Kerajaan Perancis baru-baru ini secara rasminya melarang dan mengharamkan semua aktiviti umat Islam bersolat di atas jalanraya-jalanraya di Perancis kerana ia bertentangan sama sekali dengan prinsip negara sekular yang mereka amalkan.
Kemudahan awam tidak harus disekat daripada orang ramai menggunakannya atas nama agama, begitulah prinsip sekular totok sebagaimana yang diamalkan oleh banyak negara di dunia ini terutamanya di negara barat. Bagi negara barat, sekular bermakna tiada lansung penglibatan pemerintah dan penggunaan dana rakyat/negara atas nama agama apa sekalipun.
Walau bagaimanapun, kerajaan Perancis sebelum ini telah mengizinkan umat Islam menukarkan bekas penempatan tentera sebagai masjid sementara bagi mengerjakan solat jumaat. Tindakan ini juga dilihat oleh rakyat Perancis sebagai menyalahi perlembagaan sekular negara mereka dan ia dijawab oleh pemimpin negara Perancis dalam hal ini umat Islam mendapat pengecualian.
Walau bagaimanapun, kerajaan Perancis sebelum ini telah mengizinkan umat Islam menukarkan bekas penempatan tentera sebagai masjid sementara bagi mengerjakan solat jumaat. Tindakan ini juga dilihat oleh rakyat Perancis sebagai menyalahi perlembagaan sekular negara mereka dan ia dijawab oleh pemimpin negara Perancis dalam hal ini umat Islam mendapat pengecualian.
Negara sekular inilah juga yang sering di gunakan sebagai alasan oleh mereka yang tidak mahu sebarang undang-undang syariah diserapkan ke dalam undang-undang sivil di negara kita di Malaysia kerana negara kita dilabelkan sebagai negara sekular. Ini merupakan pegangan orang-orang seperti Karpal Singh dan juga Lim Kit Siang. (Mereka bukan menolak Islam tetapi mempertahankan konsep atau perlembagaan negara yang ditafsirkan mereka sebagai sekular)
Perdana Menteri kita yang pertama memberikan kenyataan bahawa Malaysia merupakan sebuah negara sekular manakala Perdana Menteri kita yang ke 4, Tun Mahathir pula mengatakan Malaysia adalah sebuah negara Islam. Siapakah sebenarnya yang betul?.
Kalau dilihat dari segi amalan, ternyata negara kita banyak menggunakan dana wang rakyat bagi membangunkan aktiviti agama Islam di negara ini, contoh yang paling ketara adalah pembinaan masjid serta pusat-pusat kegiatan Islam. Dari segi ini ternyata kita tidak mengamalkan kaedah pentadbiran kerajaan secara sekular totok seperti di barat.
Kita juga ada mahkamah syariah yang kos pengurusannya juga menggunakan dana wang rakyat, ini juga bertentangan dengan konsep negara sekular. Cuma malangnya kedudukan mahkamah syariah berada lebih rendah daripada mahkamah sivil.
Jika semua itu diambil kira maka sebenarnya kita tidak mempunyai alasan untuk tidak membenarkan perlaksanaan undang-undang Islam dijalankan di Malaysia.
0 comments:
Post a Comment