Satu ketika dulu, penyanyi serta pelakon Ieda Moin pernah dituduh sebagai lesbian pada sekitar tahun 2001. Selepas hampir 11 tahun gosip tersebut berlalu, artis genit ini sekali lagi dihambat dengan kontroversi yang sama walaupun beliau sudah mendirikan rumahtangga dan mempunyai seorang anak.
Apabila ditanya mengenai kontroversi ini kepada empunya badan, pemilik nama Siti Haida Abd Moin ini menjawab, “Saya pelik macam mana datang gosip ini lagi. Bagi saya, isu lesbian ini dah lama. Tidak dinafikan dulu saya memang berkawan rapat dengan pengkid, tapi itu semua sebelum saya berkahwin.
“Tolonglah jangan nilai manusia dari luaran saja. Tidak semestinya saya berkawan dengan pengkid, saya ini lesbian. Saya kena juga jaga hati suami. Kalau ada yang ternampak saya dengan pengkid, mungkin itu anak angkat keluarga saya. Mereka memang kasar-kasar,” ujar Ieda ketika ditemui pada sesi rakaman Galaksi Raya, baru-baru ini.
“Tidak dinafikan selepas berkahwin, saya masih dikelilingi oleh golongan sebegitu. Suami saya juga tahu mengenai perkara ini. Saya selesa berkawan dengan mereka kerana mereka tidak hipokrit, tidak berpura-pura dan menjadi diri sendiri. Saya tak sorok bila keluar dengan mereka kerana mereka juga hamba Allah.”
Dalam perkembangan lain, selain memenuhi undangan lakonan, Ieda juga sibuk menjalankan perniagaan makanan kesihatan yang telah diusahakannya sejak 9 bulan lalu. Hasil menggunakan produk berkenaan, badan Ieda turun 20 kilogram dalam masa empat bulan.
0 comments:
Post a Comment