPUR – Dramatis Maimon Mutalib berkata kekangan kewangan membuatkan dia reda dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan dalam merawat penyakit kanser payu daranya yang kini pada tahap keempat.
Maimon, 54, berkata, dia enggan menagih simpati atau menyusahkan mana-mana pihak dengan meminta bantuan semata-mata untuk meringankan kos rawatan itu.
“Tak perlulah saya meminta ke sana dan sini atau menagih simpati orang semata-mata untuk melawan penyakit ini habis-habisan.
“Cukuplah saya berikhtiar merawat mengikut kemampuan kewangan saya selagi terdaya.
“Kalau ditakdirkan saya sudah tidak mampu lagi saya reda dan pasrah dengan apa-apa kemungkinan,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, petang Selasa.
Keadaan kesihatan Maimon yang sudah setahun menghidap penyakit itu semakin merosot sehingga memaksa dia dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada bulan lalu selepas mengalami kekejangan pada pangkal paha.
Difahamkan, barah itu sudah merebak ke bahagian tulang belakang yang menyebabkan tulangnya mereput dan sukar bergerak.Ia turut menjangkiti paru-paru dan bahagian mata kiri sehingga kelopak matanya sukar dibuka.
Ibu tunggal kepada lima anak itu berkata, dia mengambil pendekatan itu kerana tidak mahu penderitaan tersebut mengundang sebarang persepsi di kalangan mana-mana pihak.
“Kenyataan hidup ini memang banyak dugaan yang perlu kita hadapi. Saya sudah lama lalui pelbagai kesulitan sejak kematian suami 15 tahun lepas.
“Apabila diduga dengan penyakit ini, saya harus tempuh semampu yang boleh dan tidak perlu saya bersedih atau menagih simpati,” katanya.
Maimon yang kali terakhir terlibat dalam penggambaran drama Raja Bola (RTM) pada awal bulan lalu berkata, dia amat menghargai doa dan sumbangan peribadi teman-teman rapat dan keluarga dalam meringankan bebannya.
“Saya pun sudah sebulan tak berlakon. Duit simpanan pun sudah habis kerana saya menanggung perbelanjaan keluarga.
“Mujurlah ada juga sumbangan ikhlas kawan-kawan yang sudi membantu meringankan kos rawatan.
“Namun, saya tidak boleh terus mengharapkan bantuan. Selagi termampu saya akan lawan penyakit ini kerana saya tiada banyak duit,” katanya. – MStar

Edisi Gaya Mengandung: Kate Middleton



Edisi Gaya Mengandung: Kate Middleton
Menjadi seorang ibu semestinya pengalaman paling mulia dan bahagia yang boleh dihadapi seorang wanita. Saya tidak menyatakan sebegitu semata-mata kerana seri wajah yang diperoleh semasa mengandung, namun hakikatnya untuk mengandung anak sendiri sangat istimewa. Seorang wanita seolah melengkapkan proses matang apabila miliki anak sendiri.
Malah apabila melihat bakal ibu, kita pun turut merasa gembira. Mungkin itu sebab mengapa seluruh dunia turut kongsi kegembiraan apabila diumumkan puteri rakyat, Kate Middleton, bakal memperolehi cahaya mata.
Memang seronok menunggu kelahiran cahaya mata, namun ia bukanlah semudah yang kita lihat, tambahan lagi seperti Kate, yang sentiasa menjadi perhatian awam. Loya tekak dan perut yang kian membesar bukanlah sesuatu yang seseorang akan nikmati. Tetapi satu yang kita boleh bantu Kate: tip bergaya semasa mengandung.Sumber: MLP News

