Acara Tahunan Melontar Telefon Bimbit Di Finland



Finland memang terkenal dengan pertandingan yang luar biasa seperti bermain bola dalam lumpur, pertandingan memdukung isteri, makan cili, acara melontar kasut getah dan macam-macam lagi. Tapi acara yang paling terkenal di Finland ialah pertandingan melontar telefon bimbit. 

Tahun ini merupakan tahun ke-11 acara ini diadakan di bandar Savonlinna, 300km dari ibu negara Helsinki. Idea pertandingan ni telah dicadangkan oleh Kristina Lund, seorang pemilik hotel di Lossiranta. Pertandingan ini terbuka kepada tiga kategori iaitu lelaki, wanita dan kanak-kanak.

Rekod acara melontar telefon bimbit ini telah dipegang oleh seorang lelaki Inggeris, Chris Haff yang melontar sejauh 95.83 meter pada tahun 2007.

















0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story