Seorang model dari Taiwan, Charmian Chen, yang nyaris dibogelkan beberapa ekor monyet sebelum ini dilaporkan telah menjalankan pembedahan kosmetik bagi membesarkan buah dadanya dan mendedahkan proses tersebut di internet.
Selain membesarkan buah dada, Charmian yang juga merupakan seorang mahasiswi kolej perdagangan di Universiti Chengchi Taiwan itu turut menjalani pembedahan mengecilkan bahagian kedua belah pahanya agar kelihatan lebih seksi.
Sebuah laman hiburan Taiwan yang terkenal, May Daily, menyifatkan tindakan model itu membesarkan payudara dan kedua pahanya itu adalah semata-mata untuk menarik perhatian ramai serta menjadikan dirinya sebagai artis ‘simbol seks’ Taiwan yang paling hangat.
Menurut media itu lagi, selebriti Taiwan sangat berahsia mengenai sebarang pembedahan kosmetik pada diri mereka dan tidak pernah dikongsi bersama peminat di negara itu.
Foto-foto Charmian sedang menjalani pembedahan itu turut menyaksikan model tersebut memiliki tatoo berbentuk daun ganja di sebelah atas kiri belakang tubuhnya.
Charmian menggemparkan ramai pihak apabila gadis itu diserang beberapa ekor monyet yang melondehkan pakaiannya sehingga menampakkan buah dada ketika melawat di Sacred Monkey Forest di Ubud, Bali, Indonesia, pada bulan Oktober tahun lalu.
Gambar-gambar yang menyaksikan detik-detik buah dadanya dibogelkan itu tersebar di internet sekaligus menambah populariti model tersebut di seluruh dunia.
Sejak insiden itu, Charmian diberi nama jolokan “monkey girl” dan ia dipercayai menjadikannya lebih berazam untuk menjadi seorang selebriti paling seksi di Taiwan.
0 comments:
Post a Comment