Guru ‘Dirompak’ Melalui Telefon

Guru 'Dirompak' Melalui Telefon

ALOR GAJAH – Pelik, tetapi benar.
Hanya dengan satu panggilan telefon tanpa terputus talian selama lebih empat jam, wang tunai berjumlah RM16,457 milik seorang guru wanita lesap sekelip mata.
Semuanya gara-gara terpedaya dengan helah tiga lelaki mendakwa mereka kakitangan Pos Malaysia, pegawai polis dari Bukit Aman dan pegawai Bank Negara, Menceritakan detik hitam itu, mangsa dikenali sebagai Ita Rahmat (bukan nama sebenar), 36, berkata, kejadian bermula jam 11.15 pagi kelmarin apabila dia menerima panggilan telefon daripada seorang individu yang mengatakan dirinya dari Pos Malaysia.
“Dia beritahu saya ada surat dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Tetapi surat itu sudah dihantar semula ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. Dia beri saya satu nombor siri dan mengatakan akan sambungkan talian saya kepada pihak polis,” kata Ita sambil memberitahu dia menerima panggilan seterusnya setengah jam kemudian selepas sambungan terputus.
Menurutnya, panggilan yang diterima pada jam 11.45 pagi itu datang daripada seorang lelaki yang kemudiannya meminta dia menyebut nombor siri tersebut.
“Selepas menyatakan nombor siri itu, saya terkejut apabila dia memberitahu saya perlu ke mahkamah berhubung satu kes tangkapan seorang lelaki tidak dikenali. Tambahnya, sebanyak RM80,000 telah dikeluarkan atas nama saya di bawah sebuah bank tempatan, tetapi saya beritahu dia saya tidak ada buka akaun di bank tersebut,” katanya.
Panik akaun bank akan dibekukan Bagaimanapun, Ita berkata, pegawai polis itu memberitahu dia perlu ‘memindahkan’ semua wang yang dia ada di bank kepada akaun bukan miliknya kerana akaun di atas namanya akan dibekukan.
Ita yang mula panik mendengar perkhabaran tersebut, kemudian disambungkan kepada seorang lelaki lain pula yang mendakwa dirinya Pegawai Kewangan Bank Negara.
“Pegawai kewangan itu menyuruh saya mengisytiharkan akaun dan jumlah simpanan yang ada. Selepas itu, saya diarahkan agar tidak mematikan talian telefon dan diminta ke sebuah bank di Masjid Tanah dengan memindahkan sebanyak RM9,057 ke dalam satu akaun lain yang diberi,” katanya.
Menurut Ita, selesai urusan di bank, lelaki itu mintanya ke Pejabat Pos pula dan mengarahkan dia mengeluarkan sejumlah RM7,500 simpanan lain dan meminta ia dimasukkan ke dalam satu lagi akaun.
“Bagaimanapun hanya RM5,000 dapat dimasukkan ke dalam akaun tersebut yang didaftarkan atas penama lain.
Baki RM2,500 kemudian saya diminta masukkan ke dalam akaun lain lagi. Tetapi disebabkan masalah teknikal, hanya RM2,400 dapat dimasukkan,” kata Ita yang telah memindahkan sejumlah RM16,457 ke dalam tiga akaun berbeza.
Talian tidak dimatikan lebih empat jam Ita berkata, ketika kesemua transaksi itu dilakukan, talian telefon langsung tidak dimatikan.
“Saya berhubung dengan mereka tanpa memutuskan talian sejak jam 11.45 pagi sehinggalah transaksi terakhir kira-kira jam 4 petang.
“Selepas memasukkan kesemua duit, saya terpaksa menunggu selama tiga jam sebelum lelaki berkenaan memaklumkan pihak Bukit Aman akan menghubungi saya,” katanya.
Ita yang berasa tidak sedap hati dengan apa yang berlaku kemudian bertindak menghubungi talian Bukit Aman sebelum panggilannya disambut seorang wanita memaklumkan bahawa dia telah ditipu dan diminta supaya berhati-hati.
“Saya beritahu masalah saya kepada wanita berkenaan namun wanita itu meminta saya berwaspada memandangkan banyak kes penipuan melalui talian,” katanya yang terus membuat laporan di Balai Polis Masjid Tanah, kelmarin.
Ita yang ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah Cawangan Jenayah Komersil mendakwa sangat terkilan dengan apa yang berlaku dan ia menjadi pengajaran kepada orang ramai supaya berhati-hati.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin mengesahkan menerima laporan dan siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
“Polis menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan sindiket penipuan melalui talian telefon,” katanya. – SinarHarian

