Apa Kejadahnya Orang Dah Mati Bakal Disaman?Kesian Puteri Diana...



Filem Tentang Diana Hadapi Risiko Saman

Masih ingatkah anda dengan Diana – Princess of Wales? Wanita yang diberi gelaran wanita paling cantik di dunia suatu ketika dulu?

Bagaimanapun, kematian Diana dikatakan adalah kes pembunuhan paling terancang dalam sejarah.

Puteri Diana merupakan wanita yang sangat popular di dunia suatu ketika dulu.

Diana Frances Spencer dilahirkan pada 1 Julai 1961 di Park House, Sandringham in Norfolk, England.

Diana meninggal dunia pada 31 Ogos 1997 disebabkan satu kemalangan ngeri di lorong bawah tanah di Pont de I’Alma, Paris.

Turut maut dalam kemalangan tersebut adalah Dodi Al- Fayed, anak seorang jutawan terkenal dan pemandunya, Henri Paul.

Jika hayatnya masih panjang umurnya sekarang sudah menjangkau 51 tahun namun, hingga kini namanya masih menjadi sebutan walaupun sudah 15 tahun permergiannya.

Dalam pada itu, seorang pelakon Naomi Watts telah melakonkan watak Diana dalam sebuah filem dokumentari bertajuk Unlawful Killing,
Filem ini berkisar mengenai kematian Diana yang dikatakan sebagai mangsa bunuh pihak berkuasa Britain.

Filem ini juga menggambarkan kerabat diraja Britain sebagai samseng yang bersifat perkauman dan suami Queen Elizabeth II, Prince Philips sebagai seorang lelaki yang sakit jiwa dan kaki perempuan.

Pada peringkat awal, dokumentari Unlawful killing arahan Keith Allen dirancang untuk menceritakan kematian Puteri Diana serta Dodi sebagai konspirasi pembunuhan membabitkan bapa mentua Puteri Diana, Putera Philip.

Namun selepas dipertontonkan di Festival Filem Cannes di Perancis dan Festival Filem Galway di Ireland pada 2011, pernerbit memutuskan untuk tidak menayangkannya kepada umum kerana gagal mendapat perlindungan insurans bagi menghadapi tindakan undang-undang.

Pelbagai dugaan yang harus ditempuhi sehinggakan peguam mengingatkan penerbit filem itu bahawa ada 87 dakwaan yang perlu dipotong sebelum ianya ‘selamat’ ditayangkan di Britain.

Dalam masa yang sama, tayangan filem Unlawful Killing kini digantung hingga ke tarikh yang tidak ditetapkan lagi.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story