Tiba-tiba berhutang RM1.2 juta


BUKTI...Hoh menunjukkan laporan polis dibuatnya.
BUKTI...Hoh menunjukkan laporan polis dibuatnya.
TEMERLOH: Impian seorang wanita berusia 21 tahun untuk membeli sebuah Perodua Viva menerusi pinjaman bank, terbantut apabila permohonannya ditolak selepas dikatakan mempunyai rekod buruk kerana mempunyai hutang berjumlah RM1.2 juta.
Berikutan tidak puas hati dengan alasan diberikan pihak bank berkenaan, mangsa, Hoh Chew Yue, yang sebelum ini bekerja di sebuah syarikat kurier di Taman Bahagia, di sini, membuat siasatan dan akhirnya menyedari bahawa dirinya diperdayakan bekas majikannya yang menggunakan maklumat peribadinya untuk membuat pinjaman itu.
Mangsa yang menetap di Taman Temerloh Jaya, di sini, bingung apabila mendapat tahu dengan hanya menggunakan salinan kad pengenalan miliknya, bekas majikannya itu berjaya membuat pinjaman dalam jumlah besar pada Februari 2011 sedangkan dia tidak tahu menahu mengenai pinjaman berkenaan.

Anak bongsu daripada lima beradik itu mendakwa, apa yang lebih memeningkan kepalanya ialah semakan dibuat dengan Bank Negara Malaysia (BNM) mendapati pinjaman berjumlah RM1.2 juta daripada sebuah bank itu dibuat menggunakan akaun bersama (joint account) dengan tiga penama lain dan dia menjadi penama pertama.

“Saya tidak kenal dengan dua lagi individu yang ‘berkongsi’ akaun dengan saya itu. Saya memang tidak kenal dengan kedua-duanya. Saya hairan bagaimana nama saya boleh digunakan oleh mereka.sumber

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story