KUALA LUMPUR: Pelakon
dan pengacara Fauziah Datuk Ahmad Daud (Ogy) telah membatalkan hasratnya
untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pelawak Johan (Raja
Lawak) kerana berpendapat enggan memanjangkan isu tersebut.
Terdahulu, aktres itu dilaporkan berasa
kecil hati dan terhina akibat sikap celupar mulut pelawak itu yang
mempersendakan dia dan Allahyarham ibu bapanya iaitu seniman Datuk Ahmad
Daud dan Datin Saadiah ketika mengacarakan Festival Filem Malaysia
ke-24 (FFM24) pada November tahun lalu.
Ogy berkata keputusan itu diambil kerana dia sudah berasa sejuk hati dan memaafkan keterlanjuran pelawak itu.
“Industri kita bukan besar mana pun.
Mungkin pada masa akan datang kami akan bekerjasama. Buat apa
panjang-panjangkan hal macam ini.
“Memang betul saya berasa marah dengannya sebelum ini tetapi selepas beberapa ketika saya mula sejuk hati dan sudah memaafkan dia,” katanya.
Ogy berkata demikian pada majlis memperkenalkan protege program Mentor musim keenam (Mentor 6) di Hard Rock Cafe, di sini, Selasa.
Ogy berkata dia membuat keputusan drastik itu selepas mendapat petunjuk daripada Allah.
“Sebelum ini, saya terasa hati dan ralat
dengannya apabila dia ketawa dengan teguran saya mengenai gurauannya
itu selepas acara tersebut.
“Alhamdulillah, kini saya berasa lebih tenang selepas memaafkan Johan dan kemarahan itu sudah reda,” katanya.
Ogy juga berkata, dia percaya insiden
itu mempunyai hikmah dan memberikan pengajaran kepada Johan agar lebih
peka dan sensitif dengan keadaan sekeliling khususnya ketika mengacara
atau berlawak di depan khalayak.
Dalam perkembangan lain, Ogy yang memilih Noor Nazatul Farahin, 23, (Zatul) sebagai protege untuk (Mentor 6),
berkata daya ketahanan dan kesungguhan gadis dari Bedong, Kedah itu
memikat hatinya untuk membimbing Zatul menjadi anak seni berjaya kelak.
Proses pemilihannya tidak berlaku dengan
mudah, selepas empat kali saya melihat Zatul benar-benar mempunyai
ketahanan dan semangat yang tinggi untuk menceburi bidnag seni.
“Saya minta dia kosongkan minda daripada
pengalaman dan ilmu seni yang lepas dan mahu serapkan semua ilmu baru
kepadanya, ibarat mencorakkan kain putih,” katanya yang bekerjasama
dengan pengacara Nizal Muhammad dan Izatt Artistic Team dalam membentuk
protege itu.
Selain Ogy dan protegenya Zatul, (Mentor 6) turut
membariskan Ella bersama protege Puteri Caroline Mohd Kamel, 20,
(Caroline), Ramlah Ram dan protege Ana Syuhada Noor Asram, 21 (Ana
Syuhada).
Faizal Tahir pula mempertaruhkan Anas
Ridzuan, 23, (Anas), Ferhad dengan Salwani Sawi, 18, (Wanie) dan Adam
dengan protegenya Abd Kadir Unding Lana, 23 (KJ).
Masih lagi diacarakan oleh Ally Iskandar
Mohd Mardzi, konsert mingguan akan disiarkan secara langsung dari
Auditorium MBSA, Shah Alam bermula 18 Mac ini pada setiap Ahad, pukul 9
hingga 10.30 malam di TV3.
1 comments:
bagusla...
Post a Comment