LELAKI MAUT DIREMPUH KOMUTER DI SEKSYEN 15 SHAH ALAM


SHAH ALAM : Seorang lelaki berusia 50-an maut selepas dirempuh sebuah komuter yang menghala ke Pelabuhan Klang di Kilometer 22.5 Seksyen 15 di sini, Selasa.
Dalam kejadian pada pukul 9.20 pagi itu, mangsa mati di tempat kejadian akibat kecederaan di kaki, pinggang dan kepala.Sehingga kini, identitinya belum dikenal pasti berikutan tiada dokumen pengenalan diri ditemui di tempat kejadian.
Jurucakap Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berkata kejadian membabitkan komuter yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pelabuhan Klang.
Beliau berkata pemandu komuter terpaksa menghentikan komuter secara mengejut selepas menyedari mangsa melintasi landasan berkenaan walaupun hon kecemasan telah dibunyikan beberapa kali.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Zahedi Ayob ketika dihubungi berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, untuk bedah siasat.
“Sesiapa yang kehilangan anggota keluarga diminta menghubungi balai polis berdekatan untuk membantu siasatan,” katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story