NAMANYA masih dianggap baru di persada seni tanah air. Namun Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa, 22, sudah berjaya mencipta populariti tersendiri di kalangan peminat dunia seni tempatan.
Di mana-mana sahaja, peminat mengenali gadis jelita yang mula menarik perhatian sejak menjuarai Dewi Remaja 2010 berusia 22 tahun ini. Bahkan dia juga sudah menerima tempias gosip apabila dikaitkan bercinta dengan beberapa nama popular.
Selesa meletakkan dirinya dalam senarai artis sebutan ramai, Neelofa tidak bertangguh menggunakan popularitinya ke arah positif. Memandangkan latar belakang keluarganya dari bidang bisnes, dia tidak menunggu masa lama apabila mengusahakan perniagaan menjual kasut jenamanya, Neelofa Heels secara dalam talian (online) menerusi blog neelofaheels.blogspot.com, sejak Jun 2010.
Selesa meletakkan dirinya dalam senarai artis sebutan ramai, Neelofa tidak bertangguh menggunakan popularitinya ke arah positif. Memandangkan latar belakang keluarganya dari bidang bisnes, dia tidak menunggu masa lama apabila mengusahakan perniagaan menjual kasut jenamanya, Neelofa Heels secara dalam talian (online) menerusi blog neelofaheels.blogspot.com, sejak Jun 2010.
Melihatkan kriteria itulah, pelakon berasal dari Pasir Mas, Kelantan ini dipilih Rafflesia Pearl Wedding bagi terbabit sama dalam perkahwinan gilang gemilang Ezlynn dan suami, Adam pada 11 Januari nanti.
Neelofa diberikan tanggungjawab menghasilkan sepasang kasut buat Ezlynn dalam majlis bertemakan Sepanyol Pada Musim Luruh (Spanish Mediterranean).
Peluang untuk bekerjasama dalam majlis ini datang dari publisis Billbora yang juga perunding perkahwinan untuk majlis ini pada Oktober lalu. Sebelum ini, Rafflesia menaja majlis perkahwinan Norman Hakim dan Memey.
“Perasaan saya bercampur baur apabila dapat tugas ini. Maklumlah, ia kali pertama berlaku. Namun saya rasa bangga dapat mencipta sepasang kasut khas untuk Elzynn bagi dipakai pada hari bersejarahnya. Saya buat kerana Ezlynn kawan baik saya. Selain mereka kasut, saya juga akan menjadi pengapit Ezlynn,” katanya ketika ditemui selepas sidang media, baru-baru ini.
Kata Neelofa, dia akan giat menghasilkan kasut untuk majlis itu bermula 19 Disember kemudian menghantar rekaannya kepada kilang yang diberi tugas menyiapkan kasut itu.
“Selama ini, saya hanya jual kasut yang sudah siap dihasilkan menerusi blog. Ada sesetengahnya saya ubahsuai supaya nampak kelainan sebelum dipasarkan. Tapi kali ini saya terbabit sepenuhnya mereka bentuk kasut yang padan dengan kaki Ezlynn. Rekaan saya akan dibawa kepada pembuat untuk melalui proses selanjutnya.
“Sebelum mencipta kasut ini, saya diberitahu apa yang ada pada gaun pengantin Ezlynn, perlu juga ada pada kasut. Dengan panduan inilah saya akan reka kasut itu agar rekaannya menarik dan sesuai dengan konsep pakaian.
“Untuk menghasilkan rekaan terbaik buat Ezlynn, saya merujuk kepada pelbagai blog terutamanya kasut dipakai artis antarabangsa sebagai sumber inspirasi.
“Biasanya kalau pakaian, orang akan merujuk kepada aktres Hollywood tetapi dalam bab kasut orang akan lihat kepada Korea, Hong Kong dan Jepun kerana penggunaan warna mereka sangat terkini. Rekaan kasut di Hollywood pula sangat ringkas.
“Saya akan tampilkan tiga elemen iaitu mutiara, swarovski dan renda dalam rekaan ini. Apa yang penting, ia perlu sesuai dengan layah (veil) dan pakaian pengantin. Saya akan cadangkan tiga reka bentuk, terpulang kepada Ezlynn dan Rafflesia untuk pilih mana satu yang cantik,” katanya.
Dia yang masih belajar dalam pengajian Double Major International Trade and Marketing di Kolej Sunway dalam tahun kedua memberitahu, apabila sudah mula menghasilkan kasut, sudah tentu mahu mendalaminya lagi dengan mengambil kelas untuk mendalami lebih lanjut proses pembuatannya.
“Saya perlu banyak belajar dan berjinak-jinak dalam bidang ini. Namun ia tak boleh dilakukan serentak dan perlu dibuat satu persatu mengikut aturan.
“Bisnes ini juga bermula sejak saya melangkah masuk dalam bidang peragaan. Sambutan yang diterima pula sangat menggalakkan. Tapi bisnes ini dihentikan seketika kerana saya nak buat perubahan mengenai kasut jualan.
“Sebelum ini, saya hanya jual heels, tapi kali ini saya pelbagaikan jenis kasut kerana tak semua orang suka kasut ini. Saya sebenarnya sedang buat persiapan memasarkan semula kasutt ini dan tak sangka tiba-tiba kena buat promosi awal menerusi pembabitan dalam majlis hebat ini.
“Sekiranya semua berjalan seperti dirancang, bisnes ini akan dilancarkan semula secara besar-besaran awal tahun depan. Ini adalah minat saya kerana lakonan tetap dihati. Malah ia membantu jualan kerana semakin saya dikenali, sambutan yang diterima daripada pembeli sangat menggalakkan,” katanya.
Mengenai karier lakonan, Neelofa mengakui rezekinya murah dan jadualnya sangat padat. Banyak filem lakonannya akan ditayangkan 2012 bermula dengan Azura 2011 yang dijangka ditayangkan 2 Februari. Filem lain, Lemak Kampung Santan, Hantu Kapcai, SAM dan Taiko yang bakal memulakan penggambaran tidak lama lagi. Neelofa juga dipilih menjadi pengacara Nona berganding dengan Fara Fauzana tahun depan.
sumber: hmetro.com.my
0 comments:
Post a Comment