Nampaknya industri hiburan tanah air semakin ceria dipenuhi dengan warna-warni keunikan selebriti yang cuba menarik perhatian peminat mereka.
Sebelum ini, Eja telah mendapat gelaran ‘Ratu Bulu Mata Palsu’. Adakah kali ini Rozita Che Wan pula akan memegang takhta yang sama?
Mana tidaknya, jika kita lihat pada setiap majlis anugerah atau apa sahaja majlis, penampilan serta gaya Rozita Che Wan di atas karpet merah pastinya menjadi tumpuan ramai peminat termasuk jurugambar.
Bertubuh badan yang menarik di tambah pula dengan aksesori serta bulu mata dan kanta lekap yang berwarna-warni membuatkan ramai yang terpukau.
Rozita Che Wan merupakan antara selebriti wanita yang gemar memakai kanta lekap yang pelbagai warna seperti warna hijau turquoise, warna hijau gelap, serta kelabu.
Mungkin itu adalah cara Rozita Che Wan untuk menambahkan lagi keunikan pada dirinya.
Sebelum ini, ramai yang menuduh dirinya tidak sedar diri dan pandai ‘mengail anak-anak ikan’ dek kerana penampilan dia yang selalu memukau pandangan si jejaka,
Setiap artis mempunyai cara mereka sendiri untuk tampil menarik di khalayak umum.
Jika kita lihat pada Didie Alias, dia mempunyai keunikan sendiri apabila berani tampil ala-ala Lady Gaga dalam apa sahaja majlis hingga mendapat jolokan ‘Lady Gaga Malaysia’.
Pada umumnya, ramai yang memilih memakai kanta lekap bagi membantu penglihatan kepada mereka yang rabun.
Namun, kegunaan kanta lekap kini tidak terbatas kepada mereka yang rabun sahaja apabila ada yang menjadikan ia sebagai satu trend fesyen dan aksesori untuk tampil cantik. – MyNewsHub
0 comments:
Post a Comment