Teringat zaman muda-muda dulu. Ramai kawan yang bercinta memberikan hadiah cincin kepada awek-awek mereka. Kata mereka, itu cincin couple. Tanda si gadis sudah kena chop. Namun bagi Zizan dan Juliana Evans, walaupun sudah memakai cincin serupa, mereka sekadar kawan baik sahaja.
Menurut Zizan, cincin tersebut adalah pemberian Juliana Evans kepada dirinya. Adakah ini bermakna Juliana Evans sudah chop Zizan? Hehehe. Itu satu gurauan sahaja. Daripada apa yang diberitahu kepada media, Zizan mengakui Juliana Evans sekadar kawan rapat yang sekepala dengannya.
Abang Nara respek dengan Zizan. Abang Nara yakin kalau anda berada di tempat Zizan, sudah pasti anda dah canang satu dunia Juliana Evans itu awek anda. Iyerlah, Juliana Evans kan cun melecun. Kalau tak chop awal-awal mahu kena rembat dengan orang lain. Mungkin Zizan dan Juliana Evans masih hanya mahu berkawan terlebih dahulu sebelum memasuki fasa percintaan.
Apa pun Abang Nara doakan agar perhubungan Zizan dan Jue akan menjadi lebih daripada kawan satu hari nanti. Bukan apa, kedua-duanya nampak sama cantik sama padan. Memang sesuai sangat kalau bercinta. Tak gitu? Kredit gambar kepada BuahMulut.
0 comments:
Post a Comment