Kucing ‘Curi’ 26 Set Kunci Jiran


Kucing ‘Curi’ 26 Kunci Jiran
LONDON – Seekor kucing, Moggy Milo ‘mencuri’ 26 set kunci ketika berkeliaran di rumah jiran selepas kunci terbabit terlekat pada kolar magnetik yang dipakainya.
Penduduk pada mulanya hairan dengan kehilangan kunci mereka.
Misteri itu bagaimanapun terbongkar apabila pemilik Moggy, Kirsten Alexander menemui beberapa kunci yang terlekat pada leher kucing itu. Dia kemudian menemui beberapa set kunci lain di rumahnya.
Kirsten, 27, dari Stoke Newington, London Utara berkata: “Saya sudah menyerahkan semula semua kunci itu kepada pemiliknya.”sumber

Lebih 400 Penderma Darah Diperlukan Setiap Hari

Lebih 400 Penderma Darah Diperlukan Setiap Hari

KUALA LUMPUR – Pusat Darah Negara memerlukan antara 400 hingga 450 penderma darah setiap hari bagi menampung keperluan darah di Lembah Klang.
Pengarah Pusat Darah Negara, Dr Roshida Hassan berkata, ini bagi memenuhi permintaan hospital kerajaan dan swasta yang memerlukan kira-kira 3,000 unit (1 unit sekitar 0.5 liter) darah merah seminggu.
“Semua jenis darah iaitu A, B, O dan AB diperlukan kerana pesakit terdiri daripada pelbagai golongan dan berbeza kumpulan darah,” katanya di sini, hari ini.
Dr Roshida berkata, setiap pendermaan boleh membantu menyelamatkan tiga nyawa, dan setiap darah mempunyai jangka hayat terhad iaitu darah merah sehingga 42 hari, platelet (lima hari) manakala plasma yang dibekukan boleh bertahan selama dua hingga tiga tahun.
Mengenai kesedaran masyarakat untuk menderma darah, beliau berkata sungguhpun kesedaran itu semakin meningkat, namun selari dengan perkembangan pesat dalam rawatan perubatan, permintaan untuk darah juga turut meningkat.
Dr Roshida berkata, pusat itu kini mengambil langkah proaktif bagi menggalakkan orang ramai menderma darah kerana dijangkakan akan berlaku kekurangan dalam trend pendermaan sepanjang musim perayaan Krismas dan Tahun Baru Cina tidak lama lagi.
“Pada musim perayaan, orang ramai mengambil kesempatan bercuti lebih lama untuk meluangkan lebih masa bersama keluarga dan walaupun keinginan untuk menderma darah itu ada, biasanya hasrat itu ditangguhkan sehingga mereka kembali daripada bercuti,” katanya.
Mereka yang ingin menderma pada pada Hari Krismas boleh berbuat demikian di Pusat Derma Darah, Jalan Tun Razak dari jam 8 pagi hingga 4 petang atau melayari laman web www.pdn.gov.my bagi mendapatkan maklumat mengenai jadual kempen derma darah bergerak. – BERNAMA

Padah Raba Punggung Pelajar

Padah Raba Punggung Pelajar

KUALA TERENGGANU – Padah memegang punggung seorang pelajar tingkatan lima, seorang penganggur berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun, denda atau sebatan jika disabitkan kesalahan kerana mencabul.
Tertuduh, Mohd Khairul Mat Amin, 28, dari Kampung Bukit Depu, Jalan Pasir Panjang, di sini, mengaku bersalah melakukan perbuatan itu di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.
Mohd Khairul mengaku menyentuh punggung mangsa berusia 17 tahun menggunakan tangan dengan niat mencabul kehormatan dirinya di lorong gelap di Jalan Pejabat Tanah, di sini, kira-kira jam 8.15 malam pada 30 Ogos lalu.
Bagaimanapun, Majistret Noradila Ab Latif menetapkan 13 Januari tahun depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk jatuh hukum dan membenarkan Mohd Khairul diikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor L Rathna, manakala Mohd Khairul tidak diwakili peguam.
Berdasarkan fakta kes, semasa kejadian mangsa bersama kakak angkatnya dalam perjalanan ke kelas tambahan di Losong, Chabang Tiga, di sini, dengan menaiki motosikal sebelum diekori Mohd Khairul.
Ketika tiba di satu lorong gelap, Mohd Khairul yang menaiki motosikal menghimpit mangsa dan cuba memegang buah dada kakak angkat mangsa tetapi tidak berjaya.
Namun, Mohd Khairul sekali lagi menghimpit motosikal dinaiki mangsa dan meraba punggung mangsa dari arah belakang menyebabkan mangsa membuat laporan di Balai Polis Chabang Tiga.
Sumber: Sinar Harian

