Zahida Serah Laporan Polis Kepada Peguam


Zahida Serah Laporan Polis Kepada Peguam
AMPANG – Pelakon Zahida Rafik, 37, enggan mengulas lanjut tentang namanya yang dikaitkan dengan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dalam laporan polis yang dibuat oleh bekas pemandunya Noor Azman Azemi, 38, pada 13 Mac lalu.
“Biarlah peguam saya yang menguruskan perkara itu,” komen Zahida atau Zahida Mohamed Rafik pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran jualan amal produk aksesori wanita Nur of Alexandria anjuran Persatuan Kebajikan Ikatan Ukhuwah yang dipengerusikannya di sini semalam.
Pada 23 April lalu, Menteri terbabit telah Mohd. Shafie mengeluarkan kenyataan akhbar bagi menafikan dakwaan yang mengaitkan namanya dengan pembayaran sejumlah wang yang banyak kepada seorang artis bernama Zahida Rafik seperti dalam laporan polis tersebut.
Jelas Zahida dia kini mahu memberi tumpuan kepada persatuan yang diterajuinya itu bagi menjalankan kerja-kerja kebajikan seperti dana bagi disalurkan kepada Rumah Sinar Salam Kuala Lumpur, Rumah Anak Yatim Sabak Bernam dan Rumah Anak Yatim Sungai Buaya, Banting.
“Saya pula sudah hampir lima tahun tidak berlakon drama atau filem dan kini lebih banyak menjalankan perniagaan sendiri di samping menjalankan kerja-kerja amal. Filem terakhir lakonan saya bertajuk May hasil usahasama dengan produksi di Indonesia,” ujarnya lagi. – mynewshub.my

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story