Zarina Anjoulie: Saya Yang Menanggung Dosa



Aktres kontroversi, Zarina Anjoulie Lavocah tampak bersahaja saat diajukan isu gambar seksi di majalah FHM Indonesia edisi Oktober lalu, mengakui ia dilakukan atas pilihannya sendiri walaupun sedar akan mengundang kebencian daripada orang ramai.
Ditemui ketika majlis pelancaran filem terbarunya, “Khon Malay”, Zarina memberitahu dia menjalani penggambaran fotografi dua bulan lalu di Singapura selepas pihak FHM Indonesia memberi tawaran sebanyak dua kali.
Zarina Anjoulie: Saya Yang Menanggung Dosa
“Mereka pernah menawarkan saya untuk melakukan penggambaran fotografi ini sebanyak dua kali tetapi saya menolaknya sebelum ini kerana pakaian yang diberikan terlalu seksi seperti berbikini.
“Kali ini saya menerima tawaran mereka kerana pakaian yang diberikan lebih tertutup walaupun menyedari kutukan dan cacian yang bakal diterima,” jelas Zarina yang pernah terlibat dengan gambar-gambar seksinya yang tersebar luas di internet sekitar tahun 2008.
“Terus-terang saya tidak peduli apa yang orang ingin katakan tentang diri saya. Jadi diri sendiri adalah pegangan hidup saya. Oleh itu kepada sesiapa yang ingin mengutuk atau membenci, saya tidak boleh berbuat apa-apa.
“Jika masyarakat ingin bercakap buruk tentang diri saya, ia terpulang kepada mereka kerana saya yang menanggung dosa,” luah Zarina.
Nama aktres yang menempa populariti menerusi drama bersiri “Anak Pontianak” ini tidak pernah sunyi daripada terpalit sebarang kontroversi berbanding dengan kariernya.
Terbaru Zarina bakal membintangi filem aksi “Khon Malay” di samping pelakon utama, Faizal Hussein yang akan memulakan penggambaran penghujung November lalu.
Filem terbitan Northstar Acres Sdn. Bhd. ini mengisahkan kesungguhan seorang wanita yang ingin menjadi ahli sukan tinju yang berjaya.
Oleh: By Nadia Izuddin | Cinema

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story