3 Ditahan Bakar Mercun Semasa Perlawanan

Tiga Ditahan Bakar Mercun Semasa Perlawanan Piala AFF Suzuki 2012


KUALA LUMPUR – Tiga lelaki ditahan dipercayai meletupkan mercun serta membuat kacau semasa perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2012 di antara Malaysia dengan Thailand di Stadium Bukit Jalil, Ahad lepas.
Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Mohan Singh Tara Singh berkata mereka yang berumur antara 25 dan 27 tahun itu dilepaskan dengan ikat jamin pada hari Isnin.
Pada perlawanan tersebut Harimau Malaya seri 1-1 dengan Thailand, dan kedua-dua pasukan akan bertemu untuk perlawanan timbal balas di Bangkok, Khamis ini.
Mohan Singh berkata, sepanjang tahun ini, seramai 32 orang ditahan membabitkan pelbagai kesalahan termasuk membuat kekacauan dan membakar mercun dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.
“Sebanyak 47 bahan api menyala jenis ‘flare’, empat bungkusan mercun, duaalat ‘buku lima’, dan satu bom asap juga dirampas,” katanya kepada pemberita disini Selasa.
Mohan Singh berkata, pihaknya juga sentiasa menambahbaik kawalan keselamatan sepanjang perlawanan yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story