Chef Wan Sedih, Tak Jumpa Ayah Kali Terakhir

Chef Wan Sedih, Tak Jumpa Ayah Kali Terakhir

KUALA LUMPUR – Chef masakan terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan melahirkan rasa terkilan tidak dapat bertemu dengan ayahnya untuk kali terakhir.
Ayah Chef Wan, Ismail Md Nor, 79, telah meninggal dunia semalam akibat penyakit kencing manis dan strok di Raub, Pahang.
Chef Wan ketika itu sedang dalam perjalanan ke Sulawesi, Indonesia bagi menjayakan penggambaran program masakan terbarunya di Astro Prima bertajuk ‘ChefWan’.
Menerusi laporan dari portal Murai.com, berita pemergian ayahnya yang diterima ketika dia jauh dari sisi arwah menambahkan lagi rasa sedih dan terkilannya.
“Ayah saya ada penyakit diabetes dan stroke kecil. Sebelum ini, dia pernah dimasukkan di hospital selama seminggu . Apabila saya pulang dari Palestin dan Jordan untuk tujuan amal di sana, saya sempat menjenguknya dan dia sudahpun dikeluarkan dari hospital minggu lalu.
“Jadi bila saya tiba di lapangan terbang di Sulawesi semalam, saya terima panggilan telefon yang mengatakan ayah saya telah meninggal dunia ketika saya berada di atas pesawat,” katanya dengan rasa sedih.
Sebelum itu, Chef Wan pernah berusaha untuk membawa ayahnya untuk tinggal bersama-sama supaya memudahkan dirinya menjaga kesihatan bapanya.
Namun, permintaan Chef Wan ditolak oleh ayahnya berikutan tidak mahu menyusahkan kehidupan anak sulungnya itu.
Walaupun berasa kecewa di hatinya, Chef Wan menerima ketentuan Tuhan dan redha atas pemergian ayahnya itu.
“Saya sempat membawa dua cucu saya bertemunya di Raub dan saya telah memujuknya untuk tinggal bersama saya. Dengan cara itu, saya boleh menjaganya dengan dibantu jururawat. Tetapi dia enggan kerana tidak mahu menyusahkan saya.
“Hancur hati saya. Tapi semua itu telah ditentukan oleh Allah untuk kami tidak dipertemukan lagi buat selama-lamanya.Tetapi sebagai anak, saya sering menjalankan tanggungjawab bukan saja kepadanya tetapi juga kepada ahli keluarga yang lain,” katanya.
Oleh: NAIMAH SHAARI

Engku Tan Sri Ibrahim Meninggal Dunia - Al-Fatihah


Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah Meninggal Dunia
BESUT – Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, 80, meninggal dunia di Hospital Selayang, Selangor Selasa kira-kira pukul 8.30 malam.
Ia disahkan oleh adik Allahyarham Engku Taib kepada Bernama di sini.
Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan pada pukul 11 pagi Rabu di Tanah Perkuburan Bukit Kiara.
Allahyarham yang dilahirkan pada 15 April 1932 di Besut meninggalkan seorang balu Tengku Zahab dan enam orang anak, empat daripadanya lelaki.
Allahyarham memegang jawatan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selama 22 tahun mulai tahun 1989 hingga 2011. – BERNAMA

