HANGAT!!! PEMILIK ROTIKAYA.COM BERI PENJELASAN TENTANG ISU GAMBAR BOGEL MELIA AIMELIA


Setelah lama berdiam diri, akhirnya pemilik blog RotiKaya.com tampil menjawab segala isu berhubung penyebaran gambar bogel Melia Aimelia. Sebelum ini dalam entry Akibat Video Bogel Hidup Melia Aimiellia Huru-Hara Melia telah mendakwa tidak mendapat sebarang tawaran kerana banyak syarikat produksi ragu-ragu dan takut untuk mengambil saya berlakon. Mereka risau jika drama lakonannya akan digam atau tidak ditonton akibat tuduhan itu.
Akibat ia mula menggugat kerjayanya, telah memaksa heroin filem Karipap-Karipap Cinta (2011) ini membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi menjalankan siasatan ke atas blog-blog terbabit.
“Kami tidak pernah melakukan ‘superimpose’ atau berniat mengaibkan dia. Apa yang kami paparkan pada blog itu benar dan kami ada bukti sahih,” kata Nor Hamzie Hambali, 27, juga pemilik blog hiburan popular, RotiKaya.com menjawab dakwaan pelakon, Melia Aimelia mengenai penyebaran gambar bogelnya baru-baru ini.
Pelakon yang sebelum ini pernah membintangi filem Karipap-Karipap Cinta itu semalam menafikan di sebuah akhbar kononnya gambar bogel yang disiarkan blog hiburan itu tidak benar dan satu fitnah yang bertujuan mengaibkan.
Melia membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mendakwa dirinya difitnah blog hiburan berkenaan.
Hamzie yang ditemui semalam menyifatkan tindakan Melia sebagai mengikut rasa marah semata-mata tanpa memikirkan kesannya kemudian hari.
“Kami ada video gambar bogel milik Melia yang diberikan seorang aktor terkenal sebelum ini. Lantas sebagai penyelia sebuah laman sesawang gosip artis hiburan, kami melaporkannya.

2 comments:

Idayu Suraya said...

kalau ye pun dia korang tak sepatutnye dedahkan keaiban orang...insyallah suatu hari nanti Allah taala akn dedahkan keaiban korang berdua..tunggu jela

Idayu Suraya said...

sepatutnye korang simpan dan bukan sebarkan dlm blog korang..dengan riak dan takbur dan bongkak nye korang bercakap tanpa rasa bersalah...saya tak kenal sapa pun ameilia tu..tp die manusia biasa....dasyat betul lelaki dua ekor ni

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story