HEBAT!. PILIH JADI PENINJU WALAU ADA Ph.D DOKTOR FALSAFAH!


Walaupun memiliki ijazah doktor falsafah (Ph.D) dari Universiti Cambridge selain sarjana muda matematik kelas pertama, seorang ibu, Rosi Sexton (gambar) kini menjadi juara peninju kurungan di Britain.

Sejak menceburi sukan ganas itu secara profesional pada 2002, Sexton, 32, hanya tewas sekali sahaja dalam pertandingan tersebut.
Empat bulan lepas, dia menumbangkan pencabar terbarunya dari Amerika Syarikat (AS) pada pusingan pertama dalam satu pertandingan.
"Tiada apa yang luar biasa. Saya menjadi peninju kerana meminati sukan ini," kata Sexton yang memiliki seorang anak lelaki berusia 4 tahun.
"Ia adalah antara sukan yang paling mementingkan elemen teknik," tambahnya.
Selain juara wanita Britain, Sexton turut berada pada ranking pertama dunia kelas bantam bagi kategori wanita.
Gelanggang tinju itu dipagari manakala peserta dibenarkan menendang dan mengunci lawannya.
Ia dikritik di beberapa negara termasuk AS, kerana dilabel ganas malah bekas calon Presiden AS, John McCain menggelarkan sukan itu sebagai tempat sabung manusia. 

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story