3 Ditahan Bakar Mercun Semasa Perlawanan

Tiga Ditahan Bakar Mercun Semasa Perlawanan Piala AFF Suzuki 2012


KUALA LUMPUR – Tiga lelaki ditahan dipercayai meletupkan mercun serta membuat kacau semasa perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2012 di antara Malaysia dengan Thailand di Stadium Bukit Jalil, Ahad lepas.
Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Mohan Singh Tara Singh berkata mereka yang berumur antara 25 dan 27 tahun itu dilepaskan dengan ikat jamin pada hari Isnin.
Pada perlawanan tersebut Harimau Malaya seri 1-1 dengan Thailand, dan kedua-dua pasukan akan bertemu untuk perlawanan timbal balas di Bangkok, Khamis ini.
Mohan Singh berkata, sepanjang tahun ini, seramai 32 orang ditahan membabitkan pelbagai kesalahan termasuk membuat kekacauan dan membakar mercun dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.
“Sebanyak 47 bahan api menyala jenis ‘flare’, empat bungkusan mercun, duaalat ‘buku lima’, dan satu bom asap juga dirampas,” katanya kepada pemberita disini Selasa.
Mohan Singh berkata, pihaknya juga sentiasa menambahbaik kawalan keselamatan sepanjang perlawanan yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil. – BERNAMA

PDRM Bakal Guna Jentera Kawasaki Ninja 250R 2013?

PDRM Bakal Guna Jentera Kawasaki Ninja 250R 2013?

Melihat kepada gambar di atas, tidak syak lagi itu adalah barisan motosikal Kawasaki Ninja 250R 2013 yang bakal digunakan oleh pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak lama lagi.
Apakah justifikasi penggunaan jentera tersebut tidak pula saya ketahui, mungkin untuk membanteras jenayah jalanan yang semakin meningkat sejak akhir-akhir ini dengan lebih berkesan.
Sumber : Facebook KAKI Superbike/kapcai (FUN) via MotoMalaya

Anuar Zain Nafi Konsert Untuk Sambut ‘Valentine’

Anuar Zain Nafi Konsert Untuk Sambut ‘Valentine’

KUALA LUMPUR – Dalam usaha penyanyi lelaki bersuara lantang, Anuar Zain untuk mempersiapkan diri menghadapi konsertnya pada Februari tahun hadapan, timbul cerita mengatakan konsertnya adalah untuk menyambut hari kekasih atau ‘Valentine Day’.
Menerusi laporan portal OhBulan!, Anuar Zain menafikan dakwaan tersebut.
Katanya, tarikh konsert itu iaitu pada 16 Februari dipilih kerana sama dengan bulan hari lahirnya iaitu jatuh pada 15 Februari.
Justeru, bagi Anuar Zain, tidak timbul isu menyambut hari kekasih dalam konsertnya nanti.
“Konsert ini bukan untuk meraikan ‘Hari Valentine’ tetapi saya memilih bulan Februari kerana hari lahir saya jatuh pada bulan tersebut,” kata Anuar Zain.
Bercerita mengenai persiapan konsertnya, Anuar Zain memberitahu dia mahukan kelainan dalam persembahannya pada hari itu nanti.
Konsert yang dijadualkan berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil akan menggunakan lampu LED sepenuhnya selain menampilkan dekorasi pentas yang ringkas.
Kata Anuar Zain lagi, dia mahukan setiap ahli muzik yang bermain alat muzik dapat dilihat berkolaborasi bersama dengan dirinya.
“Untuk konsert ini, saya akan gunakan lampu LED sepenuhnya disepanjang konsert. Konsert pada malam tersebut juga saya lebih gemar pentas yang ‘simple,’ dan kalau boleh biar penonton boleh nampak ‘musician’ saya.
“Saya tak nak ‘musician’ duduk tersorok dan kalau boleh biar ada sedikit ‘run away’ supaya senang untuk saya berjalan dan berada lebih dekat dengan peminat,” katanya.
Justeru, Anuar Zain berharap agar semua penonton yang hadir pada hari konsertnya gembira dengan setiap persembahan yang dilakukan dirinya.
“Apa yang paling penting saya mahu eratkan silaturahim antara peminat-peminat saya supaya mereka boleh beramah mesra antara satu sama lain dan dalam masa yang sama mereka gembira dan ‘enjoy’ dengan persembahan saya pada malam itu,” luah Anuar Zain.
Oleh: NAIMAH SHAARI

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story