Dibelasah kerana samun dan cuba ro goll jurujual


                      SEORANG pemuda (duduk) ditangkap oleh orang ramai selepas menceroboh bilik hotel didiami jurujual wanita.


MELAKA — Seorang lelaki dibelasah orang ramai selepas menyamun dan cuba merogol seorang jurujual di sebuah bilik hotel bajet di Jalan Melaka Raya 3 di sini hari ini.
Kejadian berlaku pada 11.45 pagi di mana lelaki sekitar 20-an tersebut dipercayai menceroboh bilik mangsa ketika mangsa keluar untuk makan di sebuah restoran berhampiran.
Wong Siew Hong, 38, dari Johor Baharu berkata dia hanya menyedari kehadiran lelaki terbabit selepas pulang ke biliknya di tingkat dua hotel berkenaan.
“Sebaik tiba di bilik hotel, saya lihat kunci mangga bilik saya telah dipecah dan pintunya terbuka sedikit,” katanya ketika ditemui.
Siew Hong berkata dia yang kemudiannya masuk ke biliknya terkejut apabila mendapati seorang lelaki di dalamnya.
Mangsa berkata lelaki berkenaan yang berpakaian serba hitam dan bertutup mulut lantas menerpa ke arahnya dan cuba membuka pakaiannya.
Dia berkata lelaki tersebut turut menumbuknya beberapa kali di pipi kiri sehingga bengkak apabila dia cuba melawan lelaki itu sambil menjerit meminta tolong.
Siew Hong berkata lelaki terbabit kemudian melarikan diri bersama beg duitnya yang sempat dirampas darinya.
Katanya dia mengejar lelaki terbabit sambil menjerit meminta tolong sebelum beberapa orang menangkap dan bertindak memukul lelaki itu, kira-kira 50 meter dari hotel berkenaan.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Salehhudin Abd Rahman mengesahkan kejadian itu dan berkata suspek telah dihantar ke Hospital Melaka untuk menjalani rawatan akibat cedera dipukul.
Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana menyamun sehingga mendatangkan kecederaan. — BERNAMA
Kredit-Harian Metro online

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story