Sibuk atau tidak sibuk ternyata tidak berpengaruh pada anggapan wanita itu pegotor atau tidak. Ya, kerana kebiasaan lah yang menentukan kesedaran seorang wanita pada kebersihan dan pentingkan kekemasan tempat tinggal dan barang-barangnya. Kebiasaan ini juga dipengaruhi lagi oleh persekitaran tempatnya membesar berkembang dulu dan bagaimana dia dididik untuk kebersihan dan pentingkan kekemasan.
Cuba periksa beberapa kebiasaan yang berjaya didata oleh wanita ini, apakah anda juga melakukannya? Kebiasaan-kebiasaan ini sepertinya 'lelaki sangat', tetapi jangan terkejut kerana banyak juga wanita yang melakukannya!
1. Pakaian bekas diguna
Pakaian yang baru saja dipakai sering diletakkan begitu saja di tempat di mana anda melepaskannya, dan mungkin saat akan mencuci atau semasa ingin menggunakannya lagi anda baru menemuinya! Selain berselerak, simpanan yang sembarangan ini boleh merosakkan warna pakaian kerana cendawan, noda dan kotoran yang melekat terlalu lama.
2. Mengumpul cucian pinggan mangkuk
Dengan alasan sekali jalan mencucinya, pinggan mangkuk kotor dilonggokkan bersama sisa-sisa makanan di dekat tempat cucian. Niatnya sebelum tidur anda akan membersihkannya, tapi seringkali terlepas kerana ketiduran. Padahal kebiasaan ini dapat memancing semut, tikus, dan pelbagai macam kulat yang membesar di sisa-sisa makanan, yang tentu saja tidak sihat untuk kesihatan dan kebersihan anda.
3. Mengemaskan tempat tidur
Nanti saja mengemasnya, itu juga dipakai tidur sendiri. Mungkin itu alasan yang digunakan oleh para wanita ini untuk meninggalkan tempat tidur mereka dalam keadaan berselerak di pagi hari dan malas mengemaskan di malam hari.
4. Meletakkan barang sembarangan
Tidak hanya barang-barang yang perlu disimpan, bungkusan kosong pun anda letakkan di mana pun itu (walaupun anda pun tidak ingat!). Untuk barang-barang yang perlu disimpan, tentu ini menyukarkan saat ingin mengambilnya lagi. Sedangkan jika itu bungkusan kosong, sekalipun bersih, tetap saja menjadi sampah untuk rumah anda.
5. Memenuhi tempat kosong
Diakui atau tidak, ramai wanita yang tanpa sedar tidak boleh membiarkan meja atau atas peti tempat peribadi mereka kelihatan kosong. Begitu anda terburu-buru harus meletakkan atau memindahkan barang, tanpa berfikir panjang tempat-tempat kosong itu akan diisi dengan kertas-kertas dan barang-barang lain. Tiada masalah jika anda juga punya kebiasaan meluangkan diri untuk menatanya kembali.
6. Tidak menghabiskan makanan
Hanya memakan sedikit makanan kerana takut berat badan nambah, dan kemudian meninggalkannya entah untuk dibereskan siapa adalah salah satu kebiasaan yang menyusahkan juga. Jika dibiarkan, tentu makanan itu akan menjadi sampah, mengundang bau yang tidak sedap dan semut.
7. Membiarkan bilik mandi kotor
Walaupun hanya digunakan sekali sekala saja dalam satu hari, bilik mandi adalah tempat yang mudah kotor dan harus sering dibersihkan. Membersihkan bilik mandi memang memerlukan kemahuan dan keberanian untuk basah dan menyentuh tempat-tempat yang sepertinya kotor, tetapi jika anda tidak mempunyai pembantu untuk membersihkannya tentu anda harus turun tangan sendiri.
0 comments:
Post a Comment