Awek Wan Zack Pandai Nyanyi, Bakal Meletup!


Awek Wan Zack Pandai Nyanyi, Bakal Meletup!
Minggu lalu, Mynewshub.my ada melaporkan cerita mengenai perihal kekasih bintang Harimau Malaya, Wan Zack iaitu Zzati.
Wan Zack atau nama sebenarnya, Wan Zack Haikal Bin Wan Noor, 21, merupakan pemain terbaik Liga Singapura pada tahun 2010.
Selepas Malaysia bertemu dengan Indonesia dalam perlawanan bola baru-baru ini, nama Wan Zack terus melonjak naik kerana berjaya membaham Garuda dengan 2-0.
Wan Zack juga menampakkan aksi ligatnya dalam permainannya ketika Malaysia bertemu Laos dengan mata 4-1.
Dek kerana kehebatannya ketika beraksi di atas padang, Wan Zack secara tiba-tiba menjadi kegilaan ramai gadis-gadis Malaysia.
Namun, ramai yang kecewa kerana jejaka tampan itu sebenarnya sudah pun mempunyai kekasih hati iaitu Zzati.
Lumrah menjadi pemain bola dalam pasukan Harimau Malaysia, kisah peribadi dan kekasih hati juga menjadi perhatian umum seperti penjaga gol skuad itu, Apex.
Sejak itu, Zzati juga menjadi popular sama seperti Wan Zack.
Cuma, tidak ramai yang begitu mengenali gadis yang berjaya mencuri hati Wan Zack ini.
Zzati sebenarnya mempunyai bakat dalam bidang nyanyian.
Di laman YouTube sahaja, sudah banyak lagu yang dinyanyikan semula olehnya.
Kiranya, jika Tuhan mengurniakan rezeki kepada Zzati, gadis cantik itu juga boleh pergi jauh dalam bidang nyanyian di Malaysia dan diangkat menjadi artis yang lahir dari YouTube seperti Najwa Latif, Yuna, Ainan Tasneem.
Jom dengar suara Zzati. Semoga terhibur!
Oleh: SORAYA IMAN

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story