Cerita MENARIK Di Sebalik Majlis Perkahwinan Ustaz Don Daniyal




Assalamualaikum & Selamat Pagi Ahad buat semua~ Dalam mood santai & beristirehat, Zam nak kongsikan kisah menarik tentang majlis perkahwinan Ustaz Don Daniyal & Husna baru baru ini. Artikel ini dikongsikan di Facebook oleh jurukamera rasmi majlis itu, Nadia Zahari. Apa yang disampaikan, memang ada benarnya & membuka minda kita.. Insya Allah :)


Kisah Perkahwinan Ustaz Don Daniyal & Husna


Salam, disini saya ingin share pengalaman saya dan rakan saya Artmosphere Photography berbual dengan Ustaz Don tentang majlis perkahwinannya :)

  • Majlis dibuat secara sederhana tetapi indah. Majlis dimulakan dengan selawat.
  • Husna memakai inai di pergelangan tangan sahaja iaitu bukan ditempat aurat, inai tidak berkekalan dan lukisan berbentuk bunga/tumbuhan tidak berbentuk haiwan atau menyerupai makhluk.


  • Make up Husna tidak tebal, Ustaz Don berkata dia berkahwin kerana diri Husna sendiri, dia tidak mahu melihat Husna menjadi orang lain dengan bermakeup tebal atau memakai bulu mata palsu.


  • Tiada inai di tiga jari Ustaz Don kerana inai di lelaki dipakai hanya untuk tujuan berubat sahaja.
  • Selepas ijab qabul nikah Ustaz Don meminta izin kedua pihak keluarga untuk Husna bersembahyang sunat bersamanya.


  • Sebelum menyarungkan cincin di jari Husna, Ustaz Don memegang bahagian depan kepala Husna sambil menyebut nama Allah dan mendoakan keberkatan baginya.


  • Tiada sesi bersanding atau merenjis, pelamin hanya untuk tempat mengambil gambar bersama family dan rakan.


  • Kesemua hantaran di kedua belah pihak berbentuk makanan. Pengantin ingin berkongsi kegembiraan dengan seluruh family ketika membuka hantaran. Tujuan ini juga adalah kerana pengantin tidak mahu hantaran al-Quran/kitab diletak sama level dengan hantaran kasut, baju dan lain-lain.

GAMBAR GAMBAR INI DIAMBIL DARI ARTMOSPHERE PHOTOGRAPHY,NADIA ZAHRI PHOTOGRAPHY & PHOTOLINE CREATIVE STUDIO. KREDIT SEPENUHNYA KEPADA MEREKA UNTUK HASIL FOTOGRAFI YANG CUN2 INI ;)

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story