Akibat kemalangan yang mengakibatkan terpotong jarinya, lelaki berusia 29 tahun ini menggantikannya dengan ibu jari kakinya.
James Byrne harus menjalani pembedahan selama lapan jam, setelah ibujari tangannya terpotong akibat kemalangan saat dia membelah kayu dua bulan lalu.
Doktor harus berjuang keras untuk menghentikan pendarahan, akhirnya mereka harus mengambil keputusan untuk memotong ibu jari kakinya untuk menukar ibujari tangan.
"Orang-orang mempunyai reaksi yang berbeza, beberapa orang berfikir ini hal yang sangat lucu, tapi ada juga yang menganggapnya menjijikkan," ujar Byrne, seperti dipetik The Sun, Khamis
Doktor pun akhirnya melakukan pembedahan secara bersamaan melakukan rawatan terhadap ibu jari tangannya. Sementara doktor lain bertugas memotong ibu jari kakinya.
James Byrne (29) mengalami kesakitan luar biasa setelah ia melukai ibu jari tangan kirinya Disember lalu saat menggergaji sepotong kayu.
Setelah usaha menyatukan kembali jarinya gagal, doktor bedah plastik Umraz Khan di Frenchay Hospital, Bristol, United Kingdom, mentransplantasi ibu jari besar kaki kirinya ke tangannya.
Sebelumnya Byrne mengaku tak boleh berkesan bekerja kerana ibu jari tangannya hilang kerananya ia memutuskan melakukan operasi ini. Pembedahan, Khan memimpin dua pasukan pembedahan dan anestesi yang bekerja pada ibu jari kaki dan tangan Byrne di waktu yang sama.
Pembedahan pada 8 September lalu itu memakan masa lapan jam. "Suatu hal yang jarang dilakukan dan pembedahan ini merupakan prosedur pembedahan mikro yang sangat rumit kerana berkaitan penyatuan kembali tulang, saraf, pembuluh darah, otot, ligament dan kulit kaki ke tangan," katanya.
Menurut Khan, Byrne akan belajar menyeimbangkan kembali dirinya dan nantinya ia akan boleh berjalan dan berlari seperti biasa.
0 comments:
Post a Comment