Sesungguhnya Islam itu mudah.Bukan hanya di surau atau masjid sahaja kita dibolehkan bersolat tetapi dimana-mana sahaja kita berada asalkan tempat itu bersih dari najis.
Gambar yang anda lihat diatas ialah salah satu contoh yang terbaik dimana para penyokong pasukan The Red Warrior atau Kelantan sedang bersolat didalam Stadium Sultan Mohamad ke-4 ketika waktu maghrib menjelang.
Peristiwa ini berlaku ketika mereka menuggu perlawanan separuh akhir bolasepak piala FA diantara pasukan Kedah melawan Kelantan semalam.
Harapan kami agar semua ini menjadi satu contoh kepada semua rakyat Malaysia yang 'gila bola' dimana andainya anda datang awal ke stadium tidak menjadi masalah tetapi kewajipan perlu ditunaikan.
Bagaimana semua ini boleh berlaku?Pada firasat kami dengan adanya pemimpin yang tawadduk dan mengamalkan kehidupan yang sebenar-benarnya secara Islam semua ini pasti berlaku.
Kami berharap moga-moga ini menjadi contoh kepada pengurusan stadium-stadium yang lain di negara kita agar mengadakan majlis solar Maghrib terlebih dahulu sebelum berlangsungnya perlawanan bolasepak.
Pada penelitian kami selalunya perlawanan akhir selalunya diadakan di Staduim Nasional Bukit Jalil.Kebiasaannya juga penyokong datang lebih awal ke stadium.Apa salahnya pihak pengurusan stadium menyediakan sejadah dan peralatan solat untuk waktu maghrib sebelum berlangsung perlawanana tersebut.
Allahuakbar....apa lagi yang dapat kita gambarkan jika berlaku sebegini disetiap venue acara sukan dan apa-apa jua function di negara Malaysia yang mengamalkan cara hidup Islam ini.
Moga memberi menafaat kepada anda semua dan agar sentiasa diberkati Allah.
0 comments:
Post a Comment