Britain : Masuk perangkap. Tindakan seorang pekerja rumah orang-orang tua di Ash Court yang mendera seorang warga emas akhirnya terbongkar selepas perbuatannya itu dirakamkan oleh anak wanita tersebut.
Sebagai balasan, Jonathan Aquino, 30, seorang warga Filipina dihukum penjara 18 bulan manakala empat lagi penjaga rumah tersebut telah dipecat.
Perbuatan mereka terbongkar selepas Jane Worrol mengesyaki sesuatu berlaku apabila dia melihat badan ibunya, Maria dipenuhi lebam dan calar.
Namun apabila diajukan kepada doktor di pusat tersebut, jawapan yang diterimanya ialah lebam itu berlaku kerana Maria mengalami alahan pada ubat.
Enggan menerima jawapan berkenaan, Jane telah membeli kamera melalui ebay dan memasangnya di dalam bilik ibunya di rumah tersebut selama dua hari.
Hasilnya, dia terkejut melihat bagaimana Aquino bertindak kasar terhadap ibunya yang berusia 78 tahun dan nyanyuk itu.
Selain dipukul, wanita tersebut terpaksa menahan kesakitan dan malu apabila Aquino menyalin pakaiannya dan menukar cadar katil.
Sementara empat lagi pekerja wanita pusat tersebut, dirakamkan memperlakukan wanita tua itu tanpa perasaan dan turut bercakap buruk mengenai Maria.
“Sebelum ini saya tidak pernah terfikir untuk menghantar ibu ke rumah orang-orang tua namun selepas dia menghidap pelbagai penyakit dan memerlukan penjagaan rapi, saya sukar untuk menguruskannya terutama dalam keadaan sedang mengandung.
“Walaupun berat namun saya terpaksa menghantarnya ke rumah berkenaan tanpa menyedari dia diperlakukan dengan begitu kejam.’’ Katanya.
Sejak menempatkan ibunya di situ, Jane mendapati kelakuan ibunya berubah sama sekali, rupa-rupanya dia menanggung kepedihan dan kesakitan kerana diperlakukan dengan buruk oleh pekerja di pusat berkenaan.
Maria kini dipindahkan ke rumah orang-orang tua yang lain dan keadaannya bertambah baik. – My News Hub
0 comments:
Post